
Sos cili pencicah thai memang menjadi kegemaran ramai. Rasanya cukup enak dan sesuai sekali dimakan dengan cucur udang ataupun keropok lekor. Rasanya yang masam manis dan tidak terlalu pedas, pastinya akan digemari oleh anak-anak anda.
Mungkin ramai yang ingin mencuba buat sendiri sos ini tetapi tidak ada resipi. Jangan bimbang, Majalah Keluarga akan berkongsi resepi Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin yang berjaya buat sos pencicah thai ni ala homemade!
Selain air tangan sendiri untuk ahli keluarga anda, mana tahu jika menjadi boleh dibuat bisnes kerana caranya cukup mudah dan rasanya sedap! Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan
Bahan-bahan:
3 Ulas bawang putih dikopek kulit
2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)
1/2 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/4 cawan cuka
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 susu besar air.
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak bahan yang dikisar tersebut dengan api yang sederhana.
3. Apabila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga ia masak dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Selamat mencuba!
Patutlah viral Lebih 50k ‘Shares’, Ini Cara Buat Roti Gebu Paling Mudah, Sedap Pula Tu. Gerenti Jadi Guna Resipi Wanita Ni!

Kalau sebut nama Azlina Ina Fans, pasti ramai yang kenal empunya diri. Nak nak lagi mereka yang suka memasak. Azlina sememangnya terkenal dengan resipi dan masaknnya yang sedap.
Untuk ibu-ibu yang pertama kali nak cuba buat roti gebu, boleh la tengok resipi yang dikongsikan ini. Lepas tu boleh buat untuk hidangan minum petang mahupun sarapan bersama keluarga.
Asalamualaikum anak2 mak satu malaysia..Yg dinanti2..Sebab mak tgk terlalu ramai cari rotianak2 paksa mak bg resepi roti sbb resepi yg ade skrg bapak payah nak buat kene taruk macam2 tok nenek jemah sekalian.Jadi mak perlukan bantuan korg.Like dan komen 1 emoji.
Sebenarnye kite dah dapat pahala mudah dan bantu ramai ibu2.yg dalam keadaan skrg sgt stress bg yg xbyk simpanan dan tekanan dgn bekalan makanan.Kite bantu duit xmampu xpe kite bantu ringan kan beban mereka dgn bg dieorg nampk resepi2 mudah2 ni ok.
Mak cuba cipta sebenar nye resepi yg paling mudah.Xpening kepala nak pk BM ke mixer sbb semua org ade tgn.Xpayah pk pelembut pelik2 semua sbb semua kenal tepung kenal yis tu je bahan utama.
Roti gebu paling mudah viral
Cara membuat:
Ini yis kering paling mudah dapat. Kedai acheh pun belambak 11g.
Ni paling penting sbb kite xde bahan pelembut doh jd kita buat sendiri. bahan pun senang nak mati. Bahan2 pelembut doh:
– 2 sb tepung gandum
– 1 cawan air.campur kan kalau mak tapis sket mcm bancuh tu pas tu masak sampai die jd likat mcm tu.
Mak suke buat byk2 boleh simpan.korg gandakan je sukatan simpan peti ais masa nak guna panas kan tambah air sket boleh atau letak lua kejap bg hilang sejuk pn boleh.
Ok bebalik pd yis td
– 1/2 cawan air suam tp mak tuang dalam gelas tinggi takut die melimpah bile berbuih.
– 2sb gula( ni agent bukan agent ali. agent menghidup kan dan aktif kan yis,kalau yis rosak die xberbuih lepas 10 mnt ya).
– satukan xyah kacau dan ttup bia 10-15 minit.
lepas 10 mnt kite buat kerja sebenar nye kalau roti sekilo dapat sikit je pn. Kite buat sekilo terus je ok. penting kene ade besen beso xkisah la besen mandi anak ko pn boleh. basuh bersih. campur dalam besen tu. 1kg tepung gandum xkisah jenama ape xyah high protein janji tepung gandum jalan. ni mak pakai cap ros je tibai tu je ade ubang kan tgh2 mcm biasa ek letak 1 biji telur masukkan bersama:
– 3sb majerin atau butter kalau semua xde minyak pn boleh
– 3sb pelembut doh kite buat atas td
– sedikit garam halus mak guna garam pink himalaya
– 4sb susu tepung(nak letak2 xnak xpe saje bg sedap je)
– 1/2 sb baking powder(kalau ade bagus xde xyah pn xpe)
– 5sb gula(mak saje suke manis sket roti kosong tawar kang anak2 xmakan sgt so korg nak letak byk mana ikut korg)
ok dah satukan gaul sampai jd mcm serbuk2 roti.
Masukkan 1/2 cawan air yis berbuih td ok uli sikit-sikit.
Penting ni ye. air biasa plus ais batu biar jap bg sejuk dah kalau xde air dalam peti ais yg sejuk pn xde jugak air penapis air yg sejuk tu pn boleh ok tambah mcm tu dan uli. so abis 1 cawan td eh.
Ok last tambah air sejuk lepas 1 cawan td standby 1/2 cawan la gitu tp tuang sekadar nak lembut kan doh die mmg melekit kat tgn xpe. stop bile rasa die dah lembek2 sket maksud nye semua tepung dah basah ha mcm tu senang paham ya. ok stand by 1 cawan tepung lg tambah sket2 sambil uli tu tabur sket2 supaya doh xlekat kat tgn.
Tu cara mak uli. kite tenyeh2 tarik tekan pakai perut tgn tu kedepan tarik ke belakang.Mak org nye paling malas nak tunggu elastik plastik bagai sbb tu mak dulu jarang buat roti. lama juga boleh tecabut tgn. ok dah sampai doh td tu licin maksud nye die xlekat2 kat tgn dah 10 mnt je lebeh kurg sambil2 tgk drama siap.
ok mak pindah kat dalam bowl sebab senang ttup atas die nnt so xnak bg die lekat bile dah kembang mak tabur dulu tepung sket
ok sbb masa tu malam roti ni pn payah kalau sejuk die lambat kembang.jd mak ade idea😝panas kan oven 100 darjah set 40 mnt ttup bowl dgn tuala lembab ok letak bowl dekat2 oven kan panas hahah so cepat la kembang yeay.
Lepas 40-45 mnt tp masa 30 mnt mak bukak la tgk intai.biasa lah kite jakun😜😜ko pn mcm gitu nnt elee xngaku hahaha..ok die dah naik sekali ganda dan nampk cNtik😝😝
Tumbuk buang angin die korg xyah ikut sekali buang angin. mak pindah balik kat besen senang uli hahahahha ok bentuk2 kan. mak xpandai rounding2 ke ape ding janji bulat tibai. loyang letak minyak sket tgn masa uli last ni pn letak minyak ye. dan bulat2 kan tgn minyak sket.
ok dah letak la dalam loyang yg ade. ntah bentuk ape mak pn menyampah tgk dah mcm roti canai. tibai je lah sendiri nak makan. ok panas kan oven mcm mula2 td 100 darjah 30 mnt xyah tutup loyang tu.
wah dah naik😂eh elok plak kahkah..ok bg mak masa ni adalah paling penting untuk roti yg uli alakadar ni.waktu die membesar ni kene betul2 die kembang jgn baru naik sket korg dah gatal bakar.mmg kene tunggu die naik elok sbb tu bia die kene haba oven sket bile panas die cepat naik.waktu mengembang ni sebenar nya proses doh dalam die betindak balas kalau kurg naik atau terlebih naik nnt roti keras.
agak2 dah penuh loyang cam tu sapu atas die dgn butter atau majerin klau semua xde susu segar pn boleh xde susu cair pn boleh kalau xde jugak minyak masak je
bakar suhu 150 masa 45 mnt api atas bawah tp bergantung oven masing2 lah jugak ek asal atas die perang2 tu roti masal dah lah tu.panas2 td dalam loyang sapu butter atau majerin bg die kilat sebenar nye tu je🤣
terbalikkan belakang die saje nak tgk biasa roti yg keras belakang die huduh hahaha helok kan belakang die pn geram.
koyak satu. aduh panas2 sedap cicah kopi o. inshaAllah mudah dan gebu .mak doakan korg cuba dan jadi mudah semua bahan ade kat dapur korg. dan jimat modal xsmpai rm5 pn. cara simpan nak roti lembut berhari hari.
subhanaAllah. Sungguh sebenar nye mak ade mixer bukan xde berapa kilo nak. tp mak menyelami hati org yg xpunye apa2. Tp ada tgn. jd mak guna tgn juga xpe. muah mak syg korg.
Alhamdulillah xlah sesempurna mcm org uli pakai bread maker atau pakai mesen mixer pakai tgn mmg la ade kurg sket normal tp tetap jd roti xjd sushi tu boleh la kan.
Asyik Shoping Barang Rumah, Ustazah Asma’ Harun Pesan Amal Ayat Ni Kawal Nafsu.

Wanita dan shopping memang tidak boleh dipisahkan disebabkan mata wanita pantang bila ternampak benda yang cantik. Namun tabiat ini tidak digalakkan dalam Islam.
Sebagaimana pesanan oleh pendakwah bebas terkenal tanah air Ustazah Asma Harun menitipkan pesan untuk orang ramai agar menjalani kehiduapan sederhana. Beliau juga berkongsi doa yang harus dijadikan amalan seharian untuk mengawal nafsu membeli belah.
Selanjutnya ikuti pesanan Ustazah Asma Harun.
Tolong wanita sekelian jangan jadi hamba emosi. Jangan jadi hamba shopping. Apa yang kita beli, apa yang kita miliki sama ada peralatan dapur, peralatan rumah, deko dan sebagainya..
Dan saya pernah baca dalam satu kitab yang menyebutkan antara yang banyak memusnahkan manusia hari ini adalah terlalu berlebihan dalam berhiasakan rumah.
Terlalu berlebihan dalam menghiaskan sekeliling rumah. Terlalu berlebihan dalam memperhiaskan pakaian. Terlalu berlebihan dalam memiliki peralatan canggih.
Saya masa baca kitab itu adalah sebuah kitab yang ditulis oleh ulama kontemporari.
Dia sebutkan fitnah akhir zaman, masyaAllah. Dia datang dalam bentuk tipu daya apa? “Ala, rumah ky syurgaku kan. Taklah berhabis untuk rumah. Ala tak pa lah bukan untuk orang lain. Untuk mata sendiri bukan untuk apa.”
Akhirnya puan-puan sekalian tak habis-habis.. kita banyak masuk group, saya pun masuk banyak group. Group deco, group lama rumah, group dapur dan group-group ni tak habis-habis keluar macam-macam iklan. Betul kan?
Amalkan doa ini
Jadi bagaimana kita puan-puan sekalian nak mengawal diri kita. Setiap kali nak membeli atau kita terpesona dengan iklan-iklan ini, puan-puan sekalian Baca lah doa. Doa apa? Doa Hasbullah khafi, surah al khafi ayat yang ke 10.
Ikuti lanjut video ini.
Sumber: Yanie Che Mat
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Mudanya Mak, Macam Kakak-Kakak Je. Nanad Sebiji Muka Mama. Lawa.” Kongsi Foto Keluarga, Wajah Ibu Nad Zainal Raih Perhatian!

Pelakon bertubuh kecil yang cukup berbakat ini baru sahaja menimang cahaya mata kedua baru-baru ini. Dikurniakan anak perempuan, Nad Zainal atau mesra disapa Nanad serta suami menamakan anak mereka Budi Kalsom.
Nanad rajin berkongsi kisah keluarga dan aktiviti seni menerusi laman instagramnya. Termasuklah juga gambar dan video gelagat anak sulungnya Yem sebelum ini. Namun, jarang sekali pelakon wanita terbaik ini berkongsikan wajah ibu bapanya menerusi media sosial.
Untuk pengetahuan peminat Nanad, dia merupakan anak tunggal dalam keluarga.
Terbaru, Nanad memuat naik sekeping gambar anaknya Yem yang nampak cerita dan gembira di samping atuk dan neneknya yang memangku si kecil Budi Kalsom.
Menerusi gambar tersebut, Nanad berseloroh meminta ayahnya bertabah kerana tangan Yem menutupi wajahnya.
“Mohon Tok Pa Bertabah.”
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Rata-rata memuji wajah ibu Nanad yang nampak mudah. Bahkan ramai yang mengatakan wajah Nanad saling tidak tumpah seperti wajah ibunya.
Patutlah Nanad cantik, dia mewarisi kecantikan itu daripada ibunya. Dengan kulit crah serta senyuman manis sebiji muka Nanad. Itu antara pujian yang diberikan oleh warga maya kepada ibu Nanad.
