Dumpling antara makanan tradisi masyarakat Cina yang sangat popular. Selain berintikan sayur-sayuran, ia juga boleh dipelbagaikan dengan isi seperti ayam, daging dan sebagainya mengikut selera masing-masing.
Jika ibu-ibu teringin nak cuba buat sendiri, bolehlah sediakan resipi yang dikongsikan oleh wany lifa ini. Menariknya menurutnya untuk menyediakan menu ini hanya bermodalkan bawah RM10 dan dapat menghasilkan hingga 40 biji.
Dumpling Soup Homemade Halal
“Modal bawah Rm10 boleh makan 40 pcs Dumpling. Kalau makan dekat Chicken Rice Shop mau semangkuk RM8-RM9. Ni sekali buat cukup dapat makan.
Tapi modal utama kena rajin & sabar. Tekak nak makan punya pasal gigih buat sampai siap” tulisnya di media sosial.
Inti Dumpling
Isi ayam 300g (fillet dicincang)
Carrot (setengah batang sagat)
Bawang besar (1 biji cincang halus)
Bawang putih (4 ulas cincang halus)
Daun sup & Daun bawang (potong halus)
Serbuk lada sulah (2 sudu)
Minyak bijan (3 sudu)
Serbuk maggi cukup rasa (2 sudu)
Garam & gula (1 sudu kecil)
Dumpling pastry (Instant)
Cara buat :
1.Campur semua bahan-bahan kecuali dumpling pastry.
2.Gaul sebati dan perap sekejap 10 minit.
3. Masuk inti dalam pastry kemudian kelim pastry ikut kreativiti. Boleh try google untuk tengok youtube cara lipat dumpling.
Jika tiada mangkuk tingkat buluh macam mangkuk dimsum boleh sahaja kita susun dumpling dekat atas pinggan letak dalam pengukus.
Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat. Da try buat begitu sebab tuh mai habaq awal-awal. Kukus dumpling selama 10 minit.
Setelah siap kukus boleh makan dengan sos kicap atau goreng dumpling.
Sup dumpling
Bahan-bahan:
Bawang putih (6 ulas ketuk & cincang)
Halia (1 inci ketuk & cincang)
Minyak bijan (1 sudu kecil)
Serbuk lada sulah sikit
Kiub ayam maggi (half of cube)
Garam & gula
Cara buat :
1.Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau.
2.Letakkan 1 mangkuk air dalam periuk.
3.Kemudian masukkan bahan-bahan lain sampai mendidih.
4.Letak dumpling yang sudah siap dikukus tadi ke dalam periuk. Biarkan 2-3 minit.
5.Kemudian tabur sikit daun bawang.
6.Akhir sekali buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang dicincang halus. Gaul sebati kemudian boleh makan dengan sup. Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasanya.
Kredit: wany lifa
ARTIKEL MENARIK :
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club