Buat Sendiri Dumpling Sup Homemade, Modal Bawah RM10. Mudah & Sedap, Confirm Licin!

Share

Dumpling antara makanan tradisi masyarakat Cina yang sangat popular. Selain berintikan sayur-sayuran, ia juga boleh dipelbagaikan dengan isi ikut selera masing-masing.

Jika ibu-ibu teringin nak cuba buat sendiri nah admin sediakan resepi nya.

Dumpling Soup Homemade Halal 🥟🍲

Modal bawah Rm10 boleh makan 40 pcs Dumpling ❤️
Kalau makan dekat Chicken Rice Shop mau semangkuk RM8-RM9. Ni sekali buat cukup 1 family dapat makan 😂
Tapi modal utama kena rajin & sabar ✅
Tekak nak makan punya pasal gigih buat sampai siap 😂

Confirm sedap Confirm pengsan . Chingg 🌟
Ada yang nak cuba resipi ?

Selamat mencuba ❤️

Inti Dumpling 👇🏻
➡️ Isi ayam 🐓 300g (fillet dicincang)
➡️ Carrot 🥕 (setengah batang sagat)
➡️ Bawang besar (1 biji cincang halus)
➡️ Bawang putih (4 ulas cincang halus)
➡️ Daun sup & Daun bawang (potong halus)
➡️ Serbuk lada sulah (2 sudu)
➡️ Minyak bijan (3 sudu)
➡️ Serbuk maggi cukup rasa (2 sudu)
➡️ Garam & gula (1 sudu kecil)
➡️ Dumpling pastry 🥟 (Instant)

Campur semua bahan2 kecuali dumpling pastry.
Gaul sebati & perap sekejap 10 minit.
Masuk inti dalam pastry then kelim pastry ikut kreativiti. Boleh try google @ tengok youtube cara lipat dumpling.


Takde mangkuk tingkat buluh macam mangkuk dimsum so susun kita dumpling kat atas pinggan letak dalam pengukus.

Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat. Da try buat gitu sebab tuh mai habaq awai2 . Jahanam 6 ketui dumpling 😂 Rugi rugi 🤦🏼‍♀️ Kukus dumpling selama 10 minit.
Da siap kukus boleh makan dengan sos kicap @ goreng dumpling 🥟

Sup dumpling 👇🏻
➡️ Bawang putih (6 ulas ketuk & cincang)
➡️ Halia (1 inci ketuk & cincang)
➡️ Minyak bijan (1 sudu kecil)
➡️ Serbuk lada sulah sikit
➡️ Kiub ayam maggi (half of cube)
➡️ Garam & gula

Tumis bawang putih & halia sampai naik bau.
Letak 1 mangkuk air dalam periuk.
Masuk bahan2 lain sampai mendidih.
Letak dumpling yang da siap kukus tadi tuh dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap.
Then tabur sikit daun bawang.
Last sekali buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang da cincang halus. Gaul sebati then boleh makan dengan sup.
Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasa nya 😋

Kredit: wany lifa