Dapat makan buah jambu batu atau mangga muda bersama serbuk asam boi dengan rasa masam-masam manis tentu akan bertambah nikmatnya. Bahkan serbuk asam boi ini enak juga kalau dimakan bersama dengan buah tembikai, nanas dan sebagainya. Senang cakap, pelbagai jenis buah boleh dimakan bersama serbuk asam boi ini, nyata rasanya tidak akan mengecewakan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu, tahukan anda bahawa serbuk asam boi tersebut Rboleh kita buat sendiri di rumah. Memang lebih menjimatkan dan yang paling penting rasa masam dan manisnya boleh kita adjust sendiri mengikut selera peribadi.
Ini seperti mana resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Khadijah dan bolehlah dijadikan panduan.
“Takde masak apa cuma nak share cara buat serbuk asam boi. Tabur atas jambu ke mangga ke uiii sedapnya. Kalau beli pon dah berapa kan harganya. Buat je sendiri, buat stok. Senang. Jimat pun jimat.”-kongsinya di salah satu group masakan.
Bahan-bahan:
Ads
Asam boi
Gula pasir
Plum powder
Cara-caranya:
1.Asingkan biji dari asam boi dengan biji. Saya beli dekat kedai orang jual asam-asam. Bagi tahu orang kedai nak asam boi untuk tabur dekat buah. Ni rasa dia masin-masin manis.
Ads
Ini asam boi yang siap asing biji.
Blend halus (blend kering). Letak dalam satu bekas
Begini keadaannya, asam boi dan blend halus. Nampak macam tak halus sangat tapi don’t worry nanti dah campur-campur semua dia sebati elok.
Blend gula dan plum powder. Blend halus juga
Saya guna plum powder berand ni sebab ni je yang ada. Brand apa pun tak kisah asalkan plum powder.
Ads
Satukan dengan asam boi yang sudah di blend tadi. Gaul sebati. Saya masukkan dalam satu bekas pastu goncang-goncangkan dia. Siap!
Oh resepi takda sukatan sebab buat ikut naluri. Saya tak tambah garam sebab asam boi tu dah ada rasa masin. Tapi ikut selera masing-masing. Dah siap tu try rasa. If rasa nak manis lagi boleh tambah gula. Nak masin boleh tambah garam. Boleh adjust ikut selera. Senang kan.
Bawang antara bahan mentah yang cepat bertindak balas dan tidak tahan lama jika disimpan terlalu lama. Jika bawang merah atau bawang besar akan menjadi lembik dan busuk jika disimpan lama, bawang putih pula biasanya akan menjadi layu dan busuk luarannya.
Sebenarnya ada cara menarik yang dikongsikan oleh Persatuan Muafakat Johor di facebook mengenai cara menyimpan bawang putih ini. Rasanya juga lebih sedap, sebati dan paling penting lebih tahan lama. Bagaimana?
Bukan itu sahaja, malah cara ini juga lebih menjimatkan masa memasak kerana tidak perlu lagi mengupas bawang putih yang sememangnya agak sukar untuk dikupas. Dengan kaedah ini, setiap kali hendak masak, hanya sudukan dan terus ditumis sahaja tanpa perlu mengupasnya lagi. Menarik! Tapi bagaimana? bawang 2.
Caranya :
1. Kupas kulit dan potong dadu bawang putih.
2. Jemur bawang putih sehingga ia agak kering tetapi jangan sampai warnanya bertukar gelap.
3. Masukkan bawang putih ke dalam balang kaca.
4. Tambah minyak masak seperti minyak zaitun, minyak jagung atau minyak masak jenis lain dalam balang kaca sehingga bawang putih tenggelam.
5. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama atau di dapur sahaja. Elakkan dari suhu panas.
6. Keluarkan jika hendak memasak. Tahan sekurang-kurangnya sebulan.
.
Kelebihan Bawang Putih
Anti Bakteria & Antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya. bawang.
Mengandungi Banyak Iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Membantu Sistem Pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric asid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Meningkatkan Sistem Imunisasi
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktivitisel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Sumber : Persatuan Muafakat Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masih berfikir-fikir, kudapan yang sesuai untuk disajikan ketika hari raya nanti.Selain beli kuih raya, boleh juga cuba buat sendiri kudapan ringan yang menjadi viral ini.Sementelah kita pun bukan lah rajin dan pandai sangat nak buat biskut atau kuih raya,apa kata cuba resipi popia stick yang rangup dan senang nak buat ni. Bukan sahaja budak-budak, orang tua pun pasti suka rasa dan kerangupannya yang krup krap krup krap.Mesti tak sedar dah habis sebalang. Jom kita cuba buat dulu masa bulan puasa ni.
Bahan-Bahan:
Kulit Popia (dipotong jadi 6 bahagian)
Minyak Masak
Coklat Masakan (Beryl’s/Le bourne atau Selborne)
Nestum
Cara Membuat:
1. Gulung kulit popia yang telah dipotong dengan kemas dan sapukan air pada bahagian hujungnya untuk mengelakkan kulit popia terbuka.
2.Rehatkan gulungan popia sebentar agar ia keras sedikit supaya mengekalkan bentuk gulungan tadi.
3.Gorengkan ia didalam api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan toskan, biarkan ia sejuk seketika.
4.Double boil coklat masakan ikut pilihan jenama yang disukai.
5.Celup gulungan popia yang telah digoreng tadi ke dalam coklat yang telah dicairkan.
6.Kemudian salut pula dengan nestum.
7.Biarkan ia keras seketika dan masukkan didalam bekas kedap udara.Simpan dalam peti sejuk seketika.
Selamat Mencuba!
Kredit: Humaira Harith
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...