Setiap kali datang nya Ramadan, setiap kali itu dia muncul. Warna kehijauan penuh bahan-bahan yang pelbagai rasa membuatkan minuman ini cukup digemari.
Namun, apabila negara dilanda Covid-19, bazar ramadan tidak dibuka, jadi peminat Air Katira pasti sedikit kecewa kan.
Nah, tak usah sedih, jom buat sendiri air katira. Selamat mencuba!
Semalam ramai yang tanya macam mana buat Air Katira ni. So makiti share kat sini jela ek macam mana nak buat Air Katira PKP. Jimat dan ekpres.
Bahan-bahan simple je, yela nama pun ekpres kan. Walaupun ala ala je tapi serius sedap macam Air Katira asli.
AIR KATIRA PKP
Bahan-bahan
Pewarna minuman berperisa TEBU (brand Double Lion)
Susu pekat manis
Biji selasih (rendam dulu)
Cincau (potong ikut suka)
Sirap Ros/pewarna merah
*Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti?
Iye tebu, takde rasa tebu pun sebenarnya. Rasa macam air Katira.
*Sukatan ikut sedap mata memandang sedap lagi tekak menelannya. 😁
Cara-cara
1. Masukkan perasa tebu, susu, selasih dan cincau ikut banyak mana bancuhan.
2. Masukkan air kosong.
3. Titiskan sirap ros sikit supaya warnanya nampak dark sikit.
4. Masukkan ais.
(Mata makiti tak kenan tengok warna dari perasa tebu tu je, sebab tu tambah sirap sikit. Kalau hampa takmau letak pun takdak masalah, tak lari pun rasa dia kecuali la letak asam jawa 😌)
#################################
Dah siap, kalau ada yang cukup bahan macam air katira asli, bolehlah ditambah ke dalamnya. Kalau takde, guna jela apa ada. Ye dokk? Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga. Dah buat nanti tag makiti ok 😘
EDIT : Tak semua tempat sng cari katira, kembang semangkuk dan bahan lain dalam katira asli tambah2 tengah pkp ni. Dan tak semua orang rajin nak blend kurma dan daun pandan masa puasa ni. Sekali lagi diingatkan bahan y ni versi ekspres, bukan niat nak lawan katira asli sekadar buat pelepas dahaga berpuasa. Maaf kalau ada tersalah dalam berkongsi resepi. 😊
Kredit Siti Hajar Mat Rasit