Buat Sendiri Aiskrim Durian Homemade Guna Blender & 4 Bahan Ni Je. Sedap & Gebu Macam Beli Di Kedai. Yummy!

Share

Dapat layan aiskrim memang lah enak kan, lagi-lagi waktu cuaca panas. Anak-anak paling suka ni. Sekarang ini tengah PKP dan tidak dapat keluar rumah, apa kata ibu-ibu buat sendiri aiskrim.

Memandangkan sekarang banyak durian dijual, apa kata kita cuba perisa ini. Lebih meriah kalau anak-anak turut bersama buat. Ini juga salah satu pembelajaran baru buat mereka. Tidaklah asyik mengadap tv atau gajet sahaja sepanjang masa kan.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Uwan Nolly Epin  ini.

Musim durian nih…buat lah aiskrim durian sendiri…
Letak durian banyak2 sikit..
Biar pure rasa durian dia..
Mmg sedapp yakmatt laaahh…
Sejuk je lalu kt tekak..!!
Mkn dgn roti pun sedap…😋😋😋
Yummylicious..
Resepi 👇👇👇👇

Aiskrim durian homemade

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat ( tak suka manis kurangkan lah ya )
1 sb ovelett
Durian secukupnya..( anggaran kalau isi durian yg besar 6 ulas…durian kecil 10 ulas)
Pewarna kuning telur secukupnya ( uwan tk guna sbb durian yg Uwan guna dah kuning ..Uwan guna durian Udang merah)

Cara-cara:
Kisar durian + susu cair + susu pekat & ovelett
Dah sebati..masukkn pula ke dalam mixer…
mix 20-30 minit @ hingga gebu
Then letak dalam bekas
Simpan dalam frezer
Dah keras..boleh lah makan…
Memang sedap sangat weiyhh
Pure rasa duriannya…


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster