Kucing adalah haiwan kegemaran hampir setiap orang di muka bumi ini. Tetapi ada satu benda yang memang ramai sangat alah dengan haiwan ini adalah najisnya! Kalau kucing sendiri boleh ajarkan nak membuang dekat mana, tapi kalau kucing orang atau kucing liar dekat luar rumah itu, pening juga nak fikirkan.
Haiwan ini pula, bila dah berak di satu tempat itu, gerenti akan datang lagi. Jadi, macam mana nak elak kucing berak di tempat yang sama atau nak halau kucing itu supaya tak datang terus dah rumah anda? Ini petua yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa.
PETUA UNTUK ELAK KUCING BERAK MERATA
Siapa tak marah, bangun sahaja pagi terbau aroma taik kucing. Lagi bertambah marah apabila kucing itu milik jiran tapi nak buat macam mana kucing kan. Nak marah pun tak boleh, nak bergaduh dengan jiran lagi lah tak boleh.
Bahan-bahan:
1. 2 labu bawang putih
2. 3 atau 4 batang serai
3. Botal spray
Ads
Bawang putih itu perlu dikupas kulit manakala serai pula perlu dipotong secara kecil-kecil.
Masukan kesemua bawang putih dan serai tadi ke dalam blender.
Apabila telah hancur, masukan air ke dalam blender dan blender sekali lagi.
Ads
Setelah itu, tuangkan ke dalam botol spray tetapi perlu ditapis tau. Sebab nak air sahaja.
Dah boleh guna, spray kat tempat yang selalu kucing bermain atau pernah berak. Dah siap!
Sepanjang bulan puasa ini, ramai wanita yang terpaksa berkejar-kejar masa untuk bekerja dan memasak. Al maklumlah, bulan Ramadan ini ramai yang mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama keluarga.
Jadi juadah haruslah disediakanuntuk mereka menikmatinya. Namun atas kekangan masa, ramai yang terpaksa cari jalan pintas. Kalau nak paksa diri, nanti sendiri yang merana kerana akhirnya penat dan terus terbongkang.
Takkan nak beli di bazar Ramadan setiap hari. Pasti anda nak sajikan air tangan anda sendiri untuk keluarga tercinta.
Jalan peneyelesaiannya, anda sebenarnya boleh menyediakan stok lauk-pauk frozen. Mungkin sewaktu cuti atau hari Sabtu dan Ahad anda boleh maraton membuat stok ini.
Disini, terdapat perkongsia dari seorang wanita yang turut membuat perkara yang sama. Bagi memastikan stok lauk-pauk andamencukupi dan tahan sehingga 3 bulan.
Ini perkongsian daripada Cik Puan S Kamalinda Lynn, cara nak menjimatkan masa memasak. Dengan cara menyiapkan terlebih dahulu lauk-pauk dan difrozenkan.
Ini cara saya masak untuk ibu ~ Frozenkan!
Oleh kerana saya selalu tak dapat sediakan juadah tengah hari (samada masak atau beli) kerana kerja, saya terpaksa guna inisiatif begini. Cari 1 masa yang sesuai dan masak untuk bekalan 1 minggu terus. Nah, kasi penuh icebox! Ibu pilih je nak makan lauk apa.
Mulanya ibu memang kurang setuju dengan cara ni tapi bila saya buat juga dan ajar dia cara penyediaannya, sekarang dia pula senaraikan lauk untuk saya siapkan (I ok jer)
Bukan ibu tak mampu masak sendiri lagi, tapi kesian tengok dia habiskan masa kat dapur dari muda sampai tua ni.. haih!
Kelebihannya
Sekarang banyak masa sikit untuk rehat sebab tak perlu ‘bersilat’ kat dapur hari-hari. Tinggal tumis sayur atau celur ulam jer.
Dalam masa 3 setengah jam untuk siapkan semua ni. Jimat masa sesangatlah kalau nak dibandingkan setiap hari masuk dapur.
Cara ni juga bagus dan mudahkan untuk budget beli barangan basah. Beli barang ikut senarai sebab dah tau nak masak apa.
ayam black pepper
kari tongkol
lemak cili api ayam
lemak cili api telur
pindang selar
asam pedas jenahak
paprik ayam
sambal sotong
sambal telur rebus
masak kicap ayam
tomyam seafood sayur
taucu lemak jenahak
Panduan Penyediaan & Memanaskan Lauk-pauk Frozen
Saya hanya sediakan seperti masak biasa sahaja. Tetapi saya cuma masak serentak sekali pelbagai jenis
1. Rancang menu untuk dimasak
2. Beli bahan masakan mengikut kesesuaian menu
3. Oleh kerana masakan Melayu menggunakan bahan asas yang lebih kurang sama maka, lebih memudahkan proses masakan tersebut. Contoh bahan asas tumis ialah bawang merah, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup. Maka, penyediaan ini boleh dilakukan serentak.
4. Masak juadah seperti biasa namun penggunaan sayur adalah terbatas. Saya hanya guna sayur lobak merah dan bunga kobis sahaja itupun masukkan di waktu hampir siap supaya nanti bila proses reheat tak lembik sangat. Lauk pauk boleh masak macam biasa, kecuali sayur half cooked.
5. Simpan dalam bekas yang sesuai, lebih baik letakkan label supaya tahu jenis masakan apa untuk setiap bekas. Dah beku nanti memang tak boleh cam. Letak tarikh juga.
6. Cara panaskan saya memang suruh ibu panaskan atas api atau kukus sahaja. Keluarkan dari bekas plastik dan panaskan dalam kuali atau bekas pengukus.
7. 1 bekas, 1 lauk memang makan untuk sekali makan sahaja. Jadi portionnya memang kecil. Untuk lauk tengah hari, 2 orang makan sahaja.
Nota
Simpan Di peti beku (freezer). Maksimum boleh tahan sampai 3 bulan, Tapi biasanya saya 1-2 minggu dah habis.
Setiap kali perayaan, tentu anda akan berhadapan dengan situasi ini;
Ketupat Habis
Kuah Kacang Dan Rendang Banyak Tapi Nasi Impit habis
Untuk merebus nasi impit ini memakan masa yang lamanya sehingga tidak sempat dihidangkan kepada para tetamu yang hadir.
Bagi yang ingin mengelakkan pembaziran dan merebus nasi impit dengan kuantiti yang sedikit, adalah tidak berbaloi untuk anda memang api gas lama semata untuk merebusnya.
Kini anda tidak perlu risau kerana perkongsian dari Yuhafiqah Mohd Yunus ini boleh menjadi solusinya. Tak sangka sudah bertahun- tahun merebus nasi impit sampai berjam-jam kini masalah ini ada penyelesaiannya.
Petuanya bukan sahaja boleh menjimatkan gas dan elektrik dalam kuantiti kecil malah anda boleh aplikasikan ketika merebus ketupat nasi dengan stok yang banyak!
Ayuh kita lihat apa petua yang dikongsikan beliau, sangat simple tetapi berguna.
Petua Rebus Ketupat Nasi Jimat Gas Dan eEektrik
1-Rebus air hingga mendidih kemudian masukkan ketupat nasi.
2-Rebus selama 10 minit kemudian tutup api.
3-Biarkan ketupat nasi dalam periuk dan tutup dengan penutup periuk.
4-Biarkan ia terendam selama 30 minit.
5-Selepas 30 minit, nyalakan semula api dapur dan rebus selama lima hingga 10 minit mengikut keadaan ketupat nasi itu.
6-Bagaimanapun petua ni tak sesuai untuk anda yang menggunakan periuk tekanan atau pressure cooker.
Baru sahaja Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar yang sebelum ini ditangguhkan berikutan cuaca panas. Namun semalam kita dikejutkan dengan berita yang ada seorang pelajar tingkatan tiga mengalami strok haba ketika menyertai aktiviti larian.
Hal ini mendapat pelbagai reaksi dan antaranya yang meninggalkan komen awal di facebook Sinar Harian berkenan berita tersebut adalah Cikgu Fadli Salleh yang tidak asing lagi buat kita semua.
“Aduh. Baru je KPM benarkan aktiviti luar. Murid-murid baru je gembira, dapat berita gini tak sedap hati nak buat aktiviti luar masa PJ ni. Main bawah bangunan je la sementara ni. Seram” Itu antara komen awal daripada Cikgu Fadli Salleh bila terbaca berkenaan paparan berita ada seorang pelajar mengalami strok haba ketika menyertai aktiviti larian yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Ini sekali gus turut menarik perhatian ramai ibu ayah yang turut bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka yang dikatakan bakal terlibat dengan aktiviti merentas desa di beberapa sekolah.
Pelajar Alami Strok Haba, Gara-gara Aktiviti Larian
Memetik berita yang dikongsikan Sinar Harian, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, pelajar lelaki berusia 15 tahun itu dibawa ke Hospital Pekan selepas mengalami simptom suhu badan terlampau melebihi 39 darjah Celsius, degupan jantung meningkat selain percakapan dan fungsi otak terjejas.
Menurutnya, pelajar tersebut diberi rawatan hidrasi dan sokongan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
“Pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) HTAA dan keadaannya semakin stabil,” katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.
Dr Nor Azimi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan mengehadkan aktiviti di luar dalam cuaca panas.
“Gunakan pelindung diri dan sentiasa mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan.
“Sentiasa awasi gejala keletihan dan strok haba dan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas,” katanya.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.