
Biasa dengar Colek tak? Makan dengan buah mangga muda atau jambu batu, rasanya memang umphhh.
Sedapnya tak boleh bawa bincang. Kalau ibu-ibu suka yang jenis serbuk, inilah resipi mudah tapi terangkat yang boleh dicuba sendiri di rumah.
Rasanya yang pedas, manis dan masin memang kecur liur.Cara buat Serbuk Colek ini dikongsikan oleh Mak Hazs menerusi facebook. Kalau ibu-ibu nak cuba, bolehlah tengok resipi ini. Cukup mudah, guna 4 bahan je.
——————————-
Lada kering 15 tangkai
Belacan 3 inci
Udang kering 1 cawan
Gula pasir 2 cawan
——–
cara2:-
——–
Sangai semua bahan2 kecuali gula.
dah garing semua bahan2 tu… sejukan dan bland kering..
kalau ikut resepi asal bland sekali dng gula.. tapi saya guna gula pasir yg halus tu.. terus campur bahan bland tu dng gula dalam bekas asing dan gaul sebati…
*add on garam kalau x cukup masin
*boleh lebihkan cili kering jika suka tahap kepedasan yg lebih
*yang paling penting pastikan bahan2 sengai tu sejuk dahulu baru bland.. kalau tak nanti x cantik kejadiannya…
selamat mencuba…..
Resipi Gulai Masak Ayam Kelate Sedap & Harum Semerbak Bau. Cikgu Ni Kongsikan Rahsianya!

Aromanya yang harum ditambah rasanya yang sedap membuka selera kita. Tapi bila buat sendiri rasanya dah lain kan?
Kalau Ibu-ibu nak cuba sendiri di rumah, boleh guna resipi yang di kongsikn oleh puan Afy Al Habibi. Dia yang juga seorang guru berkongsi rahsia Gulai Ayam Kelate yang sedap dan harum bau nya.
5 Rahsia Nasi Bungkus Gulai Ayam Kelate
Cikgu janji nak kongsi semalam. Terpaksa tunda hari ini. Terkejut juga cikgu tengok sambutan ramai nak tahu cara cikgu gulai ayam. Sekali cikgu kongsi pasti segala rahsia cikgu bongkarkan semua sekali. Jangan kata gulai semua rasa sama. Kalau pernah makan nasi bungkus dekat Kelantan, mesti aroma dan rasa gulai ada beza. Semerbak bau dan sesedap rasanya kalau sesiapa pernah makan nasi bungkus dekat Kelantan.
Bolehlah tengok resepi ringkas cikgu sertakan di bawah. Untuk tahu rahsia lebih lengkap, baca dekat gambar yang cikgu sertakan.
Sangat berguna untuk peminat gulai ayam yang suka masakan pantai timur.
Silakan resepinya.
GULAI AYAM MEK KELATE
( Untuk 5-6 ketul ayam)
1. Kisar bahan di bawah;
*3-4 biji bawang merah( saiz syiling 20 sen)
*1 ulas bawang putih
*Sehiris nipis lengkuas
*Sehiris halia
*Dua hiris nipis serai
*secubit ketumbar
*secubit jintan manis
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis terlebih dahulu 3 sekawan hingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar tadi.
3. Setelah garing, masukkan 1 /3 sudu besar cili kering kisar.
4. Kemudian masukkan 2 sudu besar rempah kari timbang asli dari Kelantan.
Tumis sehingga garing menggunakan api perlahan.
5. Seterusnya masukkan pula secawan air asam jawa.
(secubit asam jawa + secawan air kosong)
6. Masukkan perasa peringkat pertama;
– 1/2 relung nisse kampung / 1/2 sudu besar gula Melaka
– secubit dua garam bukit
Tutup periuk seketika. Biarkan pes mendidih perlahan hingga pecah minyak.
7. Boleh masukkan ayam yang dibasuh bersih. Balik-balikkan seketika. Tutup periuk dengan tudungnya.
Biarkan ia mereneh selama 20 minit.
8. Masukkan dua sudip santan kotak / pekat.
Tambahkan 1 cawan air dan perasa garam gula peringkat kedua. Kuantiti terpulang kepada kepekatan dan selera yang diingini.
9. Akhir sekali masukkan 1/2 sudu kecil kerisik untuk menyedapkan lagi rasa gulai.
10. Masukkan lada Siam jika ada untuk menaikkan lagi rasa. Tutup api selepas rasa sebati.
Selamat mencuba semua.
#resepicikguafy
Buat Aktiviti Memasak Bersama Anak! Cream Puff Cendol Lemak Berkrim Ni Memang Sesuai

Bila di rumah, ibu bapa pastinya mahu meluangkan masa bersama anak dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Memasak antara aktiviti yang sangat sesuai untuk dilakukan bersama seisi keluarga.
Jangan bimbang, pencuci mulut boleh dijadikan menu masakan yang boleh dilakukan bersama anak di dalam rumah sahaja. Dengan perkongsian resipi daripada Hafidz Ahmad yang sangat bermanfaat ini, anda semestinya perlu mencubanya.
Bukan cream puff biasa, tetapi resipi kali ini membawa sedikit kelainan kerana selain daripada rasanya yang sedap, lemak dan berkrim, warnanya juga sangat menarik dan cantik untuk dihias. Selamat mencuba.
Cream Puff Cendol
Bahan-Bahan:
- 100 gram butter
- 150 gram air
- 140 gram tepung
- 3 biji telur saiz B
- Sedikit emulco pandan
- Sedikit pewarna hijau
Inti Cream Cendol
- 200 gram instant custard
- 250 gram UHT whipping cream
- 150 ml Air
- 250 gram fresh cream
- 100 gram gula melaka (yang dicairkan)
- 150 gram cendol
Cara-Cara:
- Panaskan ketuhar pada suhu 220 darjah celcius.
- Didihkan air bersama butter, emulco hijau dan pewarna hijau. Perlahankan api dan masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati adunan tersebut dan membentuk segumpal adunan.
- Biarkan sejuk sekejap adunan tersebut 5-10 minit dan masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit. Adun hingga sebati.
- Paipkan adunan menggunakan piping beg dgn acuan semprit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak. Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff ini akan mengembang dan jarakkan kedudukannya. Tekankan peak yang terbentuk di pusaran adunan supaya tidak hangus/garing nanti.
- Sebelum dibakar spray dahulu permukaan puff tu dengan air.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar 20-25 minit sehingga bertukar warna perang keemasan.
- Putarkan instant custard, UHT whipping cream dan air sejuk dan gula melaka-ketepikan
- Dalam bekas lain, putarkan fresh cream hingga soft peak. Kemudian masukkan campuran custard tadi dan putar hingga kental. Masukkan cendol dah kaub balik sahaja
- Filling disaran kan buat terlebih dahulu dan smpn dlm peti supaya betul-betul kental baru snang paip.
Sumber: Hafidz Ahmad
Nak Tahu Tinggi Anak Bila Dewasa? Dr Ini Tunjuk Cara Kiraan.

Tiada cara yang terbukti bagi menganggarkan ketinggian anak kita apabila mereka besar nanti.
Namun ada beberapa formula yang boleh digunakan sebagai panduan yang diberikan oleh pakar paediatrik dari Amerika Syarikat, Dr Jay L. Hoecker.
Cara pertama:
• Tambahkan ketinggian ibu dan ayah dalam sentimeter.
• Tambahkan 13 sentimeter (anak lelaki) dan kurangkan 13 sentimeter (anak perempuan).
• Bahagi dua untuk mendapat anggaran ketinggian anak kita bila dewasa.
Cara lain adalah dengan menggandakan dua kali ketinggian anak kita pada usia dua tahun (jika lelaki) atau pada usia 18 bulan (jika perempuan).
Walau bagaimanapun, kita kena ingat ketinggian anak kita bergantung pada faktor genetik, pemakanan dan persekitaran (terutaman aktiviti fizikal). Kanak-kanak juga membesar dengan kadar yang berbeza, ada yang cepat membesar dan ada yang lambat membesar.
Jika kita risau dengan tumbesaran anak kita, berbincanglah dengan doktor. Atau catatkan graf tumbesaran anak kita mengikut carta pertumbuhan fizikal yang standard, dan pastikan tumbesaran mereka mengikut umur anak-anak kita.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club