Tauhu antara makanan yang mempunyai khasiat untuk tubuh, terutama dalam membekalkan protein. Makanan yang berasal dari negara China ini juga dikenali dengan pelbagai nama termasuklah tofu.
Selain membantu mencegah penyakit jantung, menurunkan berat badan, pengambilan tauhu juga membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal, awet muda dan banyak lagi khasiat lain.
Jadi, siapa yang suka makan tauhu, mungkin perkongsian ini boleh membantu anda hasilkan sendiri. Mana tahu, selain untuk makan bersama keluarga, boleh juga buat berniaga kecil-kecilan.
Resepi dan cara telah pun dikongsikan oleh Azlia Al Hayahuddin. Jom kita tengok sikit macam mana nak buatnya.
BAHAN-BAHAN:
a. 3kg kacang soya
b. 18 liter air
c. 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu
Ads
CARA MEMASAK:
1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.
2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.
3. Masak susu soya hingga mendidih.
4. Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.
Ads
5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.
6. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petak
7. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.
8. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.
9. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.
Ads
1 of 4
Tip Tambahan
1. Rendam kacang soya ialah tidak boleh lebih 5 jam. Kacang soya yang direndam lama akan cepat basi. Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya.
2. Jika ngam-ngam paras kacang soya, kacang tersebut tidak akan mengembang dan susu soya pun takkan dapat banyak apabila diperah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sayur yang dibeli biasanya tak tahan lama. Belum dua hari sudah layu. Termasuklah juga kalau disimpan lama dalam peti sejuk. Memang akan mudah layu dan tidak lagi segar sebelum sempat di masak.
Bagi mengelakkan pembaziran dan kurang khasiatnya, apa kata anda cuba petua dan tip yang dikongsikan ini.
Satu perkongsian telah dibuat melalui facebook Puan Syikin Miskam tentang tips sayur kekal segar walaupun dah disimpan selama 10 hari.
Jom baca perkongsian dan cuba cara ini.
TIPS SAYUR KEKAL SEGAR.
Harini saya nak kongsi cara saya simpan sayur. Disebabkan saya ni agak malas hari-hari nak ke kedai beli sayur tambah-tambah lagi kedai runcit agak mahalkan.
Saya dan suami akan ke pasar borong selangor 2 atau 3 minggu sekali untuk beli segala keperluan masak. Percaya atau tidak semua sayur ni harga tak sampai RM20 tau. Jimatkan kan kan.
Kami akan spend Rm150++ sahaja untuk barang basah bagi 2 atau 3 minggu kegunaan. Eh panjang pulak pengenalan, jom kita pergi ke tips simpan sayur segar berminggu-minggu.
1. Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah sedikit garam selama 10minit.
2. Toskan selama beberapa minit.
3. Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam tau selama 5minit sahaja.
4 .Toskan lagi sampai air menghilang dari sayur okey. Lepastu masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais tadaa siap.
Sangat senang, mudah dan jimat bagi saya sorang suri rumah tak payah nak bazirkan masa dan minyak kereta lagi hari-hari nak ke kedai kan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Caranya ~satukan serbuk agar², gula dan air ~masak sehingga larut ~satukan mangga yg diblend tadi dgn susu.. sebatikan ~tuang ke dalam periuk agar² dan kacau sebati ~didihkan dgn api perlahan ~tutup api kemudian tapis ~biarkan wap panasnya hilang ~tuang ke dalam acuan/loyang ~sejukkan/ketepikan
Caranya ~satukan ke semua bahan kecuali mangga ~dengan api sederhana masak sehingga mendidih ~biarkan wap panasnya hilang ~masukkan mangga yg dipotong dadu ~tuang ke atas lapisan puding mangga (cakar² sedikit permukaan puding mangga sebelum tuang puding susu) ~sejukkan
Bahan Sos Kastard 1 tin susu cair 1 cwn air 3 sdb tepung kastard 3 sdb gula pasir 1/2 sdt garam 1 sdt esen vanilla
Caranya ~satukan ke semua bahan, sebatikan ~masak sehingga mendidih menggunakan api perlahan ~sentiasa di kacau sehingga pekat ~sejukkan ~tuang ke atas puding jika suka
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali membeli ikan, kena pastikan ia segar dan fresh. Barulah puas hati bila makan. Untuk pilih ikan memang senang tapi nak tahu yang fresh atau tidak agak leceh terutama yang tidak mahir bab begini.
Ikan yang memiliki warna kulit yang terang dan cerah hampir dapat dipastikan memiliki ciri isi yang segar. Itu antara salah satu ciri mudah untuk memastikan ikan yang dibeli masih fresh. Selain itu, ada 4 tip lain yang admin nak kongsikan dengan pembaca sekalian terutama ibu-ibu.
Ikut 4 tip ini jika mahu memilih ikan yang fresh. Jom semak!
1. Tengok bahagian mata ikan
Ikan yang segar matanya timbul dan jernih. Bukannya dah tenggelam atau warna lain
2. Periksa insang
Ambil ikan yang insangnya masih merah pekat.
3. Tekan perut ikan
Tekan pada bahagian perut ikan. Kalau kenyal dan melantun balik maksudnya ikan tu fresh!
4. Lihat sisik ikan
Pilih ikan yang sisiknya masih cantik dan susah untuk tertanggal. Bukannya ikan yang sisiknya dah lembik dan mudah tertanggal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.