Saat sibuk membeli-belah baju raya, pasti ada juga yang sibuk menyediakan biskut raya. Ada yang memilih untuk membeli, tetapi tak kurang juga yang teruja untuk membuat sendiri, lebih-lebih lagi bila anak-anak mula meminta.
Salah satu biskut raya yang sentiasa menjadi kegemaran setiap tahun ialah Kuih Sarang Semut. Bagi yang baru nak cuba, jangan risau! Resipi ini sangat mudah kerana hanya menggunakan sukatan cawan.
Mudah dibuat, sedap dimakan pasti tak cukup satu balang!
INI BAHANNYA
Buttercup – 1 buku
Tepung kastard – 2 cawan*
Tepung jagung – 1 cawan*
Tepung gandum – 1 cawan setengah*
Gula halus – 1 cawan
Kuning telur – 1
Esen vanila – 1 sudu kecil
CARA PENYEDIAAN:
Satukan buttercup dan gula halus. Pukul sehingga kembang.
Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Pukul sebati.
Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Adunan memang lembut. Jika masih melekat, tambah sedikit tepung gandum.
Boleh simpan dalam setengah jam dekat peti ais atau boleh parut terus dan masukkan dalam papercup. Hias dengan coklat rice.
Selamat mencuba!
Sumber: Novelis Afieyza Isahak