
Sejak akhir-akhir ni ramai yang suka makan serunding halia. Mana taknya rasanya yang enak dan sedap turut memberi khasiat untuk kesihatan dalaman.
Bagi yang nak buat sendiri, boleh cuba cara peniaga ini buat. Memang menjadi!
Ikuti perkongsian beliau.
Sini versi sagat. Sagat arah melintang, ikut urat halia utk mudahkan proses menyagat
Ini versi guna food processor. Saya guna brand Phillips. Semasa nk goreng halia perahkan halia ini utk membuang lebihan air halia.
Ini baki halia yg dpt disagat. Sy masukkan kedlm chopper je.
Ini gambar halia yg hampir masak dan nk garing
Halia yg sudah cukup masak. Toskan lebihan minyak d penapis
Okey part ni penting. Cara saya lapikkan dulu dulang dgn kain microfiber (sy beli dekat MR DIY-blh google kain ni warna warni). Bahagian atas lapikkan dgn tisu beberapa helai utk menyerapkan lebihan minyak di halia kita
Utk menambahkan kesedapan halia kita, CikAyu kisarkan ikan bilis yg sudah digoreng dan kuib ikan bilis. Agak2 je. Lagi byk ikan bilis lagi sedap serunding nanti.
Kiub tu tak letak pun blh.
Dh blh gaulkan halia dgn bahan blend ni dgn sedikit serbuk perasa hilal. Tak nak letak pn blh juga. Sbb CikAyu takde letak garam pada halia
Bila dh rata blh masukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang goreng didlm serunding halia kita.
Tada… dah siap serunding halia kita.
Selamat mencuba semu
Sumber: Masfaliza Ab Jaafer
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Allah Lebih Menyayangimu, Jan Sayang Tasya…” Elly Mazlein Jalani MRI Di Hospital, Titip Salam Takziah Buat Shuib Sekeluarga!

Dikatakan sahabat yang baik itu adalah yang akan sentiasa mendoakan sahabatnya walau dirinya berada di dalam keadaan yang sukar dan kesakitan sekali pun. Begitulah dapat digambarkan erti persahabatan Elly Mazlein buat temannya penyanyi Siti Sarah, 37, yang disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi ini.
Berita dukacita ini dikongsikan oleh Shuib Sepahtu yang memaklumkan isteri kesayangannya itu telah pergi buat selamanya pada jam 5.13 pagi.
Manakala melalui hantaran di instagram, Elly Mazlein menitipkan salam takziah kepada Shuib sekeluarga dengan berita yang menyedihkan itu. Ujarnya, “Al-fatihah. Allayarhamah Siti Sarah Bte Raissudin. Salam Takziah buat Eb sekeluarga. Allah lbih menyayangimu. Jan Sayang Tasya”
Terdahulu dihantaran Ig, Elly Mazlein ada memaklumkan keadaan dirinya yang sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta untuk menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) bagi mengetahui dengan lebih jelas tahap kesihatannya.
Buat MRI
Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina yang sarat hamil enam bulan berkata, dia mempunyai masalah pada bahagian belakang badan namun, memaklumkan bayi yang dikandungnya berada dalam keadaan baik.
“Untuk kesayangan semua, kakak Lina (Elly) sihat, cuma Kak Lina ada masalah bahagian belakang. Alhamdulillah sekarang sudah boleh gerakkan badan.
“Sekejap lagi buat MRI. Tadi buat pemeriksaan bayi Megat, alhamdullah baby sihat (enam bulan),” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram sebentar tadi.
Terus Doakan Siti Sarah
Dalam pada itu, Elly turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat rakannya iaitu penyanyi, Siti Sarah yang masih berada di unit rawatan rapi (ICU).
“Malam ini ada bacaan Yaasin dan doa buat Sarah serta semua yang terkesan akibat Covid-19 melalui Zoom Meeting, sama-sama berdoa ya kesayangan.
“Sarah, Jan (Elly) doa dari hospital ya, tak dapat nak sertai. Jan sentiasa ingat Tasya (panggilan buat Sarah), love you Tasya.
“Teruskan doa buat Sarah ya, terima kasih semua,” tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, ramai peminat mendoakan agar Elly Mazlein segera sembuh dan dipermudahkan urusan.
Sumber : Ig @iamellymazlein, myMetro
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Caranya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Anak Asyik Hidung Berdarah Bukan Petanda Penyakit Serius. Dr Ini Jelaskan Sebabnya. Take Note Semua!

Ramai ibu bapa panik apabila mendapati anak mengalami pendarahan hidung secara secara tiba-tiba.
Perasaan takut turut datang bersilih ganti apabila memikirkan hidung berdarah sebagai petanda penyakit serius.
Usah bimbang mengenai hal ini, Otorinolaringologi Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M Sallih menjelaskan hal ini menerusi perkongsian di facebook miliknya.
Mesti ramai yang masih tertanya-tanya, apa punca hidung kerap berdarah?
Ramai yang bertanya kepada saya, apa sebenarnya punca yang menyebabkan anak mereka mengalami pendarahan hidung secara kerap, walaupun fizikalnya mereka nampak sihat.
Di bawah merupakan beberapa sebab biasa dan common yang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku. Saya beri sepuluh punca. Antaranya :
1. Cuaca yang kering : persekitaran yang kering dan panas akan mengakibatkan lapisan mukosa dalam hidung anda kering dan mudah berdarah. Sekiranya anda sering mengalami pendarahan daripada hidung, pastikan anda mengelak daripada berada di kawasan yang terlalu kering yang boleh menyebabkan pendarahan lebih mudah berlaku.
2. Kerap mengorek hidung : ini biasa berlaku kepada anak-anak termasuk juga dewasa. Bagi kanak-kanak biasanya mereka akan menggaru hidung akibat gatal dan sebagainya, manakala bagi golongan dewasa tabiat mengorek hidung yang sudah menjadi ‘habit’ perlu dihentikan. Trauma dan luka pada lapisan dalaman hidung boleh mengakibatkan pendarahan.
3. Terlalu kerap menggunakan ubat nasal spray: ya, penggunaan ubat nasal spray adalah bagus bagi mereka yang mengalami masalah alahan, alergik dan sinus. Namun, untuk penggunaan sesetengah ubat nasal spray yang digunakan melebihi dan tidak mengikut nasihat doktor, ia boleh mengakibatkan lebih iritasi pada lapisan dalam hidung. Pendarahan boleh juga berlaku.
4. Ubat-ubatan : hati-hati dalam penggunaan ubat-ubatan khususnya jika anda mempunyai masalah pendarahan. Ubat-ubat seperti ubat tahan sakit jenis NSAIDS (non-steroidal antiinflammatory drug), ubat cair darah dan beberapa lagi yang lain boleh mengakibatkan pendarahan mudah berlaku. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubat seperti ini.
5. Penyakit hati: sekiranya anda mempunyai penyakit yang boleh mengganggu fungsi pembekuan darah, seperti organ hati… ia boleh juga menyebabkan pendarahan berlaku. Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya masalah yang anda alami tidak berkurang.
6. Alahan dan resdung : masalah ini merupakan antara yang biasa ditemui di kalangan pesakit saya. Sekiranya masalah sinus atau alahan anda tidak terkawal, anda memang berisiko untuk mengalami pendarahan hidung. Gunakan ubat yang diberi atas nasihat doktor. Cuba elakkan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan masalah anda bertambah serius.
7. Darah tinggi : masalah ini biasa berlaku kepada mereka yang mengalami ‘hypertension’ yang tidak terkawal. Pesakit biasa boleh mengalami gejala seperti pening kepala, kabur mata dan mereka juga boleh mengalami simptom pendarahan hidung akibat pressure terlalu tinggi. Kawallah tekanan darah anda. Pastikan anda mendapat follow up yang regular dan teratur bersama doktor.
8. Penyakit dalam darah : kadang-kadang kita tidak sedar bahawa pendarahan daripada hidung juga merupakan antara simptom kepada penyakit dalam darah seperti thrombocytopenia, leukemia, hemophilia dan sebagainya. Sekiranya anak anak anda ada tanda-tanda pendarahan atau lebam pada anggota lain selain hidung, dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
9. Penggunaan bahan dan makanan tradisional : ada juga di kalangan pesakit saya yang mengalami pendaran hidung akibat masalah ini. Ada yang terlalu percaya pada suplemen atau minunan tradisional berbanding ubat-ubat hospital. Tujuannya untuk supaya badan lebih kuat, memutihkan kulit, mencuci buah pinggang kononnya, mengawal kencing manis… namun akibatnya, masalah lain pula yang datang. Penggunaan makanan atau minuman seperti ini tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan pendarahan berlaku juga.
10. Kanser : untuk mereka yang berusia khususnya(walaupun boleh berlaku kepada golongan muda), pendarahan daripada hidung secara tiba-tiba perlu diambil lebih serius. Apabila ia berlarutan melebihi tiga minggu disertai benjolan pada leher, masalah pendengaran, maka dapatkanlah pemeriksaan daripada doktor.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Pimpin Majlis Khatam Quran, Alunan Merdu Suara Faizal Tahir Mengaji Buat Anak-Anak Syria Terpaku. Sebak!

Selebriti yang kita anggap mungkin hanya menumpukan pada bidang seni ini, rupa-rupanya ada secebis hati yang cukup mulia dan murni dalam membantu mereka yang memerlukan.
Biar mengetahui akan risiko dan terpaksa berjauhan dengan keluarga, namun dek kerana mahu menjayakan misi kemanusiaan mereka tempuhinya jua.
Bukan sahaja hebat sebagai penghibur, namun beberapa selebriti Malaysia iaitu antaranya Faizal Tahir, Aizat Amda, dan Noh Hujan sangat aktif dalam menyertai misi kemanusiaan.
Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook Cinta Syria Malaysia dan juga di IG Faizal Tahir, memaparkan aktiviti sukarelawan yang dilakukan bersama dengan anak-anak mangsa perang Syria di kem Al Jasmine, Lubnan.
Namun, apa yang menyentuh hati ialah dapat dilihat saat Faizal Tahir mengetuai majlis khatam Al-Quran yang diadakan untuk anak-anak disana.
Ketika Faizal Tahir membuka majlis khatam Al-Quran bersama anak anak Syria di kem Al Jasmine, Lubnan dengan bacaan surah Al Fatihah, ada di antara kami yang mengalirkan air mata.
Ianya memberi syahdu, kami pakat berdebar belaka. Boleh kata semuanya mengetap gigi menahan diri supaya tidak tertumpah segala tangis yang beriya.
Dikelilingi anak anak syurga ini memberi satu aura yang sangat berbeza. Ia nyaman, namun disebalik senyum mereka ini kami tahu derita besar yang melanda.
Ada yang sebatang kara, hidup dengan entah siapa, ada juga yang kehilangan berbagai deria, hancur keluarga dan trauma dengan berbagai hal.
Mereka datang berjalan ke masjid dalam cuaca sejuk untuk mengagungkan ayat suci.
Dan kami menyambut mereka dengan sedikit hadiah serta sumbangan.
Iya kawan-kawan, yang kalian hulur itulah kami hantar ke sini. Syukur, semoga Allah sentiasa memelihara mereka, juga kalian yang sentiasa bersama kami demi memberi bantuan kepada mereka ini.
Terima kasih semua, doakan perjalanan kami ke kem-kem di Turki pula.
khusyuk dengar Faizal alun surah Al-Fatihah
Sungguh sedap dan merdu bacaan Al-Quran penyanyi tersebut, bacaannya diikuti oleh anak-anak Syria yang menyertai majlis khatam Al-Quran itu.
Khusyuk anak-anak Syria itu mendengar alunan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Faizal. Menerusi foto yang dikongsi, terpacar kebahagian di wajah mereka menerima kedatangan dan bantuan daripada para sukarelawan Malaysia.
Sumber : Cinta Syria Malaysia & Faizal Tahir