Buat kudapan anak-anak masa PKP ini, dengan hanya menggunakan mesin mini waffle aje.
Rasa waffle macam di kedai siap untul hidangan anak-anak.
Harga mesin mini yang murah memang berbaloi. Wanita ini kongsi resipinya.
MINI WAFFLE
Mesin waffle nie murah kat shopee. Comel sgt kejadiannya. Tak sangka menjadi waffle aku macam kat kedai fluffy helok!
Bahan-Bahan:
Butter cair satu sudu
Kuning telur 1
Garam secubit
Air 1 cawan
Tepung naik sendiri 1 cawan(pakai cawan sama)
1 sudu tepung jagung
Cara penyediaan
Campur & kocak air & telur lepas tu baru masuk bahan yg lain sampai sebati
-nak bg fluffy – putih telur yg asing tadi tu pukul dgn gula(masuk satu sudu dulu), nnt masuk lg satu sudu, lepas tu pukul sampai dia fluffy. Campur dgn adunan lg satu.. okay siap utk bakar.
Sumber: Rashid Amiza
Teringin Nak Makan Waffle, Buat Sendiri Je Kat Rumah. Senang & Paling Penting Jimat Berganda!
Selalu kalau jalan-jalan kat mall, mesti akan tertarik dengan bau harum semerbak waffle kan? Dari anak sampai ke ibu ayah mesti akan tergoda juga dengan makanan sampingan kesukaan ramai ni!
Haa apa kata kita cuba buat sendiri pula, dah alang-alang ada resipi dari Nik Fatma Amirah ni. Tak ada la lepas ni berebut makan tak cukup anak beranak. Paling penting, boleh letak filling kesukaan kita dan tak perlu nak catu, letak je la ikut banyak mana kita nak! Hehe. jom cuba.
Ini first time buat waffle sendiri kt rumah. Biasanya kita beli kt kedai je kan. Rupanya mudah je!
RESIPI WAFFLE
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan Air
1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
1 Biji Telur
3 Sudu kecil gula
Sedikit garam
Cara-caranya :
Campur semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Nak mudah boleh blendkan. Pastikan tiada tepung yang berketul.
Sebelum masak, sapu planta atau minyak di permukaan maker (kalau xnak sapu pun ok), masak sekejap je kalau guna mini waffle maker ni sekitar 1 minit 40 saat je boleh siap.
Lepas dah siap boleh lah sapu macam-macam perisa ikut kesukaan. Peanut, planta, kaya, jem dan sebagainya.
Bukan sahaja anak-anak suka ni. Tapi mak-mak ayah-ayah pun suka. Makan time panas-panas. Fuh!
Boleh lah cuba utk keluarga. Mudah nak sediakan. 😍
Nuget Nasi Homemade, Resipi Paling Mudah & Tak Pakai Tepung, Guna Lebihan Nasi Jer. Buat Banyak-Banyak Frozenkan!
Kreativiti ibu-ibu dalam mengolah menu buat anak-anak memang superb. Kalau dah bosan buat nasi goreng atau cucur menggunakan lebihan nasi.
Apa kata, ibu-ibu cuba pula resipi nuget homemade guna lebihan nasi ni. Memang mudah dan tak perlu pakai tepung pun. Yang penting sedap dan tak membazir.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Hani Nanny.
Anak payah nak makan nasi..no worries lah..jom try buat nugget,boleh je campak-campak sayur,ayam ikut kesukaan dalam tukalau dah goreng confirm nam tujuh ketul dijamahnya..buat bebanyak pastu frozenkan,bebila nak makan gorengkan saja..mudahkan
HOMEMADE NUGGET NASI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nasi(hakak guna beras jepun)beras biasa pun bole
Isi ayam
Daun bawang(optional)carrot n lain-lain
Perasa
Telur(untuk celup)
Serbuk roti(salut)
Cara membuat:
*gaul nasi,isi ayam,sayuran n perasa
*canai n tekap dengan cetak kesukaan(lagi besar lagi baguslah!)boleh sapu sedikit minyak dekat cetak n permukaan nasi untuk tak bagi melekat
*celup dalam telur
*salut dengan serbuk roti
*lepas siap boleh frozenkan dulu sebelum goreng
Selamat mencuba!
#resepihani
Nak Jimatkan Masa Memasak Boleh Cuba 7 Langkah Ini. Cukup Pantas, Ibu-Ibu Jom Praktis!
Pulang daripada kerja, pasti badan terasa penat dan mula rasa malas nak masak. Tapi demi keluarga terpaksa digagahkan juga memasak buat mereka. Sebab itu para isteri sentiasa tercari-cari cara untuk memudahkan kerja dan memendekkan masa memasak.
Prihatin dengan masalah ini Rajenaz Nazira menerusi akaun Facebooknya berkongsi tip untuk membantu ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah di luar sana menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak. Mengikut caranya menu untuk keluarga dapat dihidang paling lama 30 minit. Ikuti perkongsiannya.
Tips 1 : Pengasingan lauk
Semua ayam, udang, sotong siang dan basuh siap-siap kecuali ikan. Jangan basuh ikan, siang sahaja, kalau basuh ikan kemudian anda bekukan ia akan cepat rosak.
Lagi satu, jangan asingkan mengikut jenis sahaja tetapi asingkan mengikut kuantiti sekali masak. Kalau sekali masak perlu 4-5 ekor ikan, asingkan dalam bekas dengan kuantiti tersebut. Jangan simpan semua lauk dalam satu bekas sebab selepas defrost kan lauk sebaik- baiknya terus masak. Jangan re-frost lagi. Sebab itu mengundang toksik.
Tips 2: Simpan dalam bekas bahan memasak
Gunakan bekas yang transparent untuk anda kenal pasti kandungannya. Sebaik- baiknya label bahan tersebut untuk menjimatkan masa anda untuk mencari bahan mana yang diperlukan.
Pengasingan semua bahan-bahan memasak ini penting bagi mengekalkan kualiti dan memanjangkan tempoh ketahanan.
Tips 3 : Kopek bawang
Sabtu atau Ahad kopek (buang kulit/kupas) bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Ingat ya, bawang merah dan bawang besar ni bersifat penyerap bakteria sebab itu kita boleh gunakan sebagai alternatif untuk merawat demam panas dan selesema.
Jadi kalau kopek kulit kena terus masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais. Apabila nak masak ambil ikut keperluan sama ada untuk tumbuk atau hiris. Tidak payah buang masa nak kopek. Kerja mengopek bawang ini sebenarya melambatkan proses memasak.
Tips 4 : Tumis Cili
Cili kisar ini penting. Menumis cili kisar ini memang leceh. Sebab apa? Kalau menumis habislah dinding dapur merecik. Satu hal nak lap kan. Menumis cili mesti kena betul-betul masak baru boleh hasilkan masakan yang sedap.. Jadi , itu mengambil masa yang panjang. Jadi, siapkan cili kisar yang sudah siap tumis.
Kisar cili dan tumis untuk kuantiti seminggu (agak-agak dengan pelan memasak kita). Selepas tumis, sudah terbit minyak, sejukkan, bekaskan kemudian simpan dalam peti ais. Kalau diletakkan bahagian bawah paling lama boleh simpan seminggu sahaja.
Kalau cili tu banyak simpanlah di bahagian freezer, tahan sampai 3 bulan. Apabila nak masak. Ambil cili yang siap bertumis itu. Mudah dan cepat kan.
Tips 5 : Basuh dan rendam sayur dengan garam
Sayur-sayuran jenis cepat layu dan rosak. Apa yang kita boleh buat, lepas beli, basuh sayur dan rendam dengan air garam dalam 5 minit untuk melanjutkan tempoh kesegaran sayur-sayur tersebut. Kemudian, toskan lalu masukkan ke dalam bekas. Apabila nak masak barulah ambil. Kaedah ini boleh menjimatkan. Tidak perlu beli sayur setiap hari.
Tips 6 : Senaraikan menu masakan
Tip ini paling penting, sebelum masak kena senaraikan apa menu untuk seminggu dan tampal pada peti ais atau catat pada telefon bimbit. Kaedah ini dapat mengelakkan anda membuang masa memikirkan apa menu yang ingin dimasak.
7. Ikut turutan yang betul
Ketika mahu memasak, periksa senarai menu dan buat pilihan. Untuk yang bekerja, buka sahaja pintu rumah, jangan tanggalkan tudung dan tukar baju. Ambil lauk yang ingin dimasak dan defrost terlebih dahulu dan kemudian masak nasi. Dua perkara ini yang paling mengambil masa. Setelah itu, barulah boleh mula memasak.
Dengan tip ini Puan Rajenaz mampu menyediakan Sup Sayur dengan fish cake untuk anak-anak dan Ayam Masak Kicap Cili Kering dalam masa lebih kurang 20 minit.
Jika mahu menjimatkan masa, bolehlah cuba tip ini. Confirm 30 minit siap hidangan anda dan sinki pun siap bersih sekali.
Jom Cuba…