Kalau sebut aiskrim, pasti anak-anak yang paling teruja. Tak kira apa jua perisa kalau dapat memang tersenyum lebar masing-masing.
Namun, ibu-ibu kena juga ambil berat bab bahan yang digunakan dalam aiskrim. Antara kandungan paling banyak adalah gula.
Lebih mudah, buat je sendiri. Lagi bagus kerana terjamin kebersihannya serta menjimatkan. Paling penting ia menyihatkan.
Jom admin kongsikan resipi aiskrim homemade yang dikongsikan oleh Dr Syahr Musafir.
Cuaca panas sekarang, jadi saya nak kongsi satu lagi resepi #BuatSendiriAiskrimRingkas saya. Yang penting aiskrim ini MENYIHATKAN!!!!
Bahan-bahan mudah:
a) Limau (nipis/kasturi/lemon)
b) Madu
c) Air masak
d) Buah-buahan
Langkah 1: Dalam jag berisi air kosong, masukkan madu dan perahan limau secukup rasa. Kacau biar madu larut dalam air. Saya guna campuran limau nipis dan limau kasturi, secukup rasa, supaya air/aiskrim nanti rasa masam manis yang best.
Ads
Jadikan #AktivitiBersamaAnakAnak: Anak-anak tolong kacaukan air.
Jika termasukkan biji limau, buang/tapis ye.
Langkah 2: Masukkan buah kesukaan kita ke dalam bekas aiskrim. Tak perlu susun pun, masukkan saja. Campurlah buah apa pun tak apa. Saya guna kiwi dan strawberi saja (buah ini saja ada dalam peti sejuk rumah, saya buat malam selepas balik kerja).
Ads
Kalau tak nak guna icecream mould, boleh guna plastik aiskrim pun menarik juga. Jadi aiskrim Malaysia kan…
Jadikan aktiviti bersama anak-anak: Ibu ayah potong buah, anak-anak tolong susun/letak buah.
Langkah 3: Masukkan air madu limau ke dalam bekas aiskrim kita. Sejuk bekukan semalaman.
Siang (esoknya), lepas anak-anak balik sekolah, boleh makan! Besttttttttt…..
Ads
Anak-anak makan banyak pun kita sebagai ibu bapa tak risau sangat, sebab aiskrim yang menyihatkan. Bukan macam aiskrim yang dijual di kedai.
Resepi aiskrim susu yang lepas: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10156043904130736&id=714725735
Cubalah 🙂
Buah tu boleh tukar kepada mangga, anggur, betik, pergggghhhh mesti best!
Bulan ramadhan dan cuaca panas pasti memberi impak buat anda yang berpuasa. Lebih-lebih lagi anak-anak yang bersekolah, pasti letih dan tidak bertenaga.
Jadi, ibu-ibu kena pastikan anak-anak sentiasa cergas walaupun tengah berpuasa. Sebab itu, pengambilan makanan waktu sahur penting. Jika anak-anak malas bangun sahur, kena paksa juga. Walaupun ia bukan sesuatu yang wajib, tetapi kita tidak boleh meringankan sahur kerana ia memberi manfaat kepada diri kita sendiri.
Anak-anak akan lebih bertenaga di siang hari apabila bersahur. Memadai dengan minum air atau makan kurma jika tidak berselera untuk menjamah makanan lain. Apa kata, ibu- ibu cuba buat resipi minuman dengan menggunakan kurma dan susu. Pasti anak-anak sukakannya!
Jom cuba resipi yang dikongsikan ini.
RESEPI SUSU KURMA (TAMBAH TENAGA BULAN PUASA)
Bahan-bahan
1. Kurma 5 biji. 2. Air masak setengah cawan. 3. Susu segar satu cawan.
* Bilangan kurma bergantung ikut citarasa sendiri , sebaiknya dalam bilangan ganjil.
Cara membuat:
1. Kurma dibuang biji dan isinya kita carik-carikkan. Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang. Rendam sebelum tidur lepas sahur untuk minum ketika sahur esoknya.
2. Bila kurma dah kembang boleh blend dgn secawan susu segar. Minum ketika penutup sahur.
Jangan lupa selawat ke atas Nabi dan mohon Allah permudahkan puasa kita. InsyaAllah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.
Hendak memasak kari bukan senang. Jika salah caranya, santan dan minyaknya boleh jadi ‘karam’. Malah kuahnya jadi tidak elok teksturnya.
Apa langkah dan petua terbaik untuk jadikan rasa kari sama seperti yang dimasak oleh mak-mak kita? Perkongsian Puan Fauziah Samad di blognya, www.dapurkakjee.com, boleh kita jadikan panduan untuk masak kari lebih umphh macam mak-mak kita.
Jom ikut cara yang dikongsikannya.
Entri ni bukan nak bagi korang resipi. Tapi untuk turunkan sikit petua camner nak masak kari yang sedap. Eh sedap ke aku masak?
Kak Jee baru tahu cara masak kari yang sebenar kira-kira 13 tahun lalu. Masa tu Kak Jee tinggal di Cheras Perdana. Setiap pagi sebelum pergi kerja, Kak Jee dan Uncle Pali akan singgah satu gerai untuk makan tosei berhampiran apartmen kami.
Kerana mulut Kak Jee yang macam murai cabut ekor peramah, asyik senyum kat customer yang makan situ, satu hari berkenalan lah dengan sepasang suami isteri yang dah pencen. Usia dalam lingkungan lewat 60-an masa tu. Kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang. Pindah ke KL ikut anak.
Kredit Foto: fauziahsamad.com
Kak Jee beritahu dia, orang Pulau Pinang mesti pandai masak kari. Nasib Kak Jee baik sebab Uncle tu rupa-rupanya pandai masak. Dia kata kalau nak masak kari, rempahnya mesti cukup garing atau cukup masak. Tapi jangan biarkan hangus.
Dulu-dulu kalau masak kari, Kak Jee mesti bancuh rempahnya dengan air baru Kak Jee masukkan ke dalam periuk setelah tumis bawang bersama halia dan bahan-bahan lain.
“Salah tu, lepas tumis bawang bersama bahan-bahan lain, masukkan rempah kering dan goreng pantas selama 1 atau dua minit. Kemudian masukkan air. Tak boleh banyak sampai banjir. Tapi cukup untuk jadikan rempah itu cair sedikit. Lepas tu perlahankan api hingga rempah terbit minyak.
Kredit Foto: fauziahsamad.com
” Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari ataupun kentang. Kemudian masukkan ayam atau daging. Biar ayam atau daging kecut baru tambah lagi air. Apabila dah masuk air dan santan kalau guna (ada bubuh susu segar), perlahan api dan biarkan lauk kari itu reneh. Kemudian apabila kentang dah empuk, masukkan asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa.”
Sejak itu, Kak Jee ikut sebijik-sebijik arahan Uncle tu. Malah masa Kak Jee meniaga Roti Jala dulu, kari ayam kami sangat disukai pelanggan. Mereka kata kari Kak Jee tak ada bau rempah mentah.
Kredit Foto: fauziahsamad.com
Masa tumis tu amat penting. Kena sabar dan jaga api betul-betul. Biar rempah digoreng sempurna kalau mahukan rasa kari yang sedap. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.”
Tak percaya korang cubalah. Begitu perkongsiannya.
5 Tips Ekstra
Berikut merupakan lima langkah yang anda boleh ikuti untuk pastikan kari bertambah enak. Kena tahu lima cara ni.
Kuantiti Minyak
Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat dua sudu besar sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyaknya ketika anda masukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
Hirisan Bawang
Setengah orang suka kisar atau tumbuk bawang semasa menumis kari. Boleh sahaja kesemua jenis ini namun kalau anda hendak tahu, rasanya berbeza-beza. Yang perlu anda tahu, hirisan bawang merah, bawang putih atau halia perlu ada supaya menaikkan rasanya ketika menumis. Cukup hanya dihiris dan biarkannya layu.
Halba Campur
Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan. Halba campur adalah bahan terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. Kena ada!
Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta santan. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
Asam Jawa & Santan
Pastikan santan digaulkan dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang ke dalam tumisan rempah yang sudah naik minyaknya. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.
Kacau Sentiasa
Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.
Sedikit Masam
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain. Gaulkan asam jawa secukupnya ke dalam santan dan perasakan. Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘umphh’.
Tambahan Sayuran
Akhir sekali masukkanlah tambahan sayuran. Tidak terlalu penting namun tambahan sayuran seperti kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa berbeza kepada rasa kuah kari.
Memasuki Fasa ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai karenah dan perangai orang ramai yang dilihat sepanjang ia dilaksanakan. Ada yang mendengar arahan dan hanya berada di rumah. Tak kurang yang memberikan pelbagai alasan dan keluar rumah walaupun arahan sudah diberikan.
Natijahnya, ramai yang ditangkap dan dikenakamn denda. Namun, kisah seorang bapa yang membayarkan kompaun untuk anaknya cukup menyentuh hati. Dia dikatakan terpaksa mengorek duit tabung demi membayar denda tersebut.
Kisah ini dimuat naik oleh saudari Siti Rohaiza. Moga kisah ini menjadi pengajaran buat anak-anak di luar sana dalama menghormati dan mengikut arahan dari pihak berkuasa.
Terima bayaran kompaun pagi tadi dr seorang bapa… Yang kena anaknya berumur 18 tahun. .. Kenapa ada duit syiling??? Knp guna duit RM1.. Jenuh iza nak mengira pagi td… Bila ditanya… Jawapannya “KOREK TABUNG” 😥😥😥 sentap hati ni dengar… 😰😰
Wahai anak2 sekalian terutama yg masih belum bekerja, masih bersekolah tolonglah duduk rumah.. Janganlah mengada2 nak lepak2 dengan kawan2 bagai… Jangan mengada2 konon2 tunjuk hero naik motor merayap sana sini… Sekali kena nah ko susahkan mak pak… Korang ingat senang nak cari duit??? Iza doakan bila anak2 ni da bekerja nanti, ko bayarlah balik duit mak pak korang ni… Perit wei kira duit tabung semata2 nak bayar kompaun untuk anak… 😭😭😭
Please duduk rumah Stay at home
#sentappagini #kitajagakita #stayathome
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak di sebuah gerai kosong. Mayat seorang bayi lelaki yang lengkap sifat dijumpai berbungkus dalam kain di dalam sebuah kotak, dipercayai ditinggalkan di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu.