Buat Sendiri Botok-botok Yang Sedap & Juicy, Begini Cara Buatnya & Taklah Susah Pun!

Share

Botok-botok adalah antara salah satu resipi tradisi bangsa Johor yang istimewa dan digemari ramai. Ada yang kata botok-botok seakan pais ikan tetapi sebenarnya sangatlah berbeza.

Pais ikan boleh dibakar tetapi botok-botok hanya dimasak dengan teknik kukus dan apa yang lebih menarik mengandungi ulam-ulaman kampung yang disatukan dengan ikan dan rempah ratus terpilih untuk menyedapkan rasa, dibungkus kemas di dalam daun pisang.

Buat anda yang teringin untuk mencuba rasa, bolehlah memasaknya sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Dee Hakim ini.

Menurutnya, “Kalau ikut resepi ni, pes dia bolehlah dapat dalam 5-6 bungkus botok-botok. Oklah kan, kalau fam kecil. Kalau nak banyak boleh gandakan bahannya ya.”


Bahan-bahan pes botok-botok:
Bawang merah besar 2 biji
Bawang merah kecil 3-4 biji
Bawang putih 5-6 ulas
Lada kering kisar (agak2 la ya)
Serai 2 batang
Kunyit
Halia
Lengkuas
Jintan manis 1 ½sb
Jintan putih 1 ½sb
Ketumbar 1½sb
(kisar semua di atas)
Rempah kari ikan
Kerisik
Santan
Asam Jawa
Ulam-ulaman:
Pucuk ubi, pucuk bebuas, daun selasih, daun cekur, pucuk mengkudu, daun kunyit, daun kaduk, pucuk betik, dan sebagainya.
(ni takde syarat, letak jelah daun yang korang boleh makan dan suka, sebab ada daun-daun yang pahit-pahit sikit kan.. time PKP ni pakai apa yang ada kat belakang rumah je)
* ni basuh bersih-bersih, kendian korang gunting.. kesian laki korang makan besar-besar pulak dedaunan tu.

Bahan utama:
Ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari, ikan tongkol, udang (ikan tu ikut kesesuaian korang)

Cara Masak:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.
2. Dah garing bahan kisar tu, masukkan serbuk kari ikan, tumis lagi.
3. Kendian masukkan kerisik, air asam jawa, tumis lagi macam biasa. (ok, part asam jawa tu agak-agak la, masa masak pes ni kena masam sikit sebab belum diserasikan dengan ikan lagi. Air ikan tu nanti akan balance kan rasa masam tu nanti, trust me.. ewah)
4. Last masukkan santan, garam, gula merah n bahan perasa. Siap!

Tibalah waktu penentuan, nak bungkus. Bahan yang korang perlukan ialah daun pisang. Kalau tak ada, pakai je aluminium foil tu.. agak-agak la ya saiz nak bungkus tu. Janji tak bocor udahlah.


1. Bentang daun pisang, susun ulam-ulaman, then letak pes atas daun tu, ratakan sikit-sikit, letak la ikan korang.


2. Tutup ikan dengan pes, lepas tu susun ulam-ulaman tu lagi.
3. Cara bungkus boleh ikut gambar tu, tp sebenarnya kena letak tali pinggang dia lepas bungkus tu supaya tak bocor. Tapi sebab daun pisang saya tak cukup, saya tak letak. Boleh guna lidi untuk ikat sapaya tak terbuka.


4. Ok, pergi kukus sekarang, agak-agak la 30min dah masak.


Korang kalau makan juicy, makan betul-betul lepas kukus. Memang sedap. Kalau dah sejuk nanti, akan jadi kering sikit pes tu. Mana-mana pun sedap kalau makan dengan nasi panas.

Sumber : Dee Hakim 

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club