Kadangkala malam hari malas nak makan makanan berat, mesti rasa nak makan sesuatu sebagai gantian kan? Misalnya roti, oat atau buah-buahan. Tapi, kadang rasa bosan juga ye tengok makanan yang biasa kita makan?
Hmm.. Apa kata tukar sikit selera, bila rasa lapar tak nak makanan berat gantikan dengan tortilla wrap je! Bukan je kenyang, malah ikut pilihan kita nak makan apa di tengahnya.
Selalunya wrap ni banyak je dijual di kedai-kedai luar sana. Tapi yang mana rasa rajin nak buat sendiri tu, pun bisa! Yang lebih tu, jadikan frozen boleh buat bekal untuk anak pergi sekolah. Haa yang nak tahu cara buatnya, jom tengok resipi mudah dari Ana Mohd yang menggunakan 3 bahan utama saja. Ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.
Homemade Kulit Tortilla Wrap
Siapa peminat tortilla kat sini? Boleh cuba buat kulit tortilla sendiri. Boleh simpan lama jadi stok frozen juga tau. Bila nak makan defrost dan bakar sekejap je. Memang mudah kerja. Jimat pun jimat. Ni saya buat untuk bekal sarapan pagi suami. Mudah nak makan sebab saya buat saiz comel-comel. Ini resepinya.
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak @ minyak zaitun
3/4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan air panas
CARA-CARA
1. GAULKAN SEMUA BAHAN
Masuk je semua bahan dalam mangkuk, kemudian gaul-gaulkan.
2. ULI
Bila adunan dah agak suam, terus uli jadi doh yang lembut.
3. REHATKAN
Kemudian tutup dengan kain lembap dan biarkan kejap dalam 20 minit.
4. BENTUKKAN
Pastu boleh bulat-bulatkan kecil-kecil.
Kemudian canaikan / leperkan.
5. BAKAR
Lepas tu bolehlah bakar atas pan.
Kalau nak buat frozen, bakar sekejap je.
Kalau nak terus makan, bakar sampai jadi macam dalam gambar.
Waktu anggaran nak bakar tu lebih kurang 1 minit untuk both sides.
Ok siap. Mudah je kan. Dapat banyak pulak tu!
UNTUK INTI
Untuk inti ni sebenarnya boleh ikut selera masing-masing. Saya cuma perap ayam dengan sos tiram / sos lada hitam dan grill. Untuk sayuran saya letak salad, carrot, timun, tomato, bawang dan sos cili. Kemudian boleh tambah mayonis / cheese / sos apa-apa ikut suka.
Tips:
* Pastikan sayur-sayur di tos sampai kering untuk elakkan cepat basi.
* Boleh juga isi ayam celup tepung / fillet ikan celup tepung.
RESEPI TORTILLA WRAP BERPERISA BAWANG PUTIH
Kalau teringin nak buat garlic tortilla, boleh olahkan sikit ikut cara yang sama. Mudah aje. Caranya, 3 sudu besar minyak tu dipanaskan dan tumis 2 ulas bawang putih yang dicincng halus smpai naik bau (jaga api jangan sampai hangit). Kemudian tutup api, biarkn sejuk dan baru campur dengan tepung dan bahan lain. Lepas tu ikut step seterusnya macam di atas tadi. Siap!
Sumber : Ana Mohd
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini