Lazimnya hidangan satay adalah menu yang wajib ada di pagi raya. Menu ini sememangnya menjadi kegemaran ramai yang enak dimakan bersama nasi impit atau ketupat nasi atau pulut.
Jika dahulu hidangan satay akan dibakar di atas bara api (dapur arang) kemudian di renjis sedikit minyak serta kena sentiasa balik-balikkan. Selain itu, ada juga cara masak satay dalam oven dengan api atas bawah. Semakin mudah cara nak masak satay.
Manakala menerusi facebook, Riena Eris
berkongsi resipi bakar satay dengan menggunakan air fryer. Tak perlu menggunakan arang atau oven. Selain tu, rasa pun sedap!IKUTI PERKONGSIAN INI
1st trial homemade satay ayam dan daging versi air fryer di musim pkp puas hati.
Kalo tak de af bako cam biase je ye pakai arang atau pun dalam oven
Tips nak dapat kan satay cantik berkilat, balik-balik satay dan sapukan madu, air dan minyak serai sikit.
Resepi Satay
Isi ayam 1kg potong kiub
Daging lembu 1/2 kg potong kiub
Bhn blend
Bwg putih 5
Bwg besar 1
Halia 2 inci
Serai 4
Blend semua bhn kt ats then bahagikan 2 bekas tuk ayam & daging
2 sb jintan manis
Cara penyediaan:
Perapkan semua bahan-bahan tadi ke ayam ngan daging yg dipotong kiub sebatikan perap semalaman dalam peti ais lagi lama perap lagi sedap
Cucuk satay dgn lidi & bakar dlm air fryer 40 minit suhu 180-200c
Mudah Aje Buat Kuah Kacang
Selamat mencuba.
Sumber: Riena Eris