Buat Semburan Dari Air Nasi, Bantu Jadikan Tanaman Lebih Subur & Cili Berbuah Lebat!

Share

Sedang kita bercucuk tanam di laman rumah, selain perlu disiram setiap hari  ada beberapa perkara lain perlu dilakukan.

Ini bertujuan  untuk memastikan pokok yang ditanam hidup subur nak tak nak perlu juga kita memberi tumpuan dalam usaha mengawal daripada serangga perosak.

Lazim ada yang memilih cara mudah, dengan membeli racun kawalan serangga yang ditawatkan dipasaran. Namun tahukah anda cara yang lebih mudah dan selamat untuk anda sendiri hasilkan racun organik.

 

 

Percaya atau tidak, dengan hanya menggunakan lebihan nasi yang dimasak, anda sudah boleh menghasilkan ramuan untuk membantu pokok tanamam hidup subur dan bebas serangga perosak.

Menariknya bila kita hasilkan sendiri semburan serangga menggunakan lebihan nasi ini, kita sendiri rasa lebih yakin untuk menggunakan hasil tuaian untuk dijadikan hidangan untuk keluarga tanpa was-was kesan daripada racun kimia.

Ini sebagaimana apa yang dipraktikkan oleh Tieok Eng yang dikongsikan di salah satu group berkebun di facebook.

“Pokok cili ini dan subur dan lebat berbuah selepas sembur dengan racun buatan sendiri. Selain untuk pokok sayur, boleh guna pada pokok bunga juga”

“Sengaja masak nasi lebih untuk buat homemake racun untuk ulat putih2 jimat dan yang penting sayur2 yang nak dimakan selamat dari racun yang bahaya pada manusia”

Turut dikongsikan cara untuk menyediakan racun yang dihasilkan olehnya untuk panduan bersama.

Langkah 1 : Ambil tiga senduk nasi, ramas-ramaskan.

 

 

Langkah 2 : Masukkan nasi tadi dalam botol plastic dan campur dengan air cucian beras yang pertama. Jangan letak penuh supaya tak meletop.

Langkah 3 : Simpan selama seminggu atau lebih. Selapas itu boleh terus guna tanpa perlu dicampur air.

Mengamalkan cara ini dalam kawalan serangga perosak pada tanaman dapat menjamin sayur-sayuran yang ingin dimakan lebih selamat, tiada bahan kimia.

 

Ekstra tip : Racun semburan ini boleh digunakan secara rutin  dan sangat bagus digunakan untuk merawat pokok yang ada ulat putih .

 

Sumber : Tieok Eng

 

Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.

ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!