Buat Sendiri Homemade Spray Dengan 3 Bahan Ni. Berkesan Mudahkan Kerja-Kerja Dapur Termasuk Tanggal Karat!

Share

Bila sebut bab kerja-kerja dapur, pasti ibu-ibu tak lepas dari masalah kotoran, minyak dan sebagainya. Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan dapur, apa kata ibu-ibu cuba tip yang dikongsikan oleh puan Yatie Eimra ini.

Bukan jer bantu hilangkan kesan minyak dan bau hanyir, malah homemade spray ini juga boleh bantu tanggalkan karat. Jom cuba!


Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut.. Baru² ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni.. Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja² kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..

◾ Hilangkan bau hanyir
Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa

◾ Mudah tanggalkan kesan minyak
Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.

◾ Masa baking – nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun 😄

◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.

◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan 😅 Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak.

◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.

Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi. 😄

 

Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..

1½ cawan cuka
7½ cawan air
4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)

Cara membuat:

Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

 

*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak

*untuk buat dalam kuantiti yang sikit, boleh rujuk link post lama
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2063732036988369&id=100000547782708

*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’ 😅

*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.

#tipdantrik
#diysprayserbaguna