Siapa pernah makan Sambal Tempe Rangup pastu tahu keenakan rasanya.
Walau hanya dimakan begitu sahaja, sebalang pun boleh dihabiskan tanpa sedar. Apatah lagi jika dimakan dengan nasi, memang cukup menyelerakan.
Pun begitu, tak semua pakar sediakan menu ini. Apa yang terjadi, ramai kecewa bila mendapati tempe, ikan bilis hatta kacang tidak rangup bila digigit.
Hakikatnya ada tip yang perlu ‘dipatuhi’ untuk sediakan menu ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Noryussyairah. Jom semak.
Selamat tengahhari semua. Beberapa hari lepas ada yang tanya Ira macam mana nak buat sambal tempe rangup kriuk kriuk, tak lembab macam masuk angin.
Actually sebelum ni pun ramai gak tanya Ira tips buat sambal tempe. And now baru Ira terfikir, ramai lagi kot yang tak tau macam mana buat sambal tempe rangup dan tak sougy.
Diorang tanya Ira bukan sebab ira terer masak, tapi sebab mama keturunan jawa. Diorang slalu beli sambal tempe mama. Jadi dorang tau mama buat sambal tempe memang sedap! hehe
So harini Ira kongsikan
6 TIPS SAMBAL TEMPE RANGUP DAN TAHAN LAMA.
1) GUNA CILI KERING BLEND
– Cili kering tu korang blend jangan blend dengan air yang sikit. Contoh cili kering korang HALF jug blender tu, air plak bagi lebih sikit dari half tu. Baru la cili kering hancur betul-betul and senang untuk blender tu pusing. Pastu guna cili kering yang pedas. Nak campur yang tak pedas boleh jugak, tapi pastikan cili pedas lagi banyak dari cili yang tak pedas.
2) TEMPE, KACANG dan IKAN BILIS
Ads
goreng asing
– Tempe mentah, kacang dan ikan bilis tu korang kena goreng dulu dan GORENG ASING-ASING.
Goreng tempe sampai garing, pastu goreng kacang tanah, last goreng ikan bilis. Ketepikan.
Masa sambal tu dah almost siap nanti panas-panas kita gaul semua sekaligus. Baru la rangup setiap elemen sambal tempe kita. Gituuuuu.
3) BAWANG PUTIH dan BAWANG HOLLAND BLEND
– Bawang plak jangan guna bawang tumbuk. Blend jugak. Guna bawang PUTIH dan bawang HOLLAND, ok?
4) GULA
– Gula plak Ira guna guna putih je. Tapi, Ira pernah buat eksperimen guna GULAPONG. Seriously lagi sedap. Hehehe sorry ma, kakak derhaka resepi turun temurun!
Gulapong ni spesis gula melaka cumanya gulapong ni ada dekat Sarawak je. Boleh beli dekat Shopee ye kalau nak cuba gula tu.
5) BIG NO TO SOS CILI, SOS TOMATO ATAU SEGALA JENIS SOS!
– Nak buat sambal tempe, JANGAN sekali-kali guna sos. Mama and embah Ira memang tak pernah masukkan sos masa buat sambal tempe. Itu la antara sebab paling utama sambal tempe korang lembab.
6) POTONG TEMPE NIPIS-NIPIS
Ads
– Tempe tu jangan la segedabak tebal korang potong. Potong nipis, senipis yang boleh. Kalau nak nipis cantik guna pisau cutter. Dalam komen ada Ira update gambar. Nak sagat boleh tapi rasnaya hancur tempe tu nanti.
Itu la 6 TIPS utama kalau nak buat sambal tempe sedap dan rangup.
Actually, nak masak ni ikut je taste kita nak macam mana rasa makanan tu. Tapi mungkin dengan sedikit tips ni akan terlunas taste diorang yang macam Ira ni. hehe
NI pulak resepi sambal tempe mama Ira.
SAMBAL TEMPE MAMA IRA
BAHAN-BAHAN:
3-5 BUNGKUS TEMPE, POTONG NIPIS-NIPIS *
200G KACANG TANAH *
200G IKAN BILIS *
1 SENDUK BAWANG PUTIH BLEND
1 SENDUK BAWANG HOLLAND BLEND
3 SENDUK CILI KERING BLEND
1 SENDUK GULA PUTIH / GULAPONG
1 SENDUK MINYAK MASAK
GARAM SECUKUP RASA
(BAHAN BERTANDA * GORENG DENGAN MINYAK BANYAK, HINGGA RANGUP, SEJUKKAN.)
Ads
CARA-CARA :
1. GUNA API KECIL SETIAP MASA.
2. PANASKAN MINYAK. MASUKKAN BAWANG dan CILI KERING. TUMIS HINGGA BERTUKAR WARNA.
3. MASUKKAN GULA. MASAK SEHINGGA BETUL-BETUL PEKAT DAN LIKAT. API MESTI SENTIASA KECIL.
DAH PEKAT, MASUKKAN GARAM SECUKUP RASA.
LAST MASUKKAN BAHAN BERTANDA *. GAUL RATA-RATA. TUTUP API, SIAP. SEJUKKAN
Kalau ikut tips ni inshaaAllah tempe, ikan bilis n kacang tanah dalam sambal tu rangup sehingga 1 bulan dan ke atas.
Semoga membantu uolls la ok! Oh ya, Silakan share ye, manatau membantu orang yang tengah usaha nak rasa sambal tempe macam ni. Nanti next time Ira share CARA BUAT TEMPE DARI AWAL. Tak janji tapi Ira akan usahakan ye.
Walaupun raya lambat lagi, tapi apa salahnya kalau ibu-ibu nak cuba buat biskut yang satu ini. Boleh juga dimakan untuk hari biasa ni.
Kebiasaannya, ibu-ibu pasti akan pilih yang mudah nak buat dengan bahan yang simple. Lagi-lagi bagi anda yang baru belajar nak buat hidangan raya kan.
Kali ini admin sajikan resipi Biskut Makmur yang sememangnya antara biskut yang menjadi kegemaran orang ramai. Istimewanya resipi yang dikongsikan oleh saudari Rona Eryza ini sangat mudah, simple tapi sedap. Jom cuba!
BISKUT MAKMUR ( TANPA OVEN )
Bahan-bahan : 3 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula ising 1/2 cawan planta 1/2 minyak sapi ( kalau tak ada , boleh guna majerin ) 1 cawan susu tepung ( saya pakai sus Fernleaf )
Cara-cara : 1. Goreng tepung tanpa minyak dengan api yang perlahan . Kacau tepung sehingga kekuningan .
2. Seterusnya , cairkan minyak sapi dengan planta . Bila dah cair , biarkan sejuk . 3. Masukkan gula ising dan campuran planta serta minyak sapi ke dalam tepung . 4. Gaul rata sampai adunan boleh dikepal bulat-bulat .
5. Bila adunan siap dikepal , salut biskut tadi dengan susu tepung hingga rata .
6. Siap sedia untuk dinikmati .
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin ada yang merasa pelik malah tidak kurang yang terasa teruja bila ada yang berkongsi resipi menghasilkan kerepek daripada biji durian di media sosial. Maklumlah, durian harganya mahal dan kalau biasanya biji dibuang dan kini boleh dijadikan menu kudap-kudapan, pastinya bertambah memberi makna pada nilai wang yang dibelanjakan.
Tambah-tambah jika membeli durian Musang King, Duri Hitam, D24 dan sebagainya. Jadi alang-alang telah berbelanja lebih untuk membeli durian, usah membazir dengan membuang bijinya begitu sahaja.
Jom sediakan kerepek biji durian ini dengan cara yang dikongsikan oleh Puan Rozana Hashim AsSalihin, ujarnya “Makan durian, biji jangan buang! Boleh buat kudap-kudap hilang boring dan stress. Raya Haji pun tak kemana, Eloklah buat kerepek ni. Senang dan mudah.”
KEREPEK BIJI DURIAN
Cara buat :
1. Bersihkan biji durian. Kalau kau rajin buang kulit koko tu. Kalau tak rajin biarkan je lah.
2. Rendam air garam semalaman ok.
3.Esoknya, sagat biji durian nipis-nipis. Saya sagat pakai sagat tupperware tu, senang. Ni anak lelaki saya umur 12 tahun yang sagatkan. Mama dia duk basuh pinggan time ni.
Dah sagat, biarkan dalam sejam dua.
4. Selepas itu, boleh goreng dalam api perlahan, jangan perlahan sangat, nanti esok baru masak. Lama juga nak garing ni, jangan lupa untuk selalu kacau. Sebagai info, biji durian ni berlendir setelah disagat, anda goreng dengan lendir tersebut dan bila masak, lendir itu hilang.
5. Bila masak, kerepek ni akan rasa ringan bila kacau. Itu tandanya nak masak. Dan ini dah masak dan boleh angkat
6. Toskan dan tunggu sejuk sebelum boleh dimakan. Rasanya sedap, lemak-lemak.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Setiap anak berbeza ada yang cepat "pickup," ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan...