Buat Sambal Belacan Je Pun,Tapi Bila Dipuji Suami Lagi Bertambah Sedap Rasanya.Suami Ni Kongsi Pengalamannya!

Share

Perkongsian daripada suami ini ada betulnya tentang ragam orang perempuan bila dipuji oleh suami dalam bab menyediakan hidangan.

Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini.

Isteri saya pandai memasak. Ramai yang puji masakan dia. Tapi ada satu benda yang dia buat saya tak boleh makan. Benda tu ialah sambal belacan. Saya rasa sambal belacan dia ada sesuatu yang mentah.

Saya pernah tegur dia, saya cakap kenapa sambal belacan ni rasa mentah ? Dia jawab sambil merengus, “makan jela”. Jadi selepas itu saya tak makan dah kalau dia buat sambal belacan. Saya malas nak bergaduh. Sebabnya orang perempuan ni kadangkala 10x kita puji masakan dia, dia tak nampak. Tetapi yang kita tegur sekali tu lah yang akan berkesan dalam hati dia.

Selepas anak kedua saya dilahirkan, emak saya ada datang ke Istanbul menziarahi kami. Saya minta mak saya buatkan sambal belacan. Sebab saya memang suka makan sambal belacan emak saya buat. Lepas tu isteri saya mengomel pada mak saya yang dia selalu buat sambal belacan tetapi saya yang taknak makan.

Lama juga saya fikir macam mana nak bagitahu dia yang dia sebenarnya pandai masak, cuma saya memang tak boleh makan sambal belacan dia. Pada suatu hari saya dapat idea. Saya tunggu mood dia betul-betul ok. Kami sedang bersiap sedia untuk makan tengahari. Saya pun buat-buat seperti bercakap dengan anak-anak.

“Sedapnya umi masak, bestkan dapat makan sedap hari-hari. Tapi itulah, banyak-banyak yang umi masak, cuma satu je yang abi tak boleh makan, sambal belacan yang umi buat”. Lepas dengar saya cakap macam tu, dia senyum je sambil cakap “yela nanti umi buat sambal belacan macam abi suka”.

Percaya atau tidak dialog tersebut telah berlaku pada 2 tahun lepas. Dan baru-baru ini kami ada buat majlis rumah terbuka untuk komuniti Malaysia di Istanbul. Isteri saya ada buatkan sambal belacan, dan sambal belacan yang dia buat itu sangatlah sedap tidak terperi. Kalau tak percaya boleh tanya tetamu yang hadir baru-baru ini ke rumah kami.

Bulan depan cukup ulangtahun ke 5 perkahwinan kami. 2012 kami berkahwin, 2015 saya baru jumpa ayat yang betul untuk menegur dia dan 2017 baru saya dapat merasai sambal belacan yang sangat sedap. Itulah dia namanya perkahwinan. Bukan kahwin je terus ‘happily ever after’. Ada banyak perkara akan mengambil masa. Kadangkala sangat lama. Tambahan pula jika tidak bercinta sebelum kahwin.

Itu baru satu bab, bab sambal belacan. Belum bab-bab lain. Jika orang tanya apa itu perkahwinan ? Saya akan jawab “sumpah ! Perkahwinan adalah satu perjalanan yang sangat panjanggggg!” Perkahwinan bukan seperti drama pukul 7 petang. Bukan juga seperti yang dipamerkan oleh instafemas. Kita nak bahagia bukan sahaja depan kamera tetapi juga disebalik kamera.

*Berkahwin atau tidak, bercerai jadi duda atau janda, ada anak atau tidak, yang penting kedudukan kita disisi Allah SWT.

Sumber : Khalid Pattali