Bagi mereka yang menggemari air nescafe, rasanya tak lengkap kalau sehari tidak minum kan. Malah ada yang mengambil 2-3 cawan sehari. Mungkin orang tengok macam mudah je kan nak buat, tetapi kalau tak kena cara memang tak sedap.
Bagi anda yang nak cuba sendiri air nescafe yang sedap dan berlemak macam beli di kedai-kedai mahal, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Aisya ini. Selamat mencuba!
Td ada kakak sebelah share resepi ni.. Jd mama ko upgrade sikit ikut tekak memasing… Sedap giler… Rasa mcm ngekopi kedai2 mahal…tak boleh sebut nama kedai.. Kang kena saman.. Last minum nescafe jdnya… 😂😂
Sebijik2 resepi ni
Ads
Sesudu besar nescafe* 2 sudu besar gula icing* Sesudu gula melaka/merah* Secubit dua garam* Susu coffee mate dibancuh bersama air panas (boleh tukar dgn susu pekat manis atau fresh milk)
Ps: gula merah dan garam jdkan nescafe tu lemak2 manis.. Pahit2… Mmg ngam..
Ads
Cara2 1. Blend semua bahan bertanda dengan sedikit air suam sehingga gebu… Ringan… Fuhhhh…. Haha 2. Tuang susu coffee mate dlm gelas.. Letakkan krim gebu td kat atas…
Kuasa baja kulit udang
————————————-
InshaAllah semua berebut nak mengeluarkan pucuk baru.
1. Kulit udang, ketam dan kerang kerangan mempunyai sejenis zat yang dikenali sebagai Chitosan.
2. Chitosan atau chitin ini memberikan banyak kebaikan kepada tanaman kita. Antara manfaat chitosan kepada tanaman kita ialah ia merupakan baja semulajadi kerana tumbuhan menyerap zat nutrien tanpa unsur baja kimia yang lain.
3. Chitosan digemari oleh organisma organisma baik di dalam tanah seperti cacing dan bakteria.
4. Tanaman disifatkan lebih kuat melawan jangkitan fungus dan membolehkan pokok hidup lebih subur kerana kadar pertumbuhan pokok lebih positif.
5. Baja chitosan ialah baja semulajadi yang amat mudah untuk disediakan.
Cara membuat baja kulit udang.
————————————————— Kulit udang atau ketam dan kerang hanya perlu direbus dan air rebusan boleh disejukkan dan disiram ke tanaman. Kulit yang direbus boleh dijemur dan ditumbuk atau dikisar dan bolehlah ditaburkan ke tanaman kita.
Kalau rasa tak rajin dan nak senang- boleh beli di kedai pertanian. Jom kita ke kebun
xoxo
#jomtanamsayur #ediblegarden #kebunbandar #kebunrumah #abah_umarediblegarden
Delima seorang ibu yang membawa anak-anak ke masjid untuk sama-sama menunaikan solat Tarawih adalah berdepan dengan ragam anak-anak. Maklumlah budak-budak, suka sangat berlari-lari tak kira tempat hatta dalam masjid sekali pun.
Tidak dengan itu, buat bising pula. Bimbang juga kita andai jemaah lain tidak selesa jadinya.
Bila ini ragamnya, pasti kita akan pulang awal tanpa sempat menghabiskan solat Tarawih.
Namun, berbeza situasinya andai ibu-ibu berkesempatan solat Tarawih di Masjid Sultan Idris Shah II atau dikenali sebagai Masjid Negeri di Ipoh.
Ruang bermain untuk kanak-kanak dikhususkan sehingga membuatkan anak-anak ini seronok bermain dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak masjid.
Ini sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian, menurut Imam Besar Masjid Negeri, Abd Farid Salleh berkata, tidak salah membawa anak-anak ke masjid malah ia satu perbuatan yang digalakkan.
Inisiatif untuk menyediakan zon kanak-kanak itu tercetus selepas mendapati ramai kalangan jemaah yang bertarawih datang membawa bersama anak-anak kecil berusia 7 tahun ke bawah.
Ditempatkan di tingkat atas bersebelahan ruang solat tarawih, zon kanak-kanak di Masjid Negeri ini bukan sahaja selamat, malah di dalamnya tersedia pelbagai jenis mainan dan buku aktiviti untuk dilakukan sepanjang solat berlangsung.
Terdapat pelbagai aktiviti disediakan termasuklah mewarna, membaca dan sebagainya sepanjang solat tarawih berlangsung.
Tambahan, Imam Besar Masjid Negeri mengalakkan ibu bapa membawa anak-anak ke masjid dan amalan ini perlu dididik sejak mereka kecil lagi.
Tambah Imam Masjid Negeri lagi, bagi menitikberatkan aspek keselamatan ibu bapa perlu mengisi borang pendaftaran dan mendapatkan kad khas untuk diserahkan semula semasa mengambil anak mereka.
Setiap malam akan ada dua kakitangan dari Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri dan pasukan sukarelawan secara bergilir membantu memantau kanak-kanak yang diletakkan di zon ini.
Sepanjang empat hari puasa ini, lebih 40 keluarga telah mendaftar, ada juga sebahagian kanak-kanak ini terlalu leka bermain hinggakan tidak mahu pulang.
Katanya, buat masa ini, hanya kanak-kanak berusia 4 hingga 7 tahun dibenarkan ditempatkan di situ bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam sementara tujuh tahun ke atas digalakkan solat bersama ibu bapa masing-masing.
Sumber : Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rutin penjagaan kecantikan akan lebih sempurna apabila kita turut mengamalkan penggunaan aloe vera atau juga dikenali sebagai pokok lidah buaya. Gel aloe vera ini cukup popular dan menjadi antara ubatan herba yang digunakan di seluruh dunia sejak dahulu hingga kini.
Jika ingin disenaraikan kebaikan gel aloe vera ini sebenarnya ia dapat membantu mengatasi 10 masalah kecantikan wanita yang cukup luar biasa. Nak tahu bagaimana caranya? Jom semak satu persatu.
Masalah 1 : Kulit Gelap Akibat Sunburn
Ambil bekas dan isikan dengan gel aloe vera kemudian bekukan di dalam peti sejuk. Setelah beku, ambil ais batu tersebut dan sapu rata pada bahagian kulit yang gelap (sunburn). Cara ini selain dapat memulihkan kulit untuk kembali berseri malah turut memberi pengalaman yang cukup menenangkan dan segar pada diri.
Masalah 2 : Rambut Berkelemumur
Campurkan 2 sudu makan jus lemon dengan 2 sudu makan gel aloe vera. Gaul rata dan kemudian sapu rata pada bahagian kulit kepala. Biarkan selama 30 minit dan kemudian dibilas.
Masalah 3 : Wajah Berjerawat
Sapukan gel aloe vera pada wajah yang telah dicuci bersih. Sebaiknya lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman. Esok paginya cuci bersih. Ia adalah ubat semula jadi yang cukup berkesan ‘melawan’ jerawat!
Masalah 4 : Iritasi Kulit Selepas Bercukur
Jika berlaku iritasi atau rasa gatal-gatal dan kulit kering selepas bercukur. Sebaiknya terus oleskan dengan gel aloe vera untuk meredakan rasa tidak selesa tersebut.
Masalah 5: Rambut Kering, Kusut & Tidak Bermaya
Ambil gel aloe vera dan sapu rata pada keseluruhan rambut. Kemudian barulah disikat rapi. Kesannya rambut lebih lembut dan terurus rapi.
Masalah 6 : Stretch Marks
Terutamanya wanita yang telah melahirkan anak akan ada stretch marks pada bahagian perut, paha atau pun lengan. Oleh itu, ambil gel aloe vera dan sapukan secara rutin setiap hari bagi merawat kesan stretch marks tersebut.
Masalah 7 : Tumit Kaki Kering
Campurkan bersama 4 sudu makan gel aloe vera dan 2 sudu jus lemon. Gosokkan pada keselurhan kaki dan berikan tumpuan pada bahagian tumit. Gosok anggaran 10 minit pada bahagian tersebut sebelum dicuci dengan air suam.
Masalah 8 : Kulit Berkedut
Aloe vera mengandungi asid malic yang dapat membantu mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit dan sekali gus dapat mengekalkan kulit daripada terhidrat. Oleh itu jangan pernah meninggalkan untuk sapu rata gel aloe vera pada wajah setiap hari untuk awet muda!
Masalah 9 : Lingkaran Hitam Bawah Mata
Campurkan 2 sudu teh gel aloe vera dengan 1 sudu minyak badam. Gaul rata dan kemudian sapukan secara membulat pada bahagian mata setiap malam sebelum tidur.
Masalah 10 : Rambut Nipis
Gandakan pertumbuhan rambut dengan menggunakan gel aloe vera yang disapu rata pada bahagian rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 1 jam dan kemudian bilas dengan air suam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.