Botok-botok adalah antara salah satu resipi tradisi bangsa Johor yang istimewa dan digemari ramai. Ada yang kata botok-botok seakan pais ikan tetapi sebenarnya sangatlah berbeza.
Pais ikan boleh dibakar tetapi botok-botok hanya dimasak dengan teknik kukus dan apa yang lebih menarik mengandungi ulam-ulaman kampung yang disatukan dengan ikan dan rempah ratus terpilih untuk menyedapkan rasa, dibungkus kemas di dalam daun pisang.
Buat anda yang teringin untuk mencuba rasa, bolehlah memasaknya sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Dee Hakim ini.
Menurutnya, “Kalau ikut resepi ni, pes dia bolehlah dapat dalam 5-6 bungkus botok-botok. Oklah kan, kalau fam kecil. Kalau nak banyak boleh gandakan bahannya ya.”
Bahan-bahan pes botok-botok:
Bawang merah besar 2 biji
Bawang merah kecil 3-4 biji
Bawang putih 5-6 ulas
Lada kering kisar (agak2 la ya)
Serai 2 batang
Kunyit
Halia
Lengkuas
Jintan manis 1 ½sb
Jintan putih 1 ½sb
Ketumbar 1½sb
(kisar semua di atas)
Rempah kari ikan
Kerisik
Santan
Asam Jawa
Ulam-ulaman:
Pucuk ubi, pucuk bebuas, daun selasih, daun cekur, pucuk mengkudu, daun kunyit, daun kaduk, pucuk betik, dan sebagainya.
(ni takde syarat, letak jelah daun yang korang boleh makan dan suka, sebab ada daun-daun yang pahit-pahit sikit kan.. time PKP ni pakai apa yang ada kat belakang rumah je)
* ni basuh bersih-bersih, kendian korang gunting.. kesian laki korang makan besar-besar pulak dedaunan tu.
Bahan utama:
Ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari, ikan tongkol, udang (ikan tu ikut kesesuaian korang)
Cara Masak:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.
2. Dah garing bahan kisar tu, masukkan serbuk kari ikan, tumis lagi.
3. Kendian masukkan kerisik, air asam jawa, tumis lagi macam biasa. (ok, part asam jawa tu agak-agak la, masa masak pes ni kena masam sikit sebab belum diserasikan dengan ikan lagi. Air ikan tu nanti akan balance kan rasa masam tu nanti, trust me.. ewah)
4. Last masukkan santan, garam, gula merah n bahan perasa. Siap!
Ads
Tibalah waktu penentuan, nak bungkus. Bahan yang korang perlukan ialah daun pisang. Kalau tak ada, pakai je aluminium foil tu.. agak-agak la ya saiz nak bungkus tu. Janji tak bocor udahlah.
1. Bentang daun pisang, susun ulam-ulaman, then letak pes atas daun tu, ratakan sikit-sikit, letak la ikan korang.
2. Tutup ikan dengan pes, lepas tu susun ulam-ulaman tu lagi.
3. Cara bungkus boleh ikut gambar tu, tp sebenarnya kena letak tali pinggang dia lepas bungkus tu supaya tak bocor. Tapi sebab daun pisang saya tak cukup, saya tak letak. Boleh guna lidi untuk ikat sapaya tak terbuka.
4. Ok, pergi kukus sekarang, agak-agak la 30min dah masak.
Korang kalau makan juicy, makan betul-betul lepas kukus. Memang sedap. Kalau dah sejuk nanti, akan jadi kering sikit pes tu. Mana-mana pun sedap kalau makan dengan nasi panas.
Menambah koleksi resipi biskut untuk persiapan di hari raya ini,ada baiknya sediakan resipi yang menjadi kegemaran keluarga. Antaranya resipi Cornflake Crunchy bersama choclate chips yang enak ini. Ranggup dan bercoklat, pasti rasanya tidak mengecewakan.
Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara-cara:
• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.
Selamat mencuba
Kebiasaannya selepas habis minum minum teh pasti kita akan buang uncang teh tersebut kan. Sebenarnya uncang teh ini banyak manfaatnya, jadi jangan dibuang dulu.
Simpan dan ikut tip yang dikongsikan oleh saudara Armanshah Mohamad Tahir untuk menanam benih cili dan hasilnya benih cili cepat tumbuh dan cantik. Salam.saja nak kongsi sikit …sy tanam benih cili guna kan bekas teh uncang yg telah digunakan untk dapat kan cili yg cantik..dan benih yg cepat tumbuh…baja pula sy guna kan baja kopi dan air beras…selamat mencuba #Edit# Salam dan selamat pg…maaf nak jawab semua bnyk sangat…so sy terang kan kt sini je… 1..sy menggunakan teh uncang yg sudah digunakan..dr buang macam tu je..daun teh tu boleh jd medium dan baja pd anak benih cili
2..baja kopi sy gunakan sisa kopi asli iaitu kopi kasar/ dan campuran baja yg berbau kopi…beli kat eco shop je…
3…iye kena bubuh sedikit air supaya uncang teh tu lembap sedikit…sbb serbuk teh cepat kering kalau panas…lg pun memudahkan benih bercambah
4…jika dah tanam boleh guna air basuhan beras dr buang dlm singki baik siram pokok lg subur dan cepat berbunga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjadi ibu atau bapa tunggal bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi.
Menerusi posting terbaru di Instagram, pelawak dan pelakon Shuib, 37, memuat naik sekeping gambar beliau bersama tiga anaknya serta sebuah katil baby jenis kayu berwarna putih.
Dengan caption meluahkan rasa teruja untuk menyambut kepulangan anak bongsunya di rumah.
Biarpan riak wajah dengan senyuman keceriaan, namun penampilan Suib serta anak-anak tetap mengundang sebak dikalangan netizen. Rata-rata menitipkan doa supaya Shuib tabah untuk membesarkan anak tanpa isteri tersayang.
Memetik laporan daripada Harian Metro, persiapan lain seperti pakaian bayi disediakan secara sederhana.
“Tak adalah berhabis beli barang sangat pun. Baju-baju abangnya pun masih simpan lagi, tapi insya-Allah selepas ini barulah akan beli-beli sedikit baju (baru).”
Bagaimana pun Shuib belum mendapat tarikh yang tepat kepulangan anaknya ke rumah lantaran doktor masih terus memantau keadaannya selepas dikeluarkan dari inkubator baru-baru ini.
Netizen sebak walaupun gambar Shuib sekeluarga riak wajah ceria
Untuk makluman pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM. Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...