Jika berpuluh tahun menggunakan set sofa yang sama, tentu fabriknya sudah nampak kusam. Andai ingin ditukar baharu, kosnya pula boleh tahan, cecah ribuan ringgit.
Mencari alternatif, apa kata kita lakukan diy sepertimana yang dikongsikan oleh Ya Mieza. Terbukti kos yang diperlukan jauh lebih murah dan hasilnya memang puas hati dan nampak wow.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum.. w. b. t.. disini saya ingin kongsikan gambar cara-cara saya memperbaharui fabrik sofa yang telah tular hasil perkongsian saya di sebuah group deko.
Bukan saja cantik malah menjimatkan…Benda bole buat sendiri.. buat apa nak tempah…
Ini gambar step by step pasang sarung sofa. Harap dapat membantu rakan-rakan.
Material kain english cotton 3+2+1 seater menggunakan 21 meter kain.
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bersasar khusus kepada golongan yang memerlukan.
Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengumuman hari ini, golongan itu pertamanya, bagi individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun ini dan masih belum mendapat pekerjaan baharu akan menikmati moratorium lanjutan bersasar bagi tempoh tiga bulan.
Selepas tiga bulan menurutnya, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.
“Kedua, bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat koronavirus (Covid-19), bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman.
“Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji.
“Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan,” katanya dalam sidang media hari ini.
Di samping itu Muhyiddin berkata, bank telah memberikan komitmen untuk membantu semua peminjam individu atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau yang bekerja sendiri.
Namun menurutnya, ia bergantung kepada situasi peminjam dengan bantuan yang ditawarkan termasuk membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa ditetapkan.
“Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan atau memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.
“Bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli
“Contohnya, memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan lebih rendah,” katanya.
Kerajaan pada Mac lalu mengumumkan pelaksanaan moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan bermula April sehingga September ini.
Langkah itu diambil bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19) apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Risau tanaman layu dan mati gara-gara tidak disiram air? Apa lagi jika anda sekeluarga nak pulang ke kampung atau pun hendak bercuti panjang, satu hal pula nak memikirkan tanaman yang dibiarkan tidak bersiram.
Jangan pening kepala lagi, sebelum balik kampung atau bercuti ada baiknya ada cuba buat bekas tanaman yang boleh disiram air sentiasa, seperti yang dikongsikan oleh Umam Agro di facebook.
Banyak manfaatnya untuk kita dan paling penting tanaman kita masih dapat bekalan air secukupnya untuk tempoh yang lama. Jom cuba.
DIY Dari Bekas Serba Guna
Musim cuaca panas ni kadang-kadang bila kita terlupa siram habis layu pokok sayur kita. Nah cuba buat ni. Cuba buat satu dulu kalau menjadi baru buat banyak-banyak tau.
PERINGATAN :
Untuk memastikan tanaman yang hendak dimakan ini fully organic, bila nak buat DIY ini gunalah bekas terbuang yang diisi bahan makanan, bukan tong cat ke apa ke. Paip PVC tu pun gunalah yang kaler putih (untuk saliran air dirumah). Jangan guna PVC untuk
elektrikal.
Bahan-Bahan :
Bekas sesuai bersaiz 38′ – korang gunalah apa-apa bekas yang sesuai dengan saiz yang dicadangkan
4″ paip saliran beralun yang berlubang
1-1/2″ paip PVC
Tanah
Caranya:
Ini bahan-bahan yang diperlukan. Ingat guna paip pvc air bukan yang guna untuk elektrikal.
2. Potong drainage ni ikut saiz bekas yang korang gunakan. Kalau tak faham tengok gambar sampai habis dulu.
3. Bila dah potong ikut bekas, potong pula hujung dia tu ikut saiz paip pvc tadi.
4. Potong ikut saiz paip pvc.
5. Ni contoh bekas yang digunakan.
6. Tebuk lubang untuk tujuan over-flow. Ukuran 4″ dari bawah.
7. Ngam tak.
8. Potong paip PVC ikut ketinggian bekas. Pandai-pandailah korang. Jangan sampai terjulur keluar nanti tak cantik tapi mesti melebihi ketinggian tanah. Dah ukur, potonglah.
10. Masa untuk susun dan pasang.
11. Susun barang tu macam dalam gambar. Masukkan tanah dan semai benih.
12. Dah siap.
13. Penuhkan air dalam tiub PVC tadi sehingga air melimpah keluar dari lubang overflow yang ditebuk pada bekas tadi.
Setiap antara kita pasti ada impian ingin dicapai dalam hidup ini, agar dapat mengecapi bahagia di dunia dan akhirat.
Selain perlu berusaha untuk merealisasikan impian, pastinya juga mengharapkan doa yang dipohon dari Allah dimakbulkan.
Menyentuh tentang doa, ustaz Khairul Anuar Basri ada jelaskan ada 4 perkara ini wajib ada dalam doa kita.
Apakah itu, jom baca perkongsian daripadanya.
4 benda yang wajib ada dalam doa kita. 4 benda ni wajib kena selalu minta dengan Allah :
Rahmat
Tanpa rahmat Allah, siapa la kita. Dengan rahmat Allah juga, manusia masuk syurga.
Rahmat ni macam blessing la. Restu dari Allah. Bila Allah restu, segala kerja buat kita jadi lancar. Bila Allah restu, takde masalah yang tak boleh diselesaikan.
Bahasa orang muda, rahmat macam payung. Ke mana kita pergi, apa kita buat, semuanya dalam perlindungan Allah.
Nikmat
Banyak benda boleh jadi nikmat. Kadang-kadang kecil, kadang-kadang besar. Kadang-kadang kita nampak, kadang-kadang tidak. Kadang-kadang benda kita suka, kadang-kadang benda yang kita benci.
Tanpa nikmat, hidup jadi tak lengkap. Hanya dengan nikmat saja, kita akan rasa senang. Senang diri, senang hati. Semua tu nikmat dari Allah.
Jadi kena minta Allah bagi kita nikmat. Nikmat dunia dan nikmat akhirat.
Hidayah
Ini benda yang sangat penting. Nikmat dalam iman dan Islam. Nikmat berada di jalan yang benar lagi lurus. Nikmat yang didambakan oleh seluruh manusia di alam ini.
Jangan take for granted. Mentang-mentang kita dah lahir sebagai Islam, Allah bagi hidayah kat kita. Tak semestinya begitu.
Sebab tu Allah ajar kita selalu supaya minta Allah tunjukkan kita jalan yang lurus. Walaupun kita dah pun dalam agama Islam.
Hidayah itu milik Allah. Dia boleh bagi kat siapa Dia nak bagi. Dia juga boleh cabut hidayah dari siapa yang Dia nak cabut.
Siapa yang Dia bagi hidayah, tiada siapa lagi yang boleh menyesatkan. Siapa yang Dia sesatkan, tiada siapa lagi boleh memberinya hidayah.
Taufiq
Taufiq ni bahasa mudahnya ialah kekuatan. Istiqamah dalam melakukan kebaikan dan pahala adalah contoh kekuatan.
Bukan senang nak jaga iman. Bukan senang nak jaga solat. Bukan senang nak jaga diri dari buat benda haram. Bukan senang nak jaga hati dari riya’, ‘ujub, takabbur dan tidak ikhlas.
Sebab tu kena minta taufiq dari Allah. Kita ni tiada daya tiada upaya melainkan dengan izin Allah. Maka selalu la minta Allah perkuatkan diri kita. Agar kita kuat buat apa Allah suruh dan kuat untuk tinggal apa yang Allah larang.
Ya Allah, rahmatilah hidup dan mati kami.
Ya Allah, kurniakan nikmat kepada kami di dunia dan akhirat.
Ya Allah, campakkan hidayahMu kepada kami dan janganlah engkau palingkan hati kami setelah diberikan kepada kami hidayahMu.
Ya Allah, berilah kami taufiq agar kami kuat dengan segala macam cabaran di dunia. Hanya kepadaMu kami berserah dan bertawakkal.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.