Buat Sendiri Burger Prosperity Homemade Ala McD, Lelaki Ini Kongsi Resipi Viral Ni!

Share

Tentunya ramai yang menggemari Burger Prosperity McD. Rasa kelazatannya memang sunggu lazat!

Selain beli, rupanya nak buat tak susah. Jika buat sendiri lagi jimat. Menerusi perkongsian lelaki resipinya telah mendapat lebih 54K share di laman facebooknya.

Jom kita buat hari ni, pasti licin!Lebih Jimat & Rasanya Pun Sedap!

Ini resipinya. 

Bahan-bahan

1. Roti gardenia
2. Daging Ramly
3. Bawang besar 1/2 potong dadu.
4. Bawang holland hiris nipis
5. Tepung gandum 2 sudu
6. Air 1 gelas
7. Lada hitam serbuk+tumbuk
8. Butter 2sb
9.sos tiram 2sb
10. Kicap manis 1sb
11.garam secukup rasa

Cara-cara

Mula-mula letak butter pada roti dan goreng dulu kejap.

Uli daging ramly dan bentuk kan cam bentuk roti (refer gambar). Kemudian goreng daging dulu (cucuk-cucuk dengan garfu).

cara buat sos

Panaskan butter 2sb n masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi gold. Kemudian  masukkan air 1gelas n kacau.. masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1sb, sos tiram, kicap dan garam. Masak sampai pekat mana korang nak..

Celupkan daging yang dah goreng tadi.. Letak ats roti dan letak bawang yang korg hiris tadi..


Wow, mudah aje. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Mohd Faiz Fitri Iberahim & Malayfoodlicious