Buat Sendiri Nasi Tomato Lengkap Dengan Ayam Masak Merah & Dalca, Macam Makan Di Rumah Kenduri. Mudah & Sedap!

Share

Kalau dulu pergi rumah kenduri tak sah kalau tak ada menu yang satu ni. Mmemandangkan musim pandemik, mana nak cari kan. Jadi, apa kata kalau ibu-ibu cuba buat sendiri. Sesekali  tukar hidangan seisi keluarga yang lebih istimewa dengan Nasi Tomato, barulah sekeluarga rasa seronok kan.

Lengkap dengan Ayam Masak Merah dan juga Dalca.  Jadi jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali

Resepi Nasi Tomato

Nasi
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
sedikit halia
1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
2 ulas bawang putih potong dadu
bahan penumis,( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
3 sudu besar tomato paste
1 kiub pati ayam
sebatang serai diketuk
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
dan sedikit minyak tuk menumis
garam
hiasan daun pudina dan bawang goreng

Caranya
1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap
2. Dalam Kuali ..panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan penumis
3. Tumis sehingga naik bau…masukkan tomato paste, serai, kacau sebati..
4. Kemudian toskan beras dan masukkan dlm rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air…dan garam.. tanak seperti tanak nasi..dah masak baru kacau perlahan2 supaya nasi tak patah2 ye…
## sukatan air bergantung pada beras yg digunakan… Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan
Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam dpotong kecil
2 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili/sos tomato
garam
gula
minyak utk menumis
dan bawang besar dipotong bulat tuk hiasan

caranya
1. ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.
2. kisar bawang besar, bawang putih dan halia
3. Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak..tumis biar agak lama dgn
api perlahan
4. masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato
5. dah agak2 kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan
dgn garam
6. masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.


Resepi Dalca daging, hati dan paru lembu dan sayur
300 gm daging lembu dipotong kecil
hati lembu dipotong kecil
paru lembu (diptong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
2 biji bawang besar sederhana saiz
3 ulas bawang putih
3 sudu rempah dalca
1 mangkuk santan
sedikit halia
sedikit air asam jawa
bahan penumis

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍