Bulan Ramadan menjelma lagi, kurma dijual di merata negeri malah pelbagai jenama dapat diperolehi buat juadah sahur dan berbuka puasa. Menurut kajian, permintaan terhadap buah kurma di Malaysia meningkat menjelang bulan puasa. Ini kerana khasiatnya salah satunya sumber tenaga agar tubuh kekal sihat dan cergas sepanjang ramadan.
Ikuti khasiat kurma yang mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak tahu lagi. Antaranya:
1. Kandungan Nutrien Yang Tinggi
Fizikal luaran kurma yang kecil dan berwarna gelap mungkin menjadi antara persoalan apakah khasiatnya. Namun, jangan biarkan ia menipu anda kerana ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin.
2. Tenaga Segera
Bagi individu yang melakukan rutin senaman yang memerlukan tenaga yang banyak dan cepat mungkin boleh menjadikan kurma sebagai ‘power bar’ yang baru.Ini kerana kandungan gula semula jadi (fructose,glucose, sucrose ) yang tinggi dalamnya mampu memberikan tenaga segera apabila letih bersenam.
3. Diet Sihat
Kurma juga mampu membantu dalam kita melalui diet yang sihat. Untuk individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan mungkin boleh memasukkan kurma kedalam senarai makanan mereka.Ini kerana pengambilan kurma mampu mengenyangkan perut dengan cepat jadi membantu kita supaya tidak makan dengan banyak.Campuran ini sudah cukup untuk membantu menurunkan berat badan.
4. Membantu Mengurangkan Sembelit
Pengambilan kurma secara konsisten juga mampu menyelesaikan dan menghindarkan kita dari masalah sembelit.Umum mengetahui masalah sembelit sangatlah menyeksakan dan seterusnya boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih kronik, iaitu buasir! Jadi, pengambilan kurma yang kaya dengan serat ini amatlah baik bagi menyembuhkan dan mengelakkan masalah sembelit.
5. Menyihatkan Jantung
Jantung merupakan enjin dalam kehidupan manusia. Jadi adalah menjadi satu faktor penting mengapa ia perlu dijaga dengan rapi. Kurma mengandungi kandungan potasium yang tinggi lantas dapat membantu menurunkan kadar kolesterol yang menyumbang ke arah strok dan serangan jantung.
Dah tahu kan khasiat kurma ini? Jadi apa kata untuk menu bersahur dan berbuka puasa, dengan jus kurma dan susu.
m
Menerusi facebook ini, menunjukkan langkah demi langkah cara membuat pati kurm tanpa sebarang pemanis. Menariknya pati kurma ini apabila di masak boleh terus dicampur dengan minuman kegemaran termasuk susu. Jom buat hari ni.
PATI KURMA TANPA PEMANIS
cara penyediaan
Kupas buah kurma dan buang bijinya.
Masukkan air paras kurma. Mula renehkan api sederhana selama dua jam supaya kurma menjadi lembut dan air manis buah semulajadi ‘keluar’ semasa mereneh.
Dah siap lepas 2 jam. Nampak pati ni nampak pekat dan manis asli.
Tengok video ini. Pastikan buah kurma jadi sangat lembut dan air jadi pekat sehingga direnehkan selama dua jam. Kemudian baru kisar dengan blander. Masa blander tu jangan campur dengan air. Air rebusan kurma dah mencukupi untuk kisar dengan mudah.
Simpan dalam bekas. Guna bila perlu ketika berbuka dan sahur.
Campurkan dengan susu segar atau bancuhan susu tepung. Sesuai minum sejuk dan panas. Tak perlu letak pemanis seperti gula, stevia atau madu. Rasa manis asli semua dah ‘turun’ semasa reneh dua jam tadi.
Selamat mencuba.
Sumber: Jeehan Mohd