Menjaga kesihatan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak mengira faktor usia.
Terdapat pelbagai cara bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan ia termasuk pemilihan makanan yang seimbang dan berkahsiat.
Selain itu, boleh mencuba ‘natural remedies’ untuk kekal sihat. Sebagaimana perkongsian wanita ini, Mim Yusof, menggunakan lemon sebagai asas untuk penyediaan jus sebagai minuman sihat.
Umum mengetahui bahawa air lemon dengan campuran halis sering menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana dikatakan dapat menyegarkan tubuh badan dan menghilangkan rasa loya.
Selain itu, dikatakan mempunyai kandungan nutrisi yang berkhasiat dan memberikan kebaikan kepada kesihatan badan.
Nak tahu cara membuatnya, ikuti cara penyediaannya seperti berikut.
Bahan:
Lemon (sini kak mim guna 5 biji lemon)
Madu 350ml
Halia sikit
Garam bukit sikit
Gula merah/nisan asli pun buleh (jika nak tambah. Hanya guna madu pun boleh.)
Cuci bersih² lemon dan halia, pastu rendang dalang air, buh garam bukit sikit dalang air tu.
Hiris nipis lemon
Isi dalam balang kaca dan letak sedikit garam bukit.
Tuang ar madu.
Setelah dicampur bahan-bahan tadi.
Tutup rapat-rapat. Simpan dalam peti ais. Pagi² ambik dua tiga keping, letak dalam cawan. Tuang air suam, minum aie, makan lemon sekali. Tak pahit rasanya. Amalkan tiap-tiap pagi.
Selamat mencuba! Minuman untuk kesihatan seisi keluarga.
Sumber: Mim Yusof
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club