Buat Sendiri Je Shellout Kat Rumah. Boleh Makan Bersama-Sama Keluarga Ikut Bajet Sendiri. Lebih Berbaloi!

Share

Bila duduk rumah dengan anak-anak ni, memang permintaan mereka ayam, ayam dan ayam sajalah!

Yang dah bosan tu, apa kata kita curi selera mereka dengan seafood pula. Macam resipi yang saya nak share ni, shellout simple dari Noor Atika Mahamood.

Selalu kalau makan kat kedai tak puas kan? Ye la, selera orang masing-masing. Ada yang suka udang lebih, ada yang suka sotong lebih lah. Haa dah buat sendiri ni, lebihkan lah sendiri. Barulah berbaloi-baloi! Jom cuba!

~~ Hai assalammualaikum. Kali ni sy nak share resepi Shellout simple ( cara sy ) guna bahan2 apa yg ada kt rumah. Senang je tak susah pun, malah lebih sedap masak sendiri berbanding mkn diluar tau. Lg best bila kita makan comot2 pon tak perlu nak malu2 sbb mkn kt rumah sendiri takde org lain tengok. Nak ratah sampai licin pun takde masalah. Selalu mkn shellout kat kedai mesti malu2 nak ratah kn? 😂

**Tambah pula resepi ni cukup segala rasa pedas, masam, manis, masin rasa kari dan aroma daun limau purut semua balance secukup rasa. Masakan dari air tangan sendiri, sambil masak sambil selawat in sha Allah sedap. Ok jom tengok bahan2 dan cara2 memasak dibawah 👇👇👇

SHELLOUT SIMPLE

Bahan-bahannya :-

– 1 kg ketam
– 1/2 kg sotong
– 1/2 kg udang
– 1 biji jagung manis **potong2&rebus
– 6 biji bwg merah
– 6 biji bwg putih
– halia besar ibu jari
– 5 tangkai lada kering *sikit je sbb lada yg sy guna ni jenis yg pedas.
– 4 batang serai *diketuk
– 3 sudu makan sos tiram
– 3 sudu makan sos cili
– 3 sudu makan serbuk kari ikan babas
– 2 tangkai daun kari
– 4 helai daun limau purut
– karet, brokoli, bunga kubis agak2 je
– 1 kiub ayam
– sedikit hirisan lemon *hiasan*

Cara-caranya :-

1 ) Kisar bwg merah, bwg putih, lada kering dan halia.

2) Celur sayur dan seafood. Air lain-lain ye untuk sayur dan seafood. Simpan air seafood  sedikit utk masukkan dlm sos/kuah nanti.

3) Tumis serai sampai naik bau.

4) Masukkan daun kari, kemudian masukkan bahan2 kisar. Tumis sampai pecah minyak.

5. Masukkan bancuhan serbuk kari ikan babas. Tumis sampai pecah minyak sekali lg. Kemudian, Masukkan sos tiram dan sos cili.

6. Masukkan air rebusan seafood. Agak2 ikutlah nak banyak mana kuah. Sy masukkan sedikit je, tak sampai setengah mangkuk kecik ni sbb nak pekat.

7. Last sekali masukkan asam jawa, gula dan kiub ayam. Kalau takde kiub ayam, masukkan garam dan perasa secukup rasa. Kemudian masukkan daun limau purut. Gaul dan sebatikan 3minit.

8. Masukkan seafood. Gaul2 sampai sebati. Siapppp!!!