Selalu kalau scroll laman sosial, mesti akan jumpa orang jual kek dari kayangan ni, apa lagi kalau bukan Lottus Cheese Cake.

Kenapa kayangan? Sebab harganya yang mahal dek kerana bahannya ditambah upah nak buatnya. Kalau beli buat rasa, takut tak cukup pula orang dalam rumah mahal!

So yang berkira-kira nak keluarkan duit beli kat orang, apa kata jom kita buat sendiri je. Boleh makan satu keluarga! Nak buat pun senang je, tak payah nak bakar guna oven bagai, zupp zapp kat dapur dah siap! Haaa tunggu apa apa lagi, meh catit barang yang nak guna resipi dari Fauzi Karim ni. Pergi cari barang, balik terus buat.

Buat Sendiri Je Lotus Biscoff Cheesecake. Mudah & Ringkas Bahannya, Paling Penting Tak Perlu Bakar!

Resepi Lottus Cheesecake & Cup

Bahan-bahan unuk base kek :-

250gm Biskut Lottus Biscofee
100gm Butter cair

Cara-caranya :-

IKLAN

1. Tumbuk biskut Biscoff hingga hancur dan tuang butter cair. Kacau sebati.

2. Jika nak buat kek.. alaskan loyang bottom loose dengan palstik dan tuang 3/4 biskut ke dalamnya. Rata dan padatkan. Simpan seketika dalam peti sejuk.

Buat Sendiri Je Lotus Biscoff Cheesecake. Mudah & Ringkas Bahannya, Paling Penting Tak Perlu Bakar!

Murahnya pressure cooker ni! Nak beli? Meh tengok kat SINI !

IKLAN

Bahan-bahan untuk cheese :-

250gm Cheese (suhu bilik)
70gm Lotus Biscoff Spread
80gm Gula Aising
250gm Anchor Whipping Cream

Cara-caranya :-

1. Pukul cheese dan Biscoff spread hingga sebati dan sekata.

IKLAN

2. Dalam bekas (mangkuk kaca / mixing bowl simpan dalam peti beku) yang sejuk pukul whipping cream dan gula aising hingga bertanduk

3. Campurkan adunan cheese dan whipping cream dan kaup balik hingga sekata.

Cara assemble

Tuang adunan cheese dalam loyang yang disebutkan tadi dan taburkan baki lebihan bikskut dan lotus spread sebagai hiasan.

Buat Sendiri Je Lotus Biscoff Cheesecake. Mudah & Ringkas Bahannya, Paling Penting Tak Perlu Bakar!

Cup

Ambil beberapa sudu biskut dan tuang dalam cup.. masukkan adunan cheese.. ulang proses sama di atas dan hiaskan dengan serbuk biskut dan lotus spread

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI