Tanaman dan pokok-pokok yang kita tanam jika hidup subur pasti buat kita rasa senang hati. Berbaloi berpeluh dan patutlah orang kata berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya.
Menuai hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.
Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan. Jom ikut petua yang diberikan oleh Sepang Farmville
untuk menghasilkan baja organik yang baik sebagai penggalak pokok.Kita suka kan kalau pokok kita subur dan cantik gebu gebas kan? Hari ni mari kita belajar buat baja organik PSB(photo synthetic bacteria).
Baja ni sgt baik utk pokok. Bahan2 pun mudah ja. Antara faedah PSB ialah untuk kesuburan tanah dan pokok, penggalak bunga dan boleh juga digunakan untuk merawat air dalam kolam/aquarium.
Resipi:
3 biji telur(hancurkan skali dgn kulit telur)
2 sudu ajinomoto
1 sudu belacan
3 sudu sos ikan
5 liter air tanpa klorin
(boleh tadah air paip dan simpan semalaman sblm guna/air mineral/air telaga/air sungai/air terjun dari 7 gunung)
Cara membuat:
#psb #bajaorganik #photosynthesisbacteria #bacteriabaik