Sesekali kalau pergi pasar, mesti ada beli roti john kan? Dapat yang penuh isi, heavennya rasa!
Apa kata kali ni, kita buat sendiri je. Agak apa jadi ye kalau buat sendiri? Sedap ke tak macam jual kat kedai? Haaa nak tahu, jom lah buat guna resipi dari Ameera Rashid
ni. Dari terbiar roti buku atas meja tu, jom la kita transform jadi roti john. Mesti anak-anak kagum!HOMEMADE ROTI JOHN
Bahannya :-
Roti (tak kisah roti panjang atau roti buku)
Marjerin
Telor 2biji
Daging hancur 1/2keping
Kubis (dicincang)
Blackpaper
Serbuk bawang putih
Cara-caranya:-
1) Sapukan marjerin pada roti
2) Pecah telur ke dalam bekas, kacau rata. Telur 2biji ini untuk 5 keping roti
3) Kemudian masukkan daging kisar, kobis yang telah dicincang halus, serbuk bawang putih dan blackpepper. Gaul rata.
4) Ambil sedikit adunan tadi dan letakkan di bahagian atas roti yang telah disapu margerin tadi. Bakar atas pan dengan sedikit minyak.
5) Dah siap, boleh letak sos yang korang suka. Macam ni saya letak sos cili dan kewpie mayonis blackpaper n mushrooms. Siap untuk dihidang!
6) Hasilnye… Rupe xd la menawan… Tp rase sgt mewah… Sbb byk daging… 🤤🤤🤤