Buat Sendiri Sizzling Mee Di Rumah. Siap Ada Langkah Demi Langkah, Ini Resipinya!

Share

Buat mereka yang suka makan Sizzling mee tentu mengidam nak makan di kedai. Sejak arahan PKPB buat beberapa buah negeri tentu dah lama tak makan hidangan ini.

Apa kata cuba resipi yang dikongsi oleh puan Norhakimah Hanafi yang mudah jika nak buat di rumah.

Ikuti perkongsian ini

Semalam memang teringin nak makan Sizzling mee. Nak pergi makan kat kedai, malas nak bersiap. Mujurlah nak buatnya senang. Sampai laki aku balik makan tanya,
“Sayang, beli kat kedai ke?”  Sedap punya hal. Ok. Kutlah kau takde idea nak masak malam karang, nah ni resepi dia.

Bahan-bahan:

Cendawan tu kalau beli jenis kering rendam dalam air, bagi dia lembut. Tepung jagung letak jugak. Bagi kuah pekat

4-6 ulas bawang putih
1/2 hiris halis (halia aku habis semalam)
3 sudu kicap cair/biasa
4 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
1 sudu serbuk lada hitam (aku letak sikit je)
1 kiub ayam
2 sudu tepung jagung (campur air sikit)
Cili kering 5-7 biji kerat dua (aku letak 3 je)
3-4 cawan air
5-6 biji cendawan Shitake (nak banyak letaklah lagi)
Sawi
Telur
Ayam potong kecil (Isi je aku letak)

LANGKAH DEMI LANGKAH
Cara nak buat ada dekat gambar. Pejam mata pun siap, weh!

Tumis bawang putih, halia (halia aku mase ni habis), cili kering (aku letak sikit sebab anak nak makan). Kau suka pedas buhlah lagi. Goreng sampai kekuningan.

Pastu, kau masukkan isi ayam yang kau potong tadi. Suka hati kaulah nak letak ayam banyak mana. Goreng separuh masak.

Pastu kau masukkan 3-4 cawan air. Nak banyak kuah pepandailah kau adjust.

Masukkan 4 sudu sos tiram, 3 sudu kicap cair. Takde kau buh je kicap cap kipas udang kau tu. Pastu 3 sudu kicap pekat. Jangan lupa garam secukup rasa. Lada hitam dengan kiub ayam. Aku buh sikit tak sampai sesudu pun lada hitam takut pedas.
Kau biarkan sekejap sampai mendidih dan ayam masak, pastu tambah cendawan Chitake yang kau rendam tadi. Ni pun sama. Nak banyak kau tambah lagi. Biar 2-3 minit.
Nak letak seketul pun suka hati kaulah. Aku potong sikit senang nak makan. Kang tercekik.
Kau rasa lah sikit. Dah ok, masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Kacaulah sikit. Nampak dah agak pekat, likat dari tadi cun lah tu.
Kuah dah ok, bolehlah kau masukkan sawi. Sawi ni kau nak celur dulu pun ok. Baru masuk mase hidang. Kalau malas buat cam aku ni. Haha.
Disebabkan aku takde hot plate, time aku nak makan tu aku asingkan masuk kuali kecik sikit. Kuah tu letak yang kau nak makan lah. Pastu bukak api, masukkanlah telur biar separuh masak. Aku lupa nak bagi tahu, Yee mee tu kau celur asing. Jangan lama sangat. Then masuklah dalam kuah. Begitu!
Nilah kejadiannya. Rasa dia macam kau macam kat Food court tujuh ringgit sepinggan tu. Sedap oi! Ada cili potong lagi merecik. Sekian. Cakap banyak, tak buat takde guna jugak. Haha.

Mudah ajer kan step by step ni. Ayuh buat!

Selamat mencuba.

Sumber: Norhakimah Hanafi

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club