Buat Sendiri Apam Balik Terlajak Sedap, Ibu Kena Buat Ni, Anak-anak Mesti Suka!

Share

Menu pasar malam seperti apam balik memang sedap kalau dimakan ketika waktu panas. Tak hanya kita yang dewasa, anak-anak pun suka makanan yang satu ini kerana rasanya yang ditambah dengan jagung dan kacang yang menaikkan
rasanya.

Kalau dulu kita hanya membeli, kini dah ramai daripada kita yang cuba beranikan diri membuat sendiri menu ini.

Sebenarnya tak susahpun nak sediakannya sendiri di rumah. Jom cuba ni daripada Adlin Lin, anak-anak mesti suka.

Assalammualaikum salam maghrib sahabat group dan salam kenal. Apam balik buatan sendiri, senang dan mudah..guna kuali roti jala je. Kalau tak ada kuali roti jala, guna none stick pun boleh.

Meh saya share resepi.

Bahan:
4 cawan tepung gandum *
3 cawan air *
1/2 cawan minyak *
1/2 cawan gula *
4 biji telor *
Sedikit garam *
1 sudu teh yis mauripan *
1/2 sudu teh soda bikarbonat *
Kacang disangai
Jagung dalam tin

Caranya:
1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.

2. Kemudian simpan adunan dalam 1 jam.

3. Panaskan kuali leper dan letakkan sesenduk adunan.

4. Taburkan kacang, gula dan jagung tin di atasnya. Biarkan masak.

Perhatian:-
Sukatan cawan kita mungkin tak sama, so saya sarankan lebihkan sikit tepung sekiranya adunan cair. Selamat mencuba!

 

Sumber: Adlin Lin