
Buat yang teringin nak makan keropok lekor dan boleh buat sendiri dah. Tak perlu tunggu keropk lekor frozen atau ke pasar malam.
Dengan ada resipi ini kita boleh cuba buat sendiri di rumah dengan resepi yang ringkas dan senang ni. Malah siap ada cara buat sos. Jom buat!
Keropok Lekor buat sendiri di rumah!
Bahan-bahan:
20 ke 25 ekor ikan temenung lemak (ambil isi)
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
Garam ajinomoto
1 sudu baking powder
Cara penyediaan:
Blend isi ikan dgn sedikit air (agak2 bg blh blend). Gaulkan isi ikan yg telah diblend dgn tepung ubi, tepung gandum, garam, ajinomoto, baking powder. Tak perlu tambah air..
Uli sampai jadi doh..lps tu letak sikit minyak bagi doh licin.
Lps tu gentel la jadi panjang Mana yg Kita nak. Masa nak gentel tu letak sikit minyak Kat pelapik supaya x melekat.
Sambil tu boleh rebuskan air dulu dlm kuali besar. Lps air mendidih masukkan kerepok yg dah digentel tadi..masak smp kopok tu terapung naik tu maknanya dah masak elok..toskan dan sejukkan sebelum dipotong..
Resepi sos pencicah
3 sudu cili kering yg dikisar
1cawan air
1sudu besar cuka
2 sudu gula
Garam , ajinomoto
Seketul gula merah
Sikit air asam jawa
1 sudu tepung jagung
Caranya
Campurkan semua dlm periuk kecuali tepung jagung..kacau sampai mendidih..baru masukkan bancuhan tepung jagung kacau smp likat. Tutup api
Sumber: Ayu Hidayu
Tempe Homemade. Putih Bersih & Nampak Gebu Kejadiannya!

Tempe enak dimasak dengan pelbagai menu, sama ada digoreng, dimasak sambal, dijadikan bahan tambahan untuk masakan sayuran dan pelbagai lagi menu dapat dihasilkan dengan menggunakan tempe.
Pun begitu, walau ramai yang tahu cara memasak tempe dalam pelbagai citarasa, namun tidak semua antara kita tahu cara atau proses membuat tempe ini.
Diharapkan dengan perkongsian daripada Puan NorAinon Othman ini dapat membantu untuk sesiapa yang ingin mencuba menghasilkan sendiri tempe homemade. Jom semak.
Projek PKPB ~ CARA BUAT TEMPE
Saya tak ada la pakar pun buat tempe. Baru je cuba dan tak sangka eksperimen saya berjaya.
Di sini saya kongsikan cara buat tempe supaya kawan-kawan pun boleh buat sendiri.
Tak perlu minta izin nak share, ambil saja semoga perkongsian ini bermanfaat.
Saya cari maklumat di google dan minta sedikit panduan dari rakan fb yang asyik tayang eksperimen dia buat macam-macam jenis tempe. Intan la tu…
Resipi buat tempe ni saya olah ikut kesesuaian dan kaedah yang memudahkan kerja saya.
Tempe dibuat melalui proses pemeraman dengan ragi tempe. Jadi jangan guna ragi tapai pulak tau…
Antara khasiat tempe ialah mencantikkan kulit dan rahsia awet muda, membantu menurunkan berat badan dan kolestrol.
Saya suka makan tempe goreng cicah sambal kicap, buat sambal goreng jawa atau bahan sampingan dalam sambal terung dan kentang. Boleh juga buat sambal tempe, lontong dan lodeh (kalau rajin).
Bahan-bahan :
1 kilogram kacang soya
* Kalau dapat, beli kacang soya Kanada. Ada jual di pasar raya dan di Shopee
1 sudu besar @ sudu makan ragi tempe
* Boleh beli di Shopee, murah je, boleh guna banyak kali
1 sudu besar cuka makan
Kertas pembungkus makanan
Cara buat:
1. Mula-mula rendam kacang soya semalaman. Kalau nak senang, malam sebelum nak tidur, rendam dulu, tutup dengan tudung saji.
Bilas kacang soya yang sudah kembang dengan air beberapa kali sehingga bersih.
2. Rebus setengah jam dengan api sederhana sehingga menggelegak.
3. Bilas dan ramas-ramas untuk menanggalkan kulit kacang sehingga 70 peratus. Biar kacang pecah terbahagi dua pun tak apa. Ketika proses mengasingkan kulit, biarkan sehingga kacang terendam kerana kulitnya akan terapung sebab ringan.
Kaup dengan penapis dan bilas beberapa kali sehingga bersih. Kulit kacang boleh digunakan sebagai baja untuk tanaman. Nanti tempe dapat, pokok pun kebaboom sebab soya bertindak sebagai booster yang menyuburkan tanaman.
4. Rebus sekali lagi kacang soya sehingga menggelegak. Masukkan 1 sudu besar cuka supaya tempe kita nanti tahan lebih lama.
5. Buang air, bilas hingga bersih.
6. Toskan dan letakkan kacang dalam dulang untuk proses pengeringan. Seeloknya ratakan dalam dulang besar supaya kacang cepat kering. Saya malas nak tunggu lama, jadi saya keringkan di hadapan kipas selama 3 jam sehingga warnanya kekuningan.
Sambil tunggu kacang kering, boleh la buat kerja lain dulu. Boleh juga jemur kacang di bawah sinaran matahari. Pastikan betul-betul kering ye… Kalau tidak, nanti tempe tak jadi.
7. Gaul kacang dengan 1 sudu makan ragi tempe. Saya gaul guna sarung tangan sebab tak mau kacang banyak kena tangan sebab nak buat tempe ni kena pastikan betul-betul bersih. Basuh dulu sarung tangan sehingga kering baru guna.
8. Kemudian boleh la dibungkus ikut saiz dan cita rasa masing-masing. Saya guna kertas pembungkus makanan sebab senang nak dapat.
9. Simpan dalam suhu bilik. Dalam proses pemeraman, kacang akan berpeluh dan kalau kita sentuh, akan rasa panas macam orang demam .
10. Selepas 20 jam, kita boleh lihat hasilnya. Kacang soya sudah berkabut serangkai mawar. Jadilah tempe yang putih mulus dan kacangnya juga sudah lembut dan dah boleh dimakan.
11. Kalau nak tahan lama, tempe yang dah jadi tu bolehlah disimpan dalam peti sejuk supaya proses fermentasi dapat diperlahankan. Kalau tidak, nanti tempe cepat matang dan jadi tempe busuk.
sumber : NorAinon Othman
Wanita Ini Kongsi Resepi Maggi Celup Kelantan Yang Simple Je Caranya Tapi Lazat. Padu!

Mi Celup sememangnya begitu terkenal sekali di Pantai Timur kerana kuahnya yang begitu padu dan dipenuhi dengan isi ayam, tapi bagi ibu-ibu yang ingin cuba tukar dengan maggi pun tak salah kan.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi. Boleh dicuba sebagai menu minum petang atau simpan untuk dibuat hujung minggu nanti jika ada tetamu yang ingin datang berkunjung ke rumah.
Haa angkat tangan siapa peminat maggi celup Kelantan?
Cikgu tengok dekat wall fb dua tiga hari ni asyik lalu je gambarnya. Cikgu pun tumpanglah nak meriahkan suasana. Jemput tengok gambar cikgu tayang. Aha
Ceritanya cikgu pernah hidang untuk tetamu masa hari raya. Nak bagi kelainan sikitlah kononnya. Asyik buat nasi dagang je. Jadi cikgu sediakan menu nasi air, bihun, mi, kuewtiaw dan maggi pun ada sekali. Mula-mula tu cuak juga cakap kat mak takut tetamu tak makan. Ohh rupanya sangkaan cikgu meleset. Maggi paling laku keras!
Habis licin semuanya sampai cikgu kena ulang masuk dapur banyak kali tambah baru. Sedap sangat kot cikgu buat. Hii
Jomlah cikgu bagi resepi mudah cara nak buatnya. Sup ni cikgu masak kat sini. Kalau kat kampung lagi sedap boleh beli banyak jenis perut. Dapat makan macam ni pun kira bahagia jugak. Asalkan ada rasa maggi celup ori.
RESEPI MAGGI CELUP KELANTAN
A. Resepi Sup
1. Penuhkan air satu periuk. Masukkan:
– daging buku besar (jangan hiris)
– tulang
– 1 sup bunjut
– akar ketumbar
2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam.
– Perasakan dengan secubit dua sahaja garam.
* Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
3. Keluarkan isi sup tadi.
Tambahkan:
– 1 sudu kicap lemak manis
– 1 sudu kicap pekat Jalen
– 1 sudu sos ikan
( kuantiti ikut kepada sukatan air. Rujuk gambar untuk warna sup yang diingini)
4. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
5. Teruskan mendidih sup menggunakan api paling perlahan.
B. Aneka Lauk
– Lauk yang dikeluarkan tadi dipotong nipis atau dicarik isinya sebelum diletakkan dalam bekas.
( Isi ayam goreng dulu seketika untuk rasa yang lebih sedap)
C. Aneka Mi dan Sayur
( untuk versi sedikit- celur sekaligus)
1. Penyediaan nasi air.
Masak beras sehingga menjadi bubur nasi.
2. Celur mi /bihun/kuewtiaw/maggi dalam air mendidih.
3. Kemudian celur kangkung yang telah dipotong. Diikuti taugeh.
Jangan celur terlalu lama untuk rasa yang masih rangup.
( cikgu suka rendam seketika dalam air sejuk supaya warnanya masih hijau cantik dan rangup)
D. Aneka Rencah Perasa
– gula
– garam halus
– kacang tanah tumbuk
– air lada
– bawang goreng
– bawang putih goreng dadu (beli siap)
– lobak jeruk asin
– cili siam jeruk
– sos ikan
– perencah maggi
– serbuk chili flakes
– limau nipis
– daun sup
– serbuk lada sulah (tiada dalam gambar)
E. Cara hidangan :
1. Masukkan maggi / kueytiaw yang telah siap dicelup.
2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap.
3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
Nah mudahkan?
Jimat duit boleh makan puas-puas.
Nak lagi resepi menarik boleh jengah wall cikgu di fb. Selamat mencuba.
#resepicikguafy
Buat Mee Tarik Tanpa Mesin Hanya Guna 4 Bahan Je, Bebas Pengawet & Pewarna Tiruan. Lembut Dan Tak Muak!

Tak tahu nak makan apa untuk minum petang, apa kata buat hidangan ni. Buat makan petang-petang best ni. Hidangan mee biasanya menjadi kegemaran keluarga.
Jika datang teringin kena pergi ke kedai pula, tentu malas kan. Sebenarnya nak buat mee ni mudah aje tanpa menggunakan mesin pun jadi je.
Kali ni lihat perkongsian puan Baizura Abd Aziz cara membuat mee tarik hasil resipinya.
CARA BUAT MEE TANPA MESIN
Dulu saya suka sangat makan mee tarik. Setiap bulan mesti pergi makan mee tarik warisan asli.
Lepastu belajar buat, siap beli mesin mee yang besi tu. Gigih kan.
Lepastu terjumpa la resepi yang sangat simple, xpayah guna mesin bagai . Just potong je guna pisau.
Mee ni walaupon simple tapi sangat sedap, kenyal-kenyal dan xmuak☺️. Anak-anak memang suka sangat☺️. Kat sini bai share satu2 resepi dan cara2 utk proses mee tarik☺️
Bahan-bahan Mee.
1) tepung gandum 250g
2)1 sk garam
3) 1 sk baking powder
4) air ( ikut doh) jgn terlampau lembek dan jgn trlmpau keras😉
Cara-caranya
-uli semua bahan diatas sehingga betul-betul sebati. Sehingga doh tidak melekat dijari kita.
-Rehatkan doh dalam plastik wrap atau plastik biasa selama 2 jam.
– Selepas itu, ambik doh dan gelek dengan penggelek kayu( xtau nama ape😂😂) sehingga nipis. Sambil gelek sambil sapu tepung atas doh. Supaya xmelekat
– pastikan doh yang digelek betul2 nipis dan gelek selebar yang mungkin.
-selepas itu, lipat doh seperti dalam gmbar dibawah. Dan potong halus-halus. Jangan terlalu besar. Nanti xberapa sedap nk makan☺️
– lepastu rebus mee yang dah dipotong td lebih kurang 2@3 minit( pastikan air menggelegak dlu deh)
-lepas dah masak blh la dimakan.
Selamat mencuba
Sumber: