Dapat makan buah jambu batu atau mangga muda bersama serbuk asam boi dengan rasa masam-masam manis tentu akan bertambah nikmatnya. Bahkan serbuk asam boi ini enak juga kalau dimakan bersama dengan buah tembikai, nanas dan sebagainya. Senang cakap, pelbagai jenis buah boleh dimakan bersama serbuk asam boi ini, nyata rasanya tidak akan mengecewakan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu, tahukan anda bahawa serbuk asam boi tersebut Rboleh kita buat sendiri di rumah. Memang lebih menjimatkan dan yang paling penting rasa masam dan manisnya boleh kita adjust sendiri mengikut selera peribadi.
Ini seperti mana resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Khadijah dan bolehlah dijadikan panduan.
“Takde masak apa cuma nak share cara buat serbuk asam boi. Tabur atas jambu ke mangga ke uiii sedapnya. Kalau beli pon dah berapa kan harganya. Buat je sendiri, buat stok. Senang. Jimat pun jimat.”-kongsinya di salah satu group masakan.
Bahan-bahan:
Asam boi
Gula pasir
Plum powder
Cara-caranya:
1.Asingkan biji dari asam boi dengan biji. Saya beli dekat kedai orang jual asam-asam. Bagi tahu orang kedai nak asam boi untuk tabur dekat buah. Ni rasa dia masin-masin manis.
Ini asam boi yang siap asing biji.
Begini keadaannya, asam boi dan blend halus. Nampak macam tak halus sangat tapi don’t worry nanti dah campur-campur semua dia sebati elok.
Saya guna plum powder berand ni sebab ni je yang ada. Brand apa pun tak kisah asalkan plum powder.
Oh resepi takda sukatan sebab buat ikut naluri. Saya tak tambah garam sebab asam boi tu dah ada rasa masin. Tapi ikut selera masing-masing. Dah siap tu try rasa. If rasa nak manis lagi boleh tambah gula. Nak masin boleh tambah garam. Boleh adjust ikut selera. Senang kan.
Sumber : Siti Khadijah
ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!
Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club