Meraikan sesuatu peristiwa yang membahagiakan dalam keluarga, elok juga jika dinikmati bersama keenakan dan kemanisan rasa popcorn buatan sendiri.
Pun begitu, mungkin ada yang tertanya-tanya adakah susah untuk menyediakan popcorn caramel ini? Orang kata, perlu ada periuk tekanan tinggi baru boleh buat. Benarkah?
Realitinya bagi yang tiada peralatan memasak yang canggih sedemikian rupa, sebenarnya anda anda cara unik untuk menyediakan popcorn ini iaitu dengan menggunakan periuk biasa sahaja!
Baiklah, jom kita tengok cara-cara mudah nak buat popcorn caramel ini yang telah dikongsikan oleh puan Nurul Hidayah Zakaria agar memberi manfaat bersama.
Bahan-bahan yang diperlukan ni mudah je. Ada 4 je bahan dia.
BAHAN-BAHAN POPCORN :-
● 1/3 cawan jagung popcorn
● 1 camca besar mentega
● 2 1/2 camca besar minyak masak
BAHAN-BAHAN CARAMEL :-
● 1/3 cawan gula castor/gula pasir
● 1 camca besar mentega
Langkah Pertama
Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya. Jangan guna periuk kecil. Tak muat popcorn nak mengembang nanti.
Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Api jangan terlalu besar, hangit nanti popcorn kau.
Langkah Kedua
Bila minyak dan mentega dah panas, masukkan satu biji jagung dalam periuk dan tunggu sampai dia bunyi ‘pop’.
Bila dah dengar bunyi ‘pop’ tu, jagung tadi dah kembang. Jadi, bolehlah masukkan semua jagung tadi dalam periuk. Kacau rata bagi semua kena minyak dan mentega tadi
Langkah Ketiga
Tutupkan periuk dengan penutup dia. Pastikan api sederhana kecil. Dan tunggu jagung dalam tu meletup-letup bunyinya.
Kau jangan buka penutup tu. Kalau buka nanti habis bersembur keluar popcorn tu berterabur. Satu hal pula nanti nak kena kemas
Langkah Keempat
Ha, inilah hasilnya lepas habis semua ‘letupan pop’ tadi. Cantikkan?
Keluarkan dari periuk dan letakkan dalam bekas lain. Kita nak buat caramel dia pula.
Langkah Kelima
Dalam kuali lain, masukkan gula pasir tadi. Panaskan dengan api sederhana. Tunggu sampai gula mencair dan jadi caramel.
Waktu ni, jangan bagi gula kau hangit. Pahit popcorn tu nanti. Tak jadi popcorn caramel dah. Hahaha
Langkah Keenam
Agak-agak gula tadi dah jadi warna perang-perang coklat macam ni, dah jadi la caramel tu. Jangan cuit dengan tangan ye. Melecur nanti!
Langkah Ketujuh
Masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair. Bau dia wangi sangat! Macam ala-ala kat kedai the famous garrets popcorn. Hehehe.
Langkah Kelapan
Tutup api. Masukkan popcorn yang dah siap tadi dalam kuali, dan kacau sehingga rata. Kena berhati-hati masa ni. Jangan sampai popcorn terkeluar dari kuali. Rugi!
Langkah Kesembilan
Bila dah rata semuanya, pindahkan popcorn bercaramel tadi dalam dulang untuk sejukkan. Sambil-sambil tu boleh lerai-leraikan yang melekat.
Dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah makan sambil tengok drama kegemaran. Layaannnnn….
Dah tahu resepi dan cara, jangan lupa cuba ye!
sumber : Nurul Hidayah Zakaria via MAHN