Bila sebut bab kerja-kerja dapur, pasti ibu-ibu tak lepas dari masalah kotoran, minyak dan sebagainya. Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan dapur, apa kata ibu-ibu cuba tip yang dikongsikan oleh puan Yatie Eimra ini.
Bukan jer bantu hilangkan kesan minyak dan bau hanyir, malah homemade spray ini juga boleh bantu tanggalkan karat. Jom cuba!
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut.. Baru² ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni.. Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja² kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
◾ Hilangkan bau hanyir Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
◾ Mudah tanggalkan kesan minyak Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
◾ Masa baking – nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun 😄
Ads
◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan 😅 Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak.
◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi. 😄
Ads
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka 7½ cawan air 4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Cara membuat:
Ads
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’ 😅
*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
Penyakit gout berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.
Asid urik yang berlebihan tidak dibuang akan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Bagi penghidap penyakit Gout pasti cukup kenal dengan dua jenis ubat ni- Allupurinol untuk turunkan paras asid uric manakala Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit.
Bagi anda yang ingin mencuba perubatan tradisional selain pengambilan ubat yang disarankan doktor, admin mahu kongsikan petua mudah yang menggunakan tiga bahan di dapur sahaja. Petua ini dikongsikan oleh Cik Mil Neena di dalam ruangan facebooknya.
Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi
3 hirisan lemon (buang biji dulu nanti pahit)
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam dalam slow juice (tanpa perlu tambah air)
2. Jika guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
3. Hasilnya dapat dua gelas jus.
4. Minum 2 kali sehari. satu gelas selepas bangun tidur dan satu gelas sebelum nak tidur.
Tip tambahan:
• Untuk memudahkan kerja, buat banyak dengan menggandakan bahan di atas.
• Kemudian, masukkan ke dalam botol kosong.
• Pastikan guna sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus seimbang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi keluarga yang suka makan pulut, tentunya menikmati kuih lopes ini dapat membangkitkan selera. Tentu enak dimakan ketika minum petang bersama keluarga.
Tidak dinafikan juga, menyediakan menu lopis ini lain orang lain caranya. Jadi buat yang belum pernah menyediakannya, jom pelajari teknik menyediakannya seperti ini.
Siapa suka kuih tradisi nenek moyang kita ni..meh munculkan diri..hehehehe..lain orang lain cara penyediaannya kan..saya share resepi cara saya
Kuih lopes
Beras pulut
Daun pandan
Air daun pandan
Pewarna hijau
Garam
Bahan untuk air gula merah
Gula merah(warna gelap)
Gula putih sedikit sahaja
Daun pandan
Daun pisang(balut pulut)
Benang(untuk potong pulut)
Kelapa putih(salut pulut)
Cara penyediaannya
1)Basuh beras pulut dan sukat air macam biasa..masukkan air daun pandan..masukkan pewarna hijau dan msukkan sedikit garam
2)Masak pulut dalam rice cooker..dan masak sejukkan
3)Layur daun pisang..ambil pulut kemudian buat bentuk silinder..saiz bergantung kepada selera masing-masing..ikat kemas dengan getah kiri dan kanan
4)Kukus seketika pulut yang telah dibalut tadi..sejukkan
5)Ikat benang pada besi atau paku..kemudian buat lilitan pada pulut dan tarik.. pulut akan terbelah dgn cantik dan tidak melekat
6)Kelapa putih yang telah diletak sedikit garam kukus seketika dan gaul pulut yang telah dipotong
7)Untuk air gula merah pula..masukkan gula merah..sedikit gula putih..air dan daun pandan..masak sampai pekat kemudian tapis..sejukkan dan sedia untuk dimakan
p/s:sukatan terpulang kepada banyak mana anda nak masak ye.selamat mencuba
Sumber : Boy Es Zu’echa via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ucapan terima kasih adalah lafaz yang diucapkan sebagai tanda menghargai kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain, kepada diri kita dan orang lain.
Pun begitu, ketikanya kebaikan seseorang tidak mampu untuk dibalas dalam bentuk perbuatan, harta atau kewangan. Hanya dengan ucapan terima kasih, sudah cukup sebagai tanda pujian dan penghargaan lebih-lebih lagi buat insan yang telah banyak berkorban buat diri kita.
Memahami betapa pentingnya ucapan terima kasih ini, Encik Matt berkongsi pandangannya di fb miliknya dengan mengingatkan isteri jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada suami. Mengapa dia berpesan begitu, jom kita baca perkongsian daripadanya.
ISTERI
Jangan lupa sentiasa ucap TERIMA KASIH kepada suami. Sediakan makan minum,pakaian yang terbaik buat suami. Cuba fahami keadaan emosi suami,cuba fahami apa yang suami suka dan tidak suka. Penat dia,stres dia ditempat kerja,stres dia dengan hutang,stres dia dengan pelbagai bil-bil di rumah. Ketika ini pentingnya sokongan,dorongan dan kata-kata semangat dari seorang isteri.
Pegang tangan suami. Cium tangan dia. Abang terima kasih penat cari rezeki untuk kami,terima kasih siang malam buat yang terbaik untuk kami. Terima kasih didik kami dengan agama. Maafkan sayang jika ada salah silap atau bebankan abang. Sayang sentiasa doakan kebaikan untuk abang. Sayang sayang abang kerana Allah dan Rasul.
Saat berjauhan mesej suami,hantar gambar anak-anak diwhatsapp dan sentiasa doakan suami agar dijauhkan dari segala fitnah.
Subhanallah kadang-kadang kata-kata dan doa ini buatkan seorang suami rasa sangat diharga,dicintai.
Fahamilah tanggungjawab suami bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak bahagia,kenyang dari lapar,sihat dari sakit dan bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak rasa selamat,tenang,dihargai,dicintai,disayangi selalu.
Bahkan tanggungjawab seorang suami untuk memastikan agar isteri dan anak-anak terselamat dari Azab Allah s.w.t,terselamat dari azab kubur,lepas titian sirat,terselamat dari huru hara padang mahsyar dan Memastikan isteri dan anak-anak bersama masuk syurga Allah s.w.t.
ISTERI.
Sabarlah dengan emosi suami selagi tidak mencederakan anda. Sabar dan redha jika dimarahi suami. Jangan melawan ketika suami memberi nasihat,marah. Jangan tinggikan suara ketika memanggil suami. Jangan sesekali aibkan suami difacebook mahupun dipejabat hatta kepada ibu bapa kita sekali pun. Sebaliknya Jadilah pendengar,penasihat yang setia buat suami.
Ketahuilah REDHA seorang suami Syurga buat isteri.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.