Semua inginkan rumah kelihatan kemas dan teratur. Jadi jika mengunakan rak bertingkat akan dapat membantu kawasan dalam rumah kelihatan lebih luas dan tersusun.
Tentu kita akan membeli rak untuk memastikan barang-barang mudah disusun atur.
Dengan itu, perkongsian ini sungguh inspirasi menggunakan bakul pada harga RM2.10 di kedai Eco sebagai rak bertingkat. Hanya buat sendiri bakul ini, rumah terus kelihatan kemas.
Jom kita cuba!
Hasil DIY hari ni dengan bersungguh saya pergi ke kedai eco. Bakul tu 1 ikat RM2.10 ada 2 bakul. Kiranya 1 bakul tu RM1.05. Cable tai pun eco punya. Kayu tu saya kutip di stor saya je. Modal semua tak sampai RM15.00. Marilah kita berjimat!
Ini Caranya:
4 set bakul. 1 Set harga RM2.10
1 set ada dua bakul.
Batang kayu untuk dijadikan batang rak bakul.
Bakul di ikat pada kayu dengan menggunakan tali pengikat (cable tie)
Padangan rak dari sudut sisi. 3 kayu digunakan. Nak guna 4 kayu pun boleh untuk lebih stabil.
Menarik idea ini. Bila dah siap boleh lah sembur atau cat kayu dengan warna yang menarik. Tentu nampak cantik!
Selamat mencuba!
Kredit: Sentuhan Dania
Red Flag Tanda Aras Anak Ada Masalah, Mak Ayah Bantu Perkembangan Anak Cepat-Cepat!
Ketika kita membesarkan anak, kita perlu berilmu dan sentiasa peka dengan perkembangan anak. Semuanya kerana bimbang anak lewat perkembangannya atau tidak mengikut carta perkembangan atau mildstone yang tepat dan sesuai dengan usia anak.
Menurut perkongsian Dr Harith Ismail, mak ayah seharusnya lebih peka kepada empat komponen penting dalam perkembangan anak dari bayi lagi. Semua ini dapat membantu perkembangan anak yang sihat.
Pastinya perkembangan anak-anak amat penting dan kita boleh simpulkan perkembangan anak ini ada empat komponen utama iaitu perkembangan kasar, perkembangan halus, percakapan dan sosial.
Bila kita ceria mengenai perkembangan secara total kita kena faham perkembangan kasar adalah berkaitan pergerakan, berjalan, berlari, melompat dan perkembangan halus pula bagaimana mereka menggerakkan pergerakan tangan mereka.
Dalam pertuturan kita ada dua komponen penting iaitu pemahaman dan pertuturan. Bagaimana perkataan yang mereka keluarkan dan bagaimana mereka gabungakan perkataan ini.
Begitu juga dengan pemahaman, bagaimana mereka memahai arahan ibu ayah dan mereka faham warna dan arahan spesifik.
Sosial pula bagaimana tingkahlaku mereka dan bagaimana mereka berkomunikasi dan bergaul dengan rakan-rakan dan orang lain disekeliling. Semua ini adalah carta yang perlu anak-anak kuasai untuk membesar.
Red flag tanda aras anak ada masalah
Red flag adalah sangat penting kerana ia petanda awal sebelum kita berjumpa dengan doktor.
Pertama sekali untuk kanak-kanak 18 bulan, mereka mesti sudah boleh berjalan. Jika tidak kita mesti berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah anak ini.
Pada usia ini juga, kanak-kanak akan mula bertutur perkataan bermakna seperti susu, mama, papa dan perkataan biasa mereka guna. Malah sudah boleh menggabungkan dua perkataan dengan baik dan jelas.
Apa mak ayah perlu lakukan?
Aktiviti dalam dan luar adalah aktiviti yang sangat-sangat penting untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang berkembang.
Saya bagi satu contoh paling mudah, kalau dalam rumah ambil bola dan beri pada anak untuk anak sepak bola itu semula.
Nampak mudah tapi menerusi sebiji bola itu, anak akan mula mengeluarkan perkataan dan mula ada eye contact yang baik dengan mak ayah.
Kita boleh juga boleh buat aktiviti mewarna untuk tingkatkan perkembangan halus anak dan paling penting jangan sekat anak untuk berinteraksi dengan orang lain. Biar anak tahu dan belajar apa yang ada di luar rumah mereka.
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kini Ramai Wanita Hadapi Kanser Payudara. Kata Doktor Ini Sebabnya. Deep Perkongsian Ini.
Perkongsian ini sungguh bermanfaat, agar kita tidak menjadikan ia sebagai iktibar bersama ekoran ramai wanita kita menghidapi kanser payudara.
Ikuti perkongsian ini.
In Sha Allah yang membaca, mengamalkan dan menyebarkan moga beroleh pahala dan manfaat.
Peristiwa ini berlaku ketika saya masih lagi menuntut di UKM, taqdir Allah ketika cuti semester saya membawa ibu ke salah sebuah klinik di Pasir Mas. Seperti biasa ibu saya menerima rawatan daripada Doktor dan dibekalkan beberapa jenis ubat.
“Ibu awak demam biasa sahaja, tapi ada perkara penting yang ingin saya sampaikan..setiap wanita yang datang ke klinik saya akan dapat maklumat ini supaya dapat bantu lebih ramai orang diluar sana” Beritahu Doktor berkenaan sambil tangannya menarik laci meja.
Daripada laci dikeluarkan dua keping gambar dan diletak di atas meja. “Cuba tengok gambar ini”? Saya cuba mengamati gambar yang dimaksudkan..Allahuakbar, terkejut bercampur ngeri kerana terpampang depan saya gambar seorang wanita yang mengidap breast kanser…kecut perut dibuatnya.
“semakin hari semakin ramai wanita yang mengidap penyakit ini dan ia agak sukar untuk dipulihkan, jika sembuh sekalipun ia akan menjadi seorang wanita yang tidak sempurna dari segi fizikal dan emosi”
Ingat pesan saya dan sampaikanlah kepada wanita diluar sana..
1. Jaga hati, jangan buruk sangka dan fikir yang bukan-bukan tentang orang lain kerana sekali kita memberi ruang ia bersarang di dalam hati, selamanya dia akan kekal malah semakin membesar. Inilah benih yang menyuburkan sel kanser, kecuali mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berfikiran positif.
2. Jangan melayan perasaan sedih yang berpanjangan, itulah perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan mudhorat.
3. Jangan berdendam kerana perasaan marah dan tertekan akan menjadi baja kepada breast kanser.
4. Jangan memendam perasaan, Masalah akan membuatkan seorang wanita lemah, tidak bermaya dan kerap keletihan, luahkanlah kepada seseorang yang kita percayai dan ingatlah Allah juga sentiasa ada untuk mendengar keluhan kita.
5. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu diluar kudrat seorang wanita, kerana Allah SWT jadikan wanita sangat bebeza dengan lelaki. Jadilah seorang wanita yang lemah lembut tapi miliki jiwa yang sihat dan kental kerana itulah fitrah semula jadi yang telah ditetapkan.
6. Akhirnya, masaklah untuk keluarga makanan yang baik-baik, kerana dari air tangan seorang isteri dan Ibu menjadi penentu kepada tahap kesihatan sebuah keluarga.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi asbab untuk seluruh wanita menjadi sihat In Sha Allah.
Kredit: Aminah Mat Yusoff
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati
#NikmatIlmuImanDanIslam.
Pakar ENT Ini Jelaskan Cara Selamat Bersihkan Telinga, Barulah Tak Jejas Pendengaran
Memang sudah menjadi tabiat dikalangan ahli keluarga kita, ada yang suka mengorek telinga selepas mandi. Mesti cari putik kapas untuk mengorek telinga. Tujuannya adalah untuk membersihkan telinga. Tetapi tahukah anda, bahawa tabiat ini sebenarnya mengundang bahaya yang boleh menjejaskan pendengaran.
Pakar ENT, Dr Ezairy M.Salliha menjelaskan mengenai risiko apabila gemar mengorek telinga. Namun katanya, terdapat cara untuk membersihkan telinga. Ikuti tip ini.
KERAP JADI TAK DENGAR, NAK BUAT APA? IKUT PETUA INI
Seorang pesakit mengadu kurang dengar dah beberapa hari. Tempoh hari beliau ada beli sendiri ubat titis telinga di farmasi, letak sendiri pada telinga dan kemudian beliau korek sendiri guna cotton bud untuk bersihkan sebab rasa dah tak selesa.
Akibatnya sekarang pendengaran jadi ‘totally block’… tak dengar langsung!
Apabila saya masukkan skop kamera ke dalam telinganya. Nampaklah beliau ear wax atau tahi telinganya yang telah ditolak-tolak masuk ke gegendang telinga!
Saya cuba keluarkan juga, cuba buang mana yang boleh. Tapi ia sakit tuan-tuan kalau terkena pada gegendang telinga. Dan ini yang berlaku kepada pesakit saya ini tadi. Nam menangis beliau.
Beliau baru tahu bahawa telinga ini tidak perlu dikorek. Sudah menjadi ‘habit’ katanya mengorek telinga selepas mandi. Kalau tak buat itu, rasa tidak selesa.
Tip pengurusan telinga yang selamat
1. Bersihkan guna kain bersih setiap lepas mandi. Di bahagian cuping dan luar telinga sahaja.
2. Elak masukkan air sehingga ke dalam telinga. Lebih bahaya jika gegendang telinga anda bocor.
3. Kalau terlalu gatal, boleh tekan-tekan bahagian luar telinga atau di ‘tragal area’ sahaja. Ia boleh membantu.
4. Jangan korek di dalam telinga sama ada guna besi atau putik kapas.
5. Jangan terus beli ubat di farmasi tanpa pemeriksaan doktor.
6. Jika kurang dengar, pergi buat pemeriksaan doktor.
7. Doktor akan rujuk ke klinik ENT di hospital jika perlu.
Ingat ya, bahaya. Hentikanlah!
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak