
Ramai antara kita meraikan kemerdekaan pada 31 Ogos ni dengan pelbagai cara. Ada yang mengibarkan bendera dan membuat kek bendera Malaysia serta roti jala bendera Malaysia!
Menarik perkongsian ini, apabila baju merdeka pun buat sendiri. Tak perlu beli dikedai. Hanya menggunakan cat fabrik untuk membentuk jalur gemilang.
Ikuti perkongsian ini.
Ni projek tahun lepas. Saja saya buat suka-suka cat baju merdeka untuk anak. Nama pun #ProjekBajuMerdeka kan?
Dah setahun dah pun.
Ada orang tanya, luntur tak warna cat? Jawapannya TIDAK. Cuma ralatnya dekat sini, saya beli saiz tshirt ngam-ngam jadi tahun ni anak dah tak muat nak pakai
Tapi tak apa.
Kalau ibu-ibu ayah-ayah nak try buat, boleh ketik gambar. Saya dah buh caption siap-siap dekat situ.

1. Sehelai tshirt putih. Beli mur-mur sudah lah. Jangan guna baju pagoda pulak dah.
2. 3 botol kecil cat fabric. Murah je ni, boleh beli dekat kedai alat tulis. RM6.50 sebotol (pakai tak banyak mana pun)
3. Kapur baju, bukan kapur barus.
4. Plastik (takde dalam gambar) untuk alas dalam baju. Nanti cat tembus ke belakang kalau tak berlapik.

Tanda X tu sepatutnya warna merah tapi masa buat berangan apa entah, jadi sebaliknya.

Ohh tuit tuit, jangan lupa alas plastik sebelah dalam tshirt tau. Kalau tak, cat akan tembus ke belakang.

Ohh tuit tuit, jangan lupa alas plastik sebelah dalam tshirt tau. Kalau tak, cat akan tembus ke belakang.


Nak lukis tak pandai maka saya ambil tindakan drastik dengan mewarnakan tangan si anak dengan warna kuning. Kemudian cop pada warna biru (pastikan cat biru dah kering ya).
Simboliknya, cop tangan ini berada di bahagian dada, Islam dan Institusi Raja-raja Melayu teguh di dalam hati.


Okaylahh not bad untuk percubaan kali pertama kami. Mungkin kalian boleh buat lagi cantik dari kami. Boleh buat aktiviti bersama anak-anak juga. Why not, kan?
Selamat mencuba!
Kredit: Nazia Suhaimi