Bagi anda yang gemarkan aktiviti berkebun dan bercucuk tanam, menantikan pokok yang ditanam sekian lama mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah lebat pastinya dinantikan sekian lama.
Perkongsian tip oleh pekebun Thailand yang dikongsikan oleh Hafizah BT Ibrahim Fizah ini pasti buat anda tersenyum lebar. Booster penguat hormon yang dikongsikan olehnya langsung tidak terjangka dek akal kita.
Hormon Bagi Pokok Berbuah (Hingga patah dahan)
Kalau nak pastikan pokok berbuah lebat sampai patah dahan, jom ikuti cara yang dikongsikan olehnya.
Ads
Menariknya hanya gunakan dua bahan ini iaitu telurdan yakult. Hebat!
Dalam melayari alam rumah tangga, memerlukan kesefahaman yang kukuh. Tidak kira apa jua pekerjaan suami atau isteri, tinggi atau rendah pangkat bukan jaminan bahagia. Yang penting adalah toleransi dan memahami tanggung jawab masing-masing. Yang lebih penting lagi menghargai dan memahami pasangan.
Perkongsian daripada lelaki bernama Amirul Ruslam mengenai rahsia kebahagiaan abang dan kakak iparnya dalam menjalani kehidupan bahagia disamping anak-anak tercinta cukup berinspirasi.
Apa yang menyentuh hati adalah cara si abang melayani sang isteri tercinta. Di dalam kenderaan, dia tidak membuka radio sebaliknya memberi peluang untuk isterinya meluahkan perasaan pada hari tersebut. Ikuti perkongsian lelaki ini menerusi laman twitternya.
Hidup bersuami isteri.
Aku belajar sesuatu dari mereka.
Hari ini kami satu family dtg tidur rumah abang aku kat Johor. Wife abg aku, Kak Erny, Doktor di Hospital JB
Masuk pukul 7-8 pagi, sabtu kerja, balik kerja malam pukul 8 macam tu. Pukul 9 lebih baru sampai rumah pic.twitter.com/U1szYMGpZe
Dipendek cerita, wife abg aku sampai je rumah. Terus aku, abang dgn Kak Erny keluar nk bungkuskan makanan nk mkn dinner kt rumah dia. Sebab ayah aku tak larat nak kuau malam. Haha
Masuk dalam kereta, abg aku tak buka radio utk dgr expression day her wife.
Maka meluahlah kakak ipar aku sambil abg aku melayan dgn fokusnya, respon semula ceritanya, tanya apa yang patut dalam ceritanya. Mempunyai ciri-ciri seorang good listener.
Aku rasa 80% expression day dari kakak ipar aku, 20% saja dari abg aku. Abg aku beri peluang utk bercerita
But ya. In relationship ni, lebih2 lagi dlm rumahtangga.
Expression feeling ni perlu ada give and take. Kdg2 ada hari wife share 80%, suami share 20%. Kdg2 suami share 80%, wife 20. Kdg2 ada hari wife share 100%, the next day husbandnya share 100%
Ketika berpuasa tidak dinafikan keinginan kita untuk menikmati pelbagai hidangan yang lebih istimewa lebih terasa.
Begitu juga jika dapat menikmati minuman yang cukup menyegarkan pastinya memberi kepuasan saat berbuka.
Untuk itu, bolehlah dicuba air yang istimewa ini yang telah dikongsikan oleh Amelia. Nampak begitu memyelerakan!
“Air ini tiada nama, Melea minum ais jelly di mahkota parade , ada jelly yang diperahkan dengan limau , dan buah buahan campuran, bila ais nya cair, jadilah rasa macam air di gambar ini .” – Amelia
Sesiapa pun pasti berasa sedih dan sayu bila mendapat berita orang yang dikenali dan disayangi telah ‘pergi’. Apatah lagi andai insan tersebut adalah ibu atau ayah, tempat kita sebagai anak-anak bergantung harap. Sungguh bukan mudah untuk melalui kehilangan tersebut, sehari dua belum tentu terubat kesedihan.
Dari satu perkongsian di facebook Farah Adilah Shamsudin, nyata ujian yang diterima olehnya cukup berat untuk ditanggung. Dia kehilangan ibu dan ayah selang seminggu dan adik dan makciknya juga dijemput Ilahi, berkongsi tarikh 23 Jun yang lalu akibat Covid-19 dan masalah kesihatan.
Dalam hantaran bertarikh 27hb, Farah Adila berkongsi rasa kepada warganet.
“Saya Farah Adilah Shamsudin anak kedua kepada En Shamsudin. Dukacita dimaklumkan ayah kesayangan kami Shamsudin bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada 27/6/2021 jam 5.01pagi tadi di ICU Hospital Sungai Buloh. Moga arwah ditempat di kalangan orang-irang beriman di syurga kelak Amin..Mohon doa dari semua ya. Al fatihah. Untuk pengetahuan semua, ayah boleh diuruskan pengebumiannya seperti kematian biasa.
Kematian ke 4 dalam bulan ini untuk keluarga terdekat saya.
1.Azizah Mohd Yusoff (mama):15 jun 2021 8.30pg
2.Normah Mohd Yusoff (mak cik):23 jun 2021 3.20pg
3.Farah nadiyah Shamsudin (adik): 23 jun 2021 7.11ptg
4.Shamsudin Abdullah (ayah):27 jun 2021 5.01 pg
“Allahuakbar….betapa kerdil nye aku ya allah…tak terdaya melawan takdir mu…sungguh kuat ujian mu..tiadalah daya ku ya allah. Aku mohon ampun atas segala salah dan silap ku…ampunilah aku…jangan lah kau ambil lagi keluarga ku ya allah
Allah,,damailah ayah di negeri abadi…Berbahagialah bersama mama,adik dengan cik mok. Tunggu kami disana ayah. kami akan menyusul.”
Sebelum itu pada tarikh 23 Jun Farah Adila ada juga berkongsi berita dukacita dengan memaklumkan bahawa adik kesayangan, FarahNadiyah Shamsudin telah menghembuskan nafas terakhir nya pada tarikh 23 jun 2021, pukol 7.11 ptg di wad icu hospital kuala lumpur.
Sungguh benar mati itu pasti. Tidak akan dipercepatkan sesaat ataupun dilambatkan sesaat. Allahuakbar, tiadalah daya ku ya allah melawan takdir mu…
Sungguh aku lemah.Ya Allah..ya allah…ampunkan dosaku ya allah…maafkan aku ya allah..sunggu berat ujian mu ya allah. Rahmati adikku,rahmatilah dia. Ampunkan dosa dosa nya. Sesungguhnya aku menjadi saksi kepada segala kebaikan nya ya allah…
Mohon doa dari kalian semua agar adik saya, mak cik saya dan ibu saya ditempatkan di syurga yang tertinggi dan ditempatkn di kalangan orang-orang beriman di syurga kelak Amin.
Damailah mama,iya dan cik normah. Kalian sudah pun menjadi bidadari syurga.Berehatlah la dr kesakitan dan fitnah dunia. Kami akan menyusul.