Kalau ibu-ibu nak cuba buat sendiri sendiri Garlic Spread atau Sapuan Bawang Putih secara homemade, ini resipi yang cukup mudah. Pasti lebih jimat dan yang paling penting bebas bahan pengawet.
Nak jimatkan masa boleh je guna air fryer. Caranya bakar bawang putih satu labu, tak perlu kupas setiap ulas bawang putihnya, hanya tinggal picit lembut selepas dibakar nanti.
Jom cuba resipi yang dikongsikan ini oleh puan Afzan Abdul Kadir ini.
Ada ternampak video omputeh buat garlic butter macam ni haritu so pagi tadi saya cuba.Sebelum ni guna raw garlic tumbuk kat lesung tapi macam tak berapa rajin, lagipun ada rasa pedas garlic tu kan.
Bahan-bahan:
2 labu bawang putih
Minyak Zaitun
separuh atau 125gram butter
Garam
Ads
Mixed Herbs
Cara membuat:
1. Bawang putih tu basuh dulu dan tuang sikit minyak di atasnya. Masuk dalam AF, saya guna suhu dalam 160 untuk ~15minit (hujung-hujung tu naikkan suhu sikit).
Ni dah siap bakar. Buang siap-siap mana-mana ulas yang buruk baru bakar ya. Untuk 2 labu ni saya guna kurang sikit dari separuh butter tu, ikut kesesuaian memasing.
2. Patutnya potong belah atas sikit dulu biar senang nak picit keluar nanti, saya ingat-ingat lupa so masa nak picit baru potong. Picitkan kuat-kuat dan dia akan keluar.
Ads
Potong sikit belah atas macam ni sebelum tuang minyak dan masuk AF.
3. Selepas tu gaul jelah dengan bahan-bahan lain, saya letak butter, olive oil, garam, mixed herbs. Dapatlah satu bekas kecik tu. Alhamdulillah.
Hasil dalam 2 labu bawang putih.Bekas sambal geprek kak iparku. Mujur bau garlic lagi kuat so bau sambal tenggelam.
Siap roti garlic bakar dihidang bersama homemade mushroom soup guna santan. Ya itu bukan bubur kacang.
Ads
Siap!
Tip tambahan:
Boleh tahan lama dalam sebulan juga, masuk peti dalam sejuk.
Boleh buat garlic bread atau sapu je kat toast bread, sedap.
Mengimbas kenangan sewaktu kecil, Hanis Zalikha bercerita bagaimana waktu kecil keluarganya cukup rajin mengabadikan kenangan dengan mengambil gambar.
Dalam masa yang sama, beliau turut berpesan kepada para suami supaya mengambil gambar isteri yang sudah bersiap rapi.
Kadang-kadang kita terlupa atau tak kuasa nak bergambar. Taknak nampak beria kan. Tapi sayang sangat sangat kalau tak abadikan sesuatu memori yang takkan dapat balik. Dulu parents kita pun rajin tangkap gambar kita membesar, hujung minggu pergi cuci kodak saiz 4r dekat kedai camera, hasilnya dapat simpan sampai sekarang!
Kita pun dapatlah gambaran suasana kita dibesarkan dan kenangan yang parents kita ciptakan. Tapi zaman kita ni ada cameraphone dah senang sangat, kalau tak berusaha tangkap gambar juga taktaulah ?
Dan para suami, time isteri dah bersiap rapi tu tolonglah snap snap. Memang jarang sangat kami mak2 ni tak serabai, so please ??
Terlihat cantik dan awet muda siapa yang tidak mahu bukan? Selain diakui perlu ada bantuan daripada penggunaan produk kecantikan, anda juga boleh amalkan beberapa petua yang tidak kurang hebat kesannya dalam bab kecantikan. Malah jika rajin amalkan, wajah bukan sahaja cantik secara alami malah dikatakan juga nampak awet muda.
Nak tahu apakah petua tersebut, dan di sini dikongsikan untuk anda cuba amalkan.
Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-
Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu makan teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.
Tidak ramai suri rumah tahu bahawa ada sesetengah makanan tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk. Ia tidaklah memudaratkan tetapi menjadi punca sesetengah makanan hilang zat, rosak dan mempunyai tekstur rasa yang tidak menarik.
Kopi
Hebatnya kopi apabila ia bertindak seperti span kerana kemampuannya untuk menyerap bau-bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk. Malangnya, kopi yang tersimpan di dalam peti sejuk akan mengurangkan rasa sebenar kopi dan anda tidak lagi boleh menikmati minuman kopi arabica.
Tomato
Masalah utama menyimpan buah tomato di dalam peti sejuk adalah suhu sejuk yang boleh menyebabkan tekstur tomato menjadi lembik. Mungkin anda pernah melihat buah tomato yang menghasilkan serbuk seperti kristal halus di dalamnya. Ia punca anda menyimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh yang lama.
Bawang
Sama seperti tomato, bawang cenderung untuk lembik dan berkulat jika tersimpan terlalu lama di dalam peti sejuk. Bagi bawang yang sudah dipotong, lapisannya tetap kering walaupun anda cuba membugkusnya dengan ketat. Bau bawang yang kuat akan meninggalkan bau di dalam peti ais sama seperti bawang meninggalkan bau pada papan pemotong.
Madu
Meletakkan madu di dalam peti ais akan meningkatkan kelajuan penghabluran gula di mana ia bertukar ke dalam bentuk yang hampir seperti doh sehingga menyukarkan anda mencedok madu keluar dari botol.
Avokado
Setiap kali membeli buah avokado, anda mula mendapati buahnya sangat padat dan keras. Maka, ia memerlukan jumlah masa yang lama untuk benar-benar ranum dan mempunyai rasa yang hebat. Tindakan anda menyimpannya di dalam peti sejuk bukanlah membantu buah avokado masak tetapi menghentikan proses matang kerana ia membeku.
Roti
Menyimpan roti di dalam peti ais bukanlah satu tindakan yang bijak. Elak menyimpan roti di dalam peti sejuk kerana ia boleh membuat roti keras dan berderai. Namun, masa yang tepat untuk anda menyimpan roti di dalam peti sejuk apabila ia sudah menjadi sandwich. Sandwich lebih lazat apabila rotinya keras dan liat pada suhu sejuk.
Ramai yang berpendapat peti ais adalah lokasi tepat untuk menyelamatkan makanan-makanan yang sudah dibuka. Ingat ya… Suhu sejuk dalam peti ais tidak semestinya menyelamatkan makanan anda. Anda sendiri mungkin tidak lalu makan makanan yang sudah lembik, keras, berderai atau pendek kata…kurang sedap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.