Buat Satay, Bakar Dalam Oven Je. Nak Rasanya Lagi Umph, Ikut Resipi Turun Temurun Dari Keluarga Ni!

Share

Ciptakan keseronokan hujung minggu ini bersama keluarga dengan menyediakan menu satay yang menjadi kegemaran anak-anak dan seisi keluarga. Menariknya juga melalui perkongsian daripada puan Nur Husna ini, satay yang dimasak olehnya tidak perlu dibakar di atas arang tetapi memadai di dalam oven sahaja.

Dan ini perkongsiannya.

Saja nak kongsi hari ni buat satay resepi turun temurun dari mak tapi kita bakar guna oven, maklum la duduk rumah banglo 5 tingkat mana nak bakar guna arang! Dulu-dulu masa saya kecil mak pernah berniaga kedai kopi kat rumah, seminggu sekali je mesti buat satay selain menu utama yang lain, sekarang time raya pun kalau kami adik beradik turun raya rumah mak mesti wajib buat.

Sini saya serta kan resepi satay versi mak saya yer.. Tapi kalau dapat guna arang lagi sedap bau api tu,mana yang susah nak bakar guna arang tu boleh la guna cara macam saya ni, bakar guna oven pon boleh tau.

Resepi satay untuk 1 ekor ayam:

-ayam 1 ekor siang asingkan tulang dr isi (kalau korang nak senang beli yang bahagian isi je senang takyah asing tulang dah,tinggal potong-potong kecil je. Tapi saya suka ada bahagian kulit-kulit sikit, bila makan tak jemu)
-basuh bersih-bersih toskan bagi kering air.
-potong sedang-sedang seinci dua jangan terlalu kecil dan jangan besar sangat untuk senang cucuk nanti.

Bahan perapan:

Serai 5 btg
Jintan manis 4 sudu makan
Jintan putih 3 sudu makan
Gula merah segenggam
Gula pasir 4 sudu makan
Kunyit 1 sudu teh
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Sangai sekejap 2 jenis jintan tadi sampai naik bau, jangan sampai garing nanti pahit, lepas tu tumbuk halus.
2. Serai racik dan tumbuk lumat
3. Gaul semua bahan 1 per 1 pada ayam yang dah siap potong tadi
4. Gaul sampai sebati
5.Perap semalaman dalam peti
6. Esok nya cucuk pada lidi dan boleh la dibakar
7. Saya guna suhu 150c(ikut oven masing2) timer tu saya tak tetapkan sebab boleh tengok-tengokkan dan pusing-pusing satay tu bagi masak sekata.

Resepi kuah kacang

Bahan-bahan: 
kacang tanah 400gram (digoreng minyak dlm 3sudu lepas tu tumbuk)
bawang besar 2 biji (kisar)
bawang putih 3 ulas (kisar)
cili boh 4 sudu
serai 2 batang (diketuk)
gula merah 3 sudu
gula putih 3 sudu
garam & perasa
air ikut nak pekat @ cair

Cara-cara:
1. Tumis bebawang tadi sampai naik bau,masukkan cili boh, tumis sampai naik minyak,masukkan serai.
2. Masukkan kacang tanah yang dah ditumbuk tadi dan masukkan air.
3. Masuk semua bahan yang tinggal.
4. Masak sampai naik minyak.

– Tips –


*Nak lagi sedap dan basah-basah je satay kita tu, ambil air perapan yang lebihan tu campur dengan minyak sikit.. Masa bakar nanti buka la kejap oven untuk kita sapu-sapu kat satay tu..guna serai ye titik kan pangkalnya.

*satay ni sedap manis-manis gitu,kena dengan kuah pedas-pedas manis camtu.

*lidi saya rendam dengan air dulu untuk elak terbakar.

sumber : Nur Husna Syahira Mohamed via MAHN