Nak pilih bahan masakan bukan mudah tau. Kena teliti, tengok betul-betul bahannya dan tanda halal dah puas hati baru pilih. Ye la nanti bila dah beli, tak menepati kehendak kita mula la rasa menyesal. Kan?

Sama juga dalam memilih mee kuning. Kadang ada yang pewarna terlebih lah, kapur terlebih lah, tak ada tanda halal lah, macam-macam lah! Time tu mula la was-was nak beli ke tidak. Kalau ada yang selalu kita beli tak apa, boleh grab yang tu je. Tapi kalau yang tu habis, mau gigit jari sis!

Tak apa, tak payah pening-pening. Apa kata mak-mak rajinkan diri sikit buat sendiri je mee kuning tu guna resipi dari Norain Naim ni. Mudah je! Bukan takat sedap boleh pelbagai jenis masakan boleh buat, malah bersih, sihat dan paling penting halal. Jom cuba!

MEE HOMEMADE 4 BAHAN AJER
==========================

Percubaan buat mee kuning membuahkan hasil😄
Lama dah nak buat tapi kelmarin baru berkesempatan.
Siapa yang nak cuba tu jom cikedot resepi

BAHAN2
=======
300 gram tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
air suam

IKLAN

CARA BUAT
=========
1. Satukan semua bahan dan tambah air suam. Air ni agak2 je tau sampai doh tak lekit dekat tangan. Jangan over air nanti lembik. Kalau lembik tambah sikit lagi tepung

2. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.

3. Masa canai nipis tu tabur taburkan tepung sikit supaya tak melekat. Dah canai nipis lipat kan dia. Sila tengok gambar ye. Lipat tu untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tak yah lipat.

Buat Sendiri Mee Kuning Kat Rumah Guna 4 Bahan Sahaja. Dijamin Sedap, Bersih Dan Sihat Tanpa Pengawet!

IKLAN

4. Ok dah boleh potong nipis2. Macam ain tak de mesin canai mee tu jadi potong guna manual, guna tangan😄. Yang ni kite suruh suami yang potong 😆. Ikut masing2 nak nipis mana

Posted by Norain Naim on Monday, 3 August 2020

5. Rebus 5 minit atau sampai mee lembut

6. Toskan mee tadi dalam air sejuk atau berais. Kite tak nak mee terlebih kembang. Letak sikit minyak bagi cantik berderai.

IKLAN

Buat Sendiri Mee Kuning Kat Rumah Guna 4 Bahan Sahaja. Dijamin Sedap, Bersih Dan Sihat Tanpa Pengawet!

Buat Sendiri Mee Kuning Kat Rumah Guna 4 Bahan Sahaja. Dijamin Sedap, Bersih Dan Sihat Tanpa Pengawet!

Alhamdulillah, siap dah mee kite. Boleh la buat mee goreng ke, mee sup ke, mee kari ke. Senang kan?

Bahan2 pun mudah dapat, tak de bahan kimia Asid borik tu. Selamat mencuba mak mak sekalian😍

P/S : Ada yang tanye tak perlu letak pewarna ke? Bagi ain macam ni pun dah cantik warna dia. Kalau nak letak juga boleh letak serbuk kunyit sikit😊

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI