Kucing adalah haiwan kegemaran hampir setiap orang di muka bumi ini. Tetapi ada satu benda yang memang ramai sangat alah dengan haiwan ini adalah najisnya! Kalau kucing sendiri boleh ajarkan nak membuang dekat mana, tapi kalau kucing orang atau kucing liar dekat luar rumah itu, pening juga nak fikirkan.
Haiwan ini pula, bila dah berak di satu tempat itu, gerenti akan datang lagi. Jadi, macam mana nak elak kucing berak di tempat yang sama atau nak halau kucing itu supaya tak datang terus dah rumah anda? Ini petua yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa.
PETUA UNTUK ELAK KUCING BERAK MERATA
Siapa tak marah, bangun sahaja pagi terbau aroma taik kucing. Lagi bertambah marah apabila kucing itu milik jiran tapi nak buat macam mana kucing kan. Nak marah pun tak boleh, nak bergaduh dengan jiran lagi lah tak boleh.
Bahan-bahan:
1. 2 labu bawang putih
2. 3 atau 4 batang serai
3. Botal spray
Bawang putih itu perlu dikupas kulit manakala serai pula perlu dipotong secara kecil-kecil.
Masukan kesemua bawang putih dan serai tadi ke dalam blender.
Apabila telah hancur, masukan air ke dalam blender dan blender sekali lagi.
Setelah itu, tuangkan ke dalam botol spray tetapi perlu ditapis tau. Sebab nak air sahaja.
Dah boleh guna, spray kat tempat yang selalu kucing bermain atau pernah berak. Dah siap!
Selamat mencuba semua.
@zuriaty_musa Replying to @Najrin_01 Hidup berjiran ni macam la dih nak marah takut bbaloh tapi mari geram jugak la dih . Sejak2 kakty spray ramuan ni lama dah kucing tak mari berak tapi 2 3 harini ada pulak rasanya ada kucing baru ni mari nak berkenalan dengan kakty xper xper kakty spray habis dah tadi . Ramuan bawang putih dan serai ramuan yg paling berkesan setakat ni tapi kena kerap buat #kucingnakal #oyen #catlover #pencintakucing #kucingkampung ♬ original sound – Zuriaty | Bidara Penawar Sihir – Zuriaty | Tips Wanita Cantik
Artikel Berkaitan
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club