Sedang kita bercucuk tanam di laman rumah, selain perlu disiram setiap hari ada beberapa perkara lain perlu dilakukan.
Ini bertujuan untuk memastikan pokok yang ditanam hidup subur nak tak nak perlu juga kita memberi tumpuan dalam usaha mengawal daripada serangga perosak.
Lazim ada yang memilih cara mudah, dengan membeli racun kawalan serangga yang ditawatkan dipasaran. Namun tahukah anda cara yang lebih mudah dan selamat untuk anda sendiri hasilkan racun organik.
Percaya atau tidak, dengan hanya menggunakan lebihan nasi yang dimasak, anda sudah boleh menghasilkan ramuan untuk membantu pokok tanamam hidup subur dan bebas serangga perosak.
Menariknya bila kita hasilkan sendiri semburan serangga menggunakan lebihan nasi ini, kita sendiri rasa lebih yakin untuk menggunakan hasil tuaian untuk dijadikan hidangan untuk keluarga tanpa was-was kesan daripada racun kimia.
Ini sebagaimana apa yang dipraktikkan oleh Tieok Eng yang dikongsikan di salah satu group berkebun di facebook.
“Pokok cili ini dan subur dan lebat berbuah selepas sembur dengan racun buatan sendiri. Selain untuk pokok sayur, boleh guna pada pokok bunga juga”
“Sengaja masak nasi lebih untuk buat homemake racun untuk ulat putih2 jimat dan yang penting sayur2 yang nak dimakan selamat dari racun yang bahaya pada manusia”
Ads
Turut dikongsikan cara untuk menyediakan racun yang dihasilkan olehnya untuk panduan bersama.
Langkah 1 : Ambil tiga senduk nasi, ramas-ramaskan.
Langkah 2 : Masukkan nasi tadi dalam botol plastic dan campur dengan air cucian beras yang pertama. Jangan letak penuh supaya tak meletop.
Langkah 3 : Simpan selama seminggu atau lebih. Selapas itu boleh terus guna tanpa perlu dicampur air.
Mengamalkan cara ini dalam kawalan serangga perosak pada tanaman dapat menjamin sayur-sayuran yang ingin dimakan lebih selamat, tiada bahan kimia.
Ads
Ekstra tip : Racun semburan ini boleh digunakan secara rutin dan sangat bagus digunakan untuk merawat pokok yang ada ulat putih .
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Orang nampak yang indah-indah dan memuji dek kehebatan mereka menerajui bisnes hingga berjaya seperti sekarang. Namun, di sebaliknya hanya Dyana Roslan, 32 dan suami Shah Hafiz Borhanuddin, 32 yang tahu pahit maung dan keperitan untuk mencipta nama sekali gus memperkenal label DYXY di mata pengguna. Yang penting hati kena cekal, jiwa kental dan usaha gigih tanpa ada istilah putus asa.
“Sebelum ini sudah banyak bisnes yang saya ceburi namun tidak berhasil. Jatuh bangun itu ibarat perkara biasa. Merata tempat termasuklah pasar malam, pasar tani dan sebagainya yang saya pergi semata-mata untuk menjual barang.
“Daripada barang biasa hinggalah kepada bisnes import eksport, namun masih tidak ada rezeki. Sehinggalah suatu hari saya mengikut isteri (Dyana) turun padang berniaga di tapak perniagaan. Saya cuba-cuba menjual produk kepada orang yang singgah di booth memandangkan isteri sibuk mengadakan demo mekap.
“Tidak sangka ramai yang tertarik dan faham penerangan yang saya berikan. Jadi, daripada situ saya terfikir apa salahnya kalau keluarkan produk jenama sendiri. Waktu keluarkan produk DYXY, kami baru dikurniakan dua orang cahaya mata. Walaupun terpaksa mengusung mereka ke sana ke mari, namun demi kehidupan yang lebih baik dan masa depan anak-anak kami nekad.
“Alhamdulillah, Tuhan membantu dan sedikit demi sedikit orang mula kenal dan jatuh hati dengan jenama DYXY. Waktu itu, kami hanya bermula dengan satu BC Cream sahaja, tetapi kini kami sudah punya beberapa produk termasuklah DYXY Green Tea Mineral Face Mist, DYXY Face Brush, Curve Fibre Mascara dan DYXY Matte Lipstick,”ujar Shah Hafiz mengakui pernah jatuh terduduk dalam bisnes dan diistiharkan muflis hingga segala kebebasannya tersekat untuk bergerak ke mana-mana.
Kahwin dalam usia muda
Syukur, dia punya isteri yang cukup setia, prihatin dan tidak putus asa. Biarpun berkahwin dalam usia yang masih muda, 21 tahun dan masih mentah, namun pasangan ini sangat cekal dan tabah mengharungi segala dugaan.
“Kami kenal di usia 18 tahun dan keputusan untuk berkahwin mendapat restu daripada keluarga. Cuma, rezeki untuk dikurniakan anak sedikit lambat. Selepas 4 tahun baru kami bergelar ibu dan ayah. Mungkin Dia mahu melihat kami mencipta kejayaan dalam dunia bisnes terlebih dahulu.
“Alhamdulillah, selepas kelahiran anak pertama dan kedua, rezeki mencurah-curah. Walaupun anak masih kecil namun kami gigih berniaga dan jenama DYXY muncul tatkala bidang kosmetik berkembang maju.
“Tidak dinafikan, kami perlu berhadapan dengan pesaing yang hebat-hebat namun saya dan Shah percaya, rezeki masing-masing. Alhamdullilah sejak ditubuhkan pada penghujung 2016, penerimaan masyarakat pada setiap produk keluaran DYXY cukup menggalakkan.
Usahawan zero kepada hero
Jujur mengakui kejayaan yang mereka kecapi bukan semata-mata usaha berdua sahaja, sebaliknya ada team yang turut membantu dan menyokong kuat dari belakang.
“Sokongan dan doa famili juga Antara pencetus kejayaan. Disebabkan itulah sudah pernah melalui jatuh bangun dalam dunia bisnes, kami terfikir apa salahnya jika membantu usahawan lain yang berminat dalam bidang ini tetapi tiada pengalaman dan modal. Setakat ini, hampir 50 hingga 60 orang usahawan yang berjaya telah dilahirkan dalam masa kurang dari setahun.
“Kami juga sentiasa membuka peluang dan memberi hak kepada setiap orang yang begitu obses dengan bidang ini untuk bergelar usahawan yang berjaya.
Oleh itu, saya dan suami memilih untuk membuka Akademi DYXY sebagai salah satu strategi untuk membina jaringan agar produk lebih pantas dikenali di seluruh negara seterusnya ke luar negara. Akademi ini juga bertanggungjawab melahirkan usahawan yang zero kepada hero,” ujar Dyana sambil memberitahu, produk Dyxy mengaplikasikan teknologi hebat daripada Korea.
Sukakan kecantikan
Berganding bahu berdua dalam menaikkan nama produk Dyxy, akui Dyana baik dia mahupun suami mempunyai tanggung jawab masing-masing. Suaminya merancang dan menguruskan tentang strategi pemasaran dan sebagainya, manakala Dyana pula lebih kepada hal-hal berkaitan produk.
“Kelebihan memiliki kemahiran dalam bidang kecantikan satu bonus buat saya. Sementelah saya sendiri memang sangat sukakan kecantikan. Jadi, ini membolehkan saya memahami selok belok dalam bidang ini.
“Pada saya bekerja dengan ahli keluarga sendiri lebih mudah. Mungkin ada yang beranggapan suami isteri tidak boleh bekerjasama nanti akan bermasam nmuka. Tetapi kami sebaliknya. Bukan sahaja saling bertukar pendapat, malah kami akan mengingatkan satu sama lain andai ada hal yang terlepas pandang.
“Selain itu, memudahkan kami untuk berurusan dengan orang luar. Tidaklah perlu tinggalkan anak atau suami di rumah. Sebaliknya ke mana saja kaki melangkah, kami bersama-sama satu keluarga. Ini juga membolehkan hubungan kekeluargaan lebih erat dan rapat,”ungkap Dyana sambil memberitahu Shah yang memilih DYXY, simbolik nama Dyana sendiri iaitu DY, manakala XY adalah jenama kegemaran Dyana sejak zaman remaja lagi.
Sehingga kini, produk DYXY bukan sekadar ‘meletup’ di pasaran Malaysia, bahkan juga di Singapura dan Brunei. Terbaru, produk DYXY mula memasuki pasaran di Indonesia. Justeru, pasangan sama cantik sama padan ini gigih merencanakan pelbagai strategi selain turut menggunakan pendekatan yang sama untuk memastikan produk ini diterima baik masyarakat di sana.
Angkut anak
Kesibukan ke sana ke mari atas urusan kerja bagaimana pun tidak menyebabkan mereka mengabaikan anak-anak. Sementelah ketiga-tiganya masih kecil. Shah Farrel Islam, enam tahun, Shah Dazrin Islam, empat tahun dan Shah Andrez Islam, empat bulan juga tidak banyak karenah dan seolah-olah faham akan situasi kerja ibu bapa mereka.
“Rutin harian kami sebelum keluar adalah menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah. Jika ada masa terluang kami akan bawa mereka bercui dan jalan-jalan. Malah, ada ketikanya jika perlu kami angkut sekali anak-anak untuk turut serta.
“Walaupun masih kecil, mereka tak banyak songeh dan faham, Tapi biasalah budak-budak ada masanya buat perangai juga, meragam dan merajuk jika ditinggalkan. Tetapi apabila cakap baik-baik, mereka boleh terima,” ulas Dyana yang turut membela kucing dan mereka satu keluarga sangat memanjakan kucing sehingga sanggup menyediakan bilik khas untuk kucing-kucing ini tinggal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibadah korban adalah satu ibadah sunah yang pernah dilaksanakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW.
Dalam melaksanakan ibadah ini, ia turut mempunyai hikmah dan pengajaran yang besar buat semua.
Selain ganjaran pahala, ia menjadi penerapan nilai insan untuk kita mengingati mereka daripada golongan yang susah, fakir dan miskin dengan memberi sedekah.
Berikutan itu penyanyi kecil molek, Nabila Razali tidak melepaskan peluang turut menunaikan ibadah korban pada tahun ini.
Memetik daripada Harian Metro, difahamkan ini merupakan kali kedua Nabila dan keluarga membuat korban secara individu berbanding sebelum itu berkongsi bahagian dengan orang lain.
“Tahun ini saya ada rezeki lebih. Jadi saya dan keluarga buat korban seekor lembu di kampung emak saya di Pulau Sebang, Melaka,” kata penyanyi dan pelakon Nabila Razali.
Menurutnya, ini kali kedua keluarganya membuat korban secara individu berbanding sebelumnya berkongsi bahagian dengan orang lain.
“Kali ini memang seluruh keluarga saya turun padang untuk melapah. Petang-petang sedikit baharulah orang kampung datang untuk memeriahkan keadaan.
“Alhamdulillah… kita pun dah boleh beraya macam biasa. Itu yang saya buat agar sambutannya lebih meriah dengan pasang khemah dan sebagainya.
“Seperti biasa keutamaan daging ini akan diagihkan kepada asnaf, fakir miskin dan anak-anak yatim manakala sebahagiannya akan dimasak untuk dimakan beramai-ramai,” katanya yang akan melayan peminat yang datang beraya.
Menurutnya, tiada istilah artis apabila dia turun padang terbabit dengan korban.
“Hari ini bukan hari bekerja tapi hari untuk saya bersama dengan keluarga. Saya sendiri akan melapah dengan sanak saudara.
“Bukan setakat beraya tapi saya pun nak panjatkan kesyukuran atas rezeki yang saya dapat selama ini untuk saya salurkan kepada mereka yang memerlukan.
“Insya-Allah jika ada rezeki, saya akan buat korban lagi tahun depan dengan jumlah lembu lebih lagi,” katanya yang akan berangkat ke Kuching, Sarawak esok untuk memenuhi undangan menjayakan persembahan.
Buat anda yang telah pun menanam pokok cili, mesti pernah mengalami pokok yang ditanam diserang serangga perosak yang mengakibatkan daun pokok bertompok-tompok putih dan sekali gus menyebabkan daun berkerinting dan menjadikan pokok tidak subur.
Bena putih ini sangat gemar berada di bawah daun pokok cili. Jika tidak dikawal dari awal akan menyebabkan pokok cili yang ditanam mati akhirnya.
Sebenarnya banyak petua dan kaedah untuk membasmi bena putih tersebut, dan salah satu yang boleh digunakan adalah dengan kaedah yang dikongsikan oleh Sabariah ini.
Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan tanpa menggunakan modal malah apa yang lebih penting, ia cukup berkesan.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Pokok cili kecil lagi tapi daunnya dah kena serang. Siap ada bena putih lagi banyak duduk kat belakang daun.
Hari tu sab ada terbaca ada orang share cara nak elakkan daun pokok cili kena bena putih, elak daun kerinting dan bergulung-gulung.
Banyak versi sebenarnya. Tapi sab guna cara ni sebab barang mudah nak dapat. Murah pulak tu..ehehe. Sab dah try Alhamdulillah menjadi.
Korang nak tahu caranya boleh tengok kat gambar.
1. Sebelum masak nasi kita basuh beras dulu. Air basuhan itu jangan buang. Boleh buat baja.
2. Simpan air basuhan beras yang pertama dan yang kedua.
3. Simpan dalam botol. Boleh biarkan sehari dua.
4. Lepas dah dibiarkan dalam sehari dua, tuang air basuhan beras ke dalam botol spray.
5. So, bolehlah kat tanaman. Kat depan dan belakang daun. Spray jugak kat batang pokok cili dan tanah.
6. Inilah hasilnya dari pokok cili kecil sampailah besar saya spray dengan air basuhan beras. Daun cili cantik dan serangan serangga pun kurang. Kena buat selalu baru menjadi.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.