Buat Sendiri Fish Cake, Caranya Mudah Sahaja. Lebih Jimat & Terjamin Bersih!

Share

Selain mudah dihasilkan, fish cake homemade juga dapat menjamin kebersihannya.

Resipi ini adalah perkongsian seorang pengguna laman facebook iaitu, Tahrunnisah Jali. Selamat mencuba!

 Bahan-bahan:

  • 500 gm isi ikan tenggiri segar
  • 3 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit bahan perasa  (jika suka)
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 cup air sejuk (dari air batu)

** Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan fish fillet.  Tetapi jangan masukkan air  kerana dalam fillet sudah mengandungi air. Jadi abaikan sukatan air.

Cara memasak :

  1. Ambil isi ikan Tenggiri sahaja, Buang kulitnya. Kisar halus menggunakan food processor atau tumbuk.
  2. Masukkan sedikit air ais. Kisar lagi dan masukkan garam, serbuk lada putih dan bahan perasa. (bahan perasa adalah optional. Boleh abaikan jika tidak suka.)
  3. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar lagi hingga rata.
  4. Sebelum itu, panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Jika tiada loyang, boleh guna bekas lain yang tahan panas.
  5. Masukkan adunan ikan tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik terlebih dahulu. Ia bertujuan bagi memudahkan proses mengeluarkan fish cake dari loyang.
  6. Ratakan adunan fish cake serta padatkannya. Sapu sedikit minyak di jari dan licinkan permukaan kek ikan tadi.
  7. Masukkan ke dalam pengukus dan masak selama 15 minit atau sehingga masak.
  8. Setelah masak, terbalikkan dan potong kecil berbentuk fish cake.
  9. Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Tahrunnisah Jali (Facebook)