Rupanya mudah sahaja kalau nak buat sawi masin atau sawi jeruk ini yang enak dicampurkan dalam pelbagai resipi seperti asam pedas, gulai lemak, tumisan sayur, sup dan sebagainya.
Menariknya bila buat sendiri sawi masin ini bukan sahaja kebersihannya terjamin malah kita juga dapat tentukan pemilihan sawi yang segar.
Jadi buat yang pertama kali teringin mencuba untuk buat sendiri, bolehlah lihat langkah demi langkah di bawah ini.
Bahan-bahan :-
Sawi pahit
Air cucian beras ke 2
Garam
Cara-caranya :-
1) Rendam dengan air garam & cuci dulu sayurnya..
Ads
2) Dah tue boleh la jemur…lagi terik matahari lagi bagus…biar sayur jadi layu…
3) Dah layu,boleh ambik dari jemuran & cuci semula sayur…
Ads
4) Lumur dengan garam ye…agak-agak je…jangan sikit sangat juga…
5) Masukkan dalam air beras cucian ke 2…
Ads
P/s : Ini penting…semalam call mak saya dia cakap sehari lepas buat,kena pusing-pusing sayur dalam air beras tue…hari-hari buat ye…kalau suka makan pahit-pahit, 3 hari dah boleh makan dah hamchoi…tapi kalau tak nak pahit, dalam seminggu macam tue…hari-hari kena pusing-pusing sayur dalam air beras tue ye…kalau tak nanti sayur masin tue jadi buruk mak cakap…doakan mak saya murah rezeki & sihat-sihat selalu ye…
Owh ye…ramai tanya nak makan macam mana…
Nie cara saya ye…sebelum tue cuci dulu…hiris nipis-nipis,tumis bawang,cili kemudian masuk sawi jeruk tadi…then last sekali telur…saya tak letak garam dah sebab dah masin kan sayurnya…lepas tue makan dengan nasi panas-panas…adoyaiii…2 – 3 piring juga la makan…
Ada juga buat sup dengan sawi masin nie…ada masuk dalam asam pedas…
sumber ; Ila Suhaili via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak PKP ramai yang suka memasak daripada membeli juadah di luar secara atas talian.
Salah satu menu kegemaran ramai adalah ayam goreng. Kebiasaan kita akan perap ayam hanya kunyit dan garam. Namun menerusi facebook ini kita belajar resipi untuk membuat ayam goreng ala McD.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Bahan
Tepung gandum
Tepung goreng bestari (pedas)
Tepung beras
Serbuk Cili Ayam
Cara Penyediaan:
1. Campur tepung bestari, tepung beras, serbuk cili dan udara (jangan terlalu cair dan terlalu pekat). Bancuh sehingga sebati
2.Campur tepung bestari, tepung beras, tepung gandum dan sedikit serbuk cili tanpa air sampai sekata.
3. Perapkan ayam dalam bancuhan tadi selama sejam dalam peti ais.
4. Gaul ayam yang diperap tadi dalam bancuhan tepung yang kering.
4. Gaul ayam yang diperap tadi dalam bancuhan tepung yang kering.
Dah siap! Rasa pedas macam ala ayam goreng McD. Selamat mencuba.
Sumber: Lina Liyana
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila di rumah, ibu bapa pastinya mahu meluangkan masa bersama anak dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Memasak antara aktiviti yang sangat sesuai untuk dilakukan bersama seisi keluarga.
Jangan bimbang, pencuci mulut boleh dijadikan menu masakan yang boleh dilakukan bersama anak di dalam rumah sahaja. Dengan perkongsian resipi daripada Hafidz Ahmad yang sangat bermanfaat ini, anda semestinya perlu mencubanya.
Bukan cream puff biasa, tetapi resipi kali ini membawa sedikit kelainan kerana selain daripada rasanya yang sedap, lemak dan berkrim, warnanya juga sangat menarik dan cantik untuk dihias. Selamat mencuba.
Didihkan air bersama butter, emulco hijau dan pewarna hijau. Perlahankan api dan masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati adunan tersebut dan membentuk segumpal adunan.
Biarkan sejuk sekejap adunan tersebut 5-10 minit dan masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit. Adun hingga sebati.
Paipkan adunan menggunakan piping beg dgn acuan semprit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak. Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff ini akan mengembang dan jarakkan kedudukannya. Tekankan peak yang terbentuk di pusaran adunan supaya tidak hangus/garing nanti.
Sebelum dibakar spray dahulu permukaan puff tu dengan air.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar 20-25 minit sehingga bertukar warna perang keemasan.
Putarkan instant custard, UHT whipping cream dan air sejuk dan gula melaka-ketepikan
Dalam bekas lain, putarkan fresh cream hingga soft peak. Kemudian masukkan campuran custard tadi dan putar hingga kental. Masukkan cendol dah kaub balik sahaja
Filling disaran kan buat terlebih dahulu dan smpn dlm peti supaya betul-betul kental baru snang paip.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...