
Sekarang ramai yang menggunakan pagar design Share Plank ini untuk nampak lebih moden, menarik dan dalam masa yang sama menjadikan ruang kediaman lebih privercy. Pun begitu tidak dinafikan untuk transform paga sedia ada dengan pagar tersebut menelan belanja yang boleh mencecah ribuan ringgit.
Tapi sebenarnya kita masih ada cara untuk berjimat untuk mendapatkan pagar idaman ini, lain tidak bukan kenalah DIY sendiri. Jika buat sendiri bajet tidak sampai pun RM1000 untuk pagar sekeliling rumah seperti yang dikongsikan oleh Puan Nazziatul Nahira. Bagi anda yang teruja untuk membuat sendiri sepertinya, bolehlah jadikan panduan perkongsian ini. Selamat mencuba.
Pagar Rumah Nampak Lebih Berseri
Manfaat kan “stay at home” dengan DIY pagar rumah agar nampak lebih berseri.
Bagi yang nak buat macam ni costing ikut keluasan rumah…macam rumah saya costing nya seperti berikut :
Cement board : RM300 (5 keping besar)
Skru (stain steel) – RM170 (kalau low budget guna skru biasa pun boleh cuma lama-lama akan ada kesan karat
Cat Jotun (wheater shield) 2 tong (5 liter) – RM440 (nak guna cat biasa nanti cepat berlumut)
Saiz cement board : 4ft x 8ft
Saiz potongan cement board : 30inch x 6inch
Saiz skru (self drill) : 1inch
Tools yang digunakan :
Grinder (mata potong tile),cordless drill,tape,pensil,penimbang air/pembaris..
Pastikan alatan semua lengkap baru lah mudah buat kerja diy anda..
Langkah demi langkah
1. Potong cement board menggunakan grinder (mata potong tile) mengikut ukuran yang diingini.
2. Cat dan biarkan kering.
3. Mulakan pemasangan dengan menggunakan cordless drill. Pilih tapping screw 1ich.
4. Siap
Tips & info : Cement board saya beli di hardware dan sebaiknya sebelum pasang minta izin dengan jiran bagi yang berkongsi pagar pada bahagian tepi.
Sumber : Nazziatul Nahira
ARTIKEL MENARIK: Puding Buih Berkuah Susu, Rasa Lemak Manis Begini Resipi Nak Buatnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Fauzi Nawawi Rasa Bersyukur Berjaya Tamat Pengajian Diploma, Mahu Jadi Inspirasi Kepada Anak-anak

Isi Kandungan
ToggleFauzi Nawawi rasa bersyukur berjaya tamat pengajian diploma, mahu jadi inspirasi kepada anak-anak. Ternyata kesibukan kerja bukan penghalang buat pelakon Fauzi Nawawi menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem di Meatech Creative Academy.
Fauzi Nawawi Rasa Bersyukur Berjaya Tamat Pengajian Diploma
Memetik laporan mStar, Fauzi yang kini meniti usia 51 tahun itu meluah rasa syukur. Dalam masa sama juga, dia berasa sangat terharu kerana isterinya, Lisdawati sentiasa memberi semangat. Kejayaan itu juga secara tidak langsung dapat memberi contoh terbaik buat anak-anaknya atas kejayaan tersebut.
Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk bagi contoh yang baik buat mereka semua.
Mahu Jadi Inspirasi Kepada Anak-anak
“Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jadi saya harap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.
Ujar bapa kepada lapan cahaya mata itu, dia berharap keputusannya menyambung pelajaran dapat menutup tanggapan segelintir pihak berkaitan selebriti tidak mementingkan akademik.
“Ramai artis berjaya dalam pelajaran mereka. Saya juga mahu merasa seperti itu. Walaupun sibuk berlakon, pelajaran tak pernah tinggal.
“Mungkin ramai anggap orang yang tidak berjaya dalam pelajaran lebih memilih menjadi artis. Saya mahu perbetulkan tanggapan sebegitu dan menjadi bukti golongan artis juga berpelajaran,” ujarnya.
Fauzi juga mengakui perjalanan untuk menghabiskan dua tahun pengajian bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ada cabaran yang perlu dihadapi.
“Biasalah bila usia semakin meningkat, rasa malas nak belajar itu memang ada. Itu perlu saya lawan selama tempoh pengajian ini.
“Dalam masa sama saya juga sibuk dengan penggambaran dan jadual kerja lain. Perlu susun masa dengan betul supaya dapat seimbangkan semua perkara,” jelasnya.
Sumber: Instagram Fauzi Nawawi
Baca artikel lain juga: Kebahagiaan Tak Perlu Dikongsi 15 Tahun Layari Perkahwinan, Fauzi Nawawi Kongsi Tip Bahagia
“Perlu Ada Toleransi Dalam Membuat Keputusan.” Fauzi Nawawi Kongsi Tip Kebahagiaan Rumah Tangga
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Dapat Hotel Pada Harga Murah, Lelaki Ni Kongsi Triknya. Rugi Kalau Lepaskan Begitu Je!

Musim cuti sekolah inilah masa yang anak-anak tunggu untuk dibawa bermalam di hotel-mewah bagi menikmati pengalaman mandi kolam yang menggembirakan. Bagi ibu ayah juga, peluang ini bolehlah dijadikan masa terbaik untuk berehat dengan menikmati suasana tenang dan santai di hotel bertaraf lima bintang. Pastinya pengalaman ini cukup berharga buat anda seisi keluarga.
Pun begitu, umum mengetahui harga penginapan di hotel-hotel tersebut bukanlah murah. Paling tidak satu malam mahu sahaja menelan belanja RM 500. Pun begitu, menariknya perkongsian daripada lelaki ini di akaun fbnya, berkongsi bilamana sering kali mendapat tawaran harga promosi setiap kali membuat tempahan hotel.
Mengetahui bagaimana dia lakukannya dan elok juga untuk kita fahami. Mana tahu, percutian kali ini beruntung dapat hotel mewah pada tawaran harga bajet yang rendah. Usah tunggu lagi, jom semak perkongsian menarik ini.
Ramai kawan-kawan saya terkejut saya selalu je dapat hotel pada harga yang murah giler!Mana tak terkejutnya, kadang-kadang tu, hotel 5 star yang biasa harga RM400-500, boleh dapat pada harga murah jer!
Betul ke ni? Ya… Ini seriusss!
Oklah, saya taknak lah makan sorang.. saya ni pembooking hotel tegar. Ni saya share kepada kalian semua ya.
10 Tips & Tricks Tempah Hotel secara Online.
1. Setiap kali buat tempahan hotel, saya akan buat comparison 3 tempat.. 1) Trivago 2) Traveloka 3) Website hotel tu sendiri. Banyak kali saya perasan, kadang-kadang tu website hotel tu sendiri lagi murah berbanding Booking.com & Agoda sebab dia ada buat PROMO untuk tempoh-tempoh tertentu. Jadi, kena compare semua dulu sebelum decide.
2. Saya suka tengok kat Traveloka sebab kat sini dia dah letak harga dah INCLUSIVE TAX dan fees dah. Tak macam booking.com dan agoda, harga yang dipamerkan tu belum masuk tax lagi tu. Susah untuk kita bajet. Lagipun Traveloka selalu ada KOD PROMO tau.. banyak pulak tu.. macam sekarang, kalau anda guna kad Maybank untuk buat payment, anda boleh masukkan kod MAYSTAYN atau MAYSTAYE untuk dapatkan diskaun 10% or 15%. Banyak jugak tu kan.
3. Untuk agoda / booking.com, ada trick dia jugak.. hihii.. anda pilih dulu hotel dan tarikh yang anda nak pegi.. pastu masukkan details nama dan email semua.. then sampai lah ke page untuk payment tu, anda cancelkan dulu. Hah? Kenapa tu? Sebab bila anda dah cancelkan, anda akan lihat selepas 1-2 hari, mereka akan emailkan kepada anda yang bilik tu ADA DISKAUN.. seolah-olah macam diorang nak pujuk anda la tu.. hehe.. bila diskaun dia bagi tu cun, grab lah cepat-cepat.. hihii..
4. Kalau anda nak ‘saja-saja survey’ hotel, pastikan anda pilih Private Tab untuk Mozilla Firefox atau Incognito untuk Chrome. Ini adalah untuk pastikan mereka tak dapat track bila anda masuk ke website tersebut untuk kali kedua, mereka akan naikkan harga..ini memang strategi mereka. Strategi ni sama juga digunakan oleh airlines seperti AirAsia dan lain-lain. First anda masuk ke website tu, anda dapat harga murah.. pastu esoknya tu, anda masuk balik, harga dah naik.. sebab dia dah dapat ‘trace’ yang anda pernah datang ke website tu dan sebab tu lah dia naikkan harga. Jadi, pastikan anda guna Private Tab atau Incognito ya sebelum sebelum survey hotel.
5. Jangan sesekali Save Credit Card details di Agoda or mana-mana website. Sebab ramai dah saya dengar cerita yang mereka akan buat Auto Booking bagi pihak kita. Yer la, kadang-kadang kita just survey je hotel tu dan tak buat booking pun lagi.. tapi disebabkan sistem dah ada details kad kredit kita, terus dia buatkan booking untuk kita. Kalau dapat harga murah ok lagi.. tapi kalau harga mahal, memang rugi lah jadinya..
6. Buat booking waktu malam or tengah malam. Ini yang saya selalu perasan. Kalau booking di siang hari, bilik selalu sold out or harga selalu tinggi. Tak kisah lah anda tengok di Agoda, Booking or Traveloka pun.. semua pattern sama.. tapi cuba kalau anda booking waktu malam.. memang banyak bilik available dan murah dari siang hari.. tak caya, cuba lah compare.
7. Kalau booking hotel bagi pihak orang lain, pastikan masukkan nama dia di bahagian “Booking For Someone Else”. Kalau tak, susah nanti nak check in sebab sesetengah hotel mempunyai prosedur yang ketat. Saya pernah kena ketika booking untuk member. Saya letak nama saya masa booking. Masa pegi check in, hotel tu tak bagi kawan saya check in sebab tu bukan nama dia. Tak pasal-pasal saya kena call balik Agoda dan minta dia tukarkan kepada nama kawan saya tu.
8. Dalam banyak-banyak website tempahan hotel online, website Agoda salah satu website yang sediakan Point. Kalau anda buat tempahan, dapat point. Kalau buat review, anda dapat point. Kalau rekemen kawan, dapat point. Jadi, point tu kalau kumpul-kumpul, dapat convert ke RM dan dapat bilik hotel free.. best kan?
9. Tips yang ni pelik sikit.. pelik tapi benar. Kalau nak booking hotel di luar negara, pastikan anda pilih language negara tersebut dan currency pun ikut negara tersebut. Kalau language bertukar, anda translate je guna google chrome. Anda buat dan compare.. memang ada beza harga dia..
10. Kalau anda travel ke luar negara dan nak senang, anda tempah lah guna trip.com. Download apps siap-siap di phone anda. Trip.com pun banyak promo code. Apa yg bestnya trip.com ni adalah: Anda boleh booking semua sekaligus Hotel, Tiket Flight dan Tiket Train terus.. memang sangat-sangat memudahkan! Anda register sebagai member di trip.com, banyak deals-deals menarik untuk member.
11. Untuk anda yang betul-betul nak hotel murah dan jimat semasa travel, anda boleh booking dengan menggunakan apps OYO. Saya sendiri dah try.. memang murah betul hotel-hotel dia.. harga tak logik pulak tu. Tak semua hotel ada under OYO ni.. tapi banyak jugak pilihan hotel yang diberikan.. yang bestnya, cara nak tempah dan nak cancel memang mudah. Sistem dia memang powerful.. boleh try ya.. download saja apps OYO di phone anda.
Itu sahaja tips untuk kali ni.. next time saya Share tips2 lain lagi khas untuk anda yang suka travel pulak..insyaAllah. tu pun kalau ramai yang nak la..hehe..
sumber : Hafizi Zain
“Suami Kena Berkorban, Jangan Harap Isteri Je.” ‘Take A Break’ Elak Stres, Itu Nasihat Sheikh Muszaphar Pada Isteri. Sweetnya!

Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Terbaru, pasangan ini baru dikurniakan sepasang cahaya mata kembar yang yang diberi nama Sheikh Eusoff dan Shophea Emelia.
“Eusoff dan Emelia merupakan nama yang diberikan untuk anak kembar kami.
“Kami memilih untuk menggunakan awalan E & E. Namanya akan jadi Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia seperti anak-anak kami yang lain,” katanya.
Pada masa sama, Dr. Sheikh turut memanjatkan doa agar kedua-dua anaknya itu akan membesar menjadi seorang soleh dan solehah selain berbakti kepada semua insan.
Terdahulu, Sheikh Muszaphar menimang cahaya mata kelima dan keenamnya selepas isterinya, Datin Dr. Halina Mohd Yunos selamat melahirkan kembar kedua mereka pada 20 November lalu.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setiap minit itu adalah pelajaran.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan.
“Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja.
“Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan” ujar Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Anak sekolah aliran Cina
Tidak mahu anak terkena kejutan budaya membuatkan pasangan ini menghantar anak-anak bersekolah lebih awal sedari usia 3 tahun. Bahkan Bella menurut Dato Dr Sheikh Muszaphar lagi sudah mencapai level tahun empat untuk subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Mengakui Bella banyak mengikut jejak langkah isterinya terutama bab bergaya, mekap, kasut dan sebagainya, Dato Dr Sheikh juga menghantar anak-anak ke sekolah Cina.
“Saya selesa menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan kerana tidak mahu anak berasa diri ‘besar’ sebaliknya mahu mereka jadi orang biasa yang sentiasa rendah diri. Sekolah Cina menjadi pilihan kerana mahu mereka fasih bahasa Mandarin. Walaupun saya secara peribadinya tidak tahu berbahasa Cina dan terpaksa membuka Google translate apabila mengajar anak-anak, saya tidak kisah kerana bahasa ini amat penting untuk masa depan,”ulas Dato Sheikh Muszaphar.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi.
“Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Jom cuci mata, banyak yang ditawarkan di SINI
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018 & IG drsheikhmuszaphar