Buat Sendiri Baja Guna Yakult & Telur Untuk Suburkan Tanaman Pokok Bunga, Sayur. Seminggu Boleh Nampak Hasil!

Share

Cara nak buat baja untuk pokok bunga mahupun sayuran mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Kalau sebelum ini admin kongsikan tip menggunakan roti. Kali ini kita cuba pula guna yakult dan juga telur.

Tip ini dikongsikan oleh Muniyati Mohamad menerusi page Berkebun Di Rumah.


Jom buat baja yakult + telur.

Cuma guna sebotoi yakult gan 2 biji 🥚🥚, telur tu saiz apa pon tak pa.
Kalau nak buat kuantiti banyak, pandai2 la adjust nisbah dia.

Cara dia campur telur dengan yakult dalam satu bekas yg boleh tutup rapat, campur dan goncang2.

Peram dalam 3 hari, dah 3 hari boleh la ambil 2-3 sudu peraman campur gan 1 liter air.

Lg best campur dgn air hujan, air tapis atau air basuhan beras, tapi kalau dah tak dak, buh air paip pon boley.

Dah masuk dalam botol spray tu kan, yg balance tu boleh simpan dalam peti ais. Tapi jangan duk buat minum pulak 🙊
Kalau nak siram ke tanah pon sama ja. Campur pas tu siram..

Segala jenih pokok boleh, pokok bunga 🌷🌹🌻🌺, pokok sayuq 🥬🥒🥦🌶️🌽, pokok buah 🍈🥭🍓🍇🍉 spray ja, siram ja. Kekerapan siraman bergantung pada kerajinan masing2.

Spray/ siram pagi2 nah..selalu pokok bunga sy spray, pokok sayur sy siram..

Tu hasil dalam seminggu lebih kena spray/siram. Daun dia mak aii besaq gedabakk. Pucuk mencacak naik. Bunga pon makin meriah. Buah pon tembun2.😁

Indoor plant sy tak letak..hehe paham2 la kenapa yer..bau asham sikit ayaq ni..