Bila teringin hendak masak sup, bahan utama yang perlu dibeli mestilah rempahnya sama ada di jual dalam bentuk bunjut, serbuk mahu pun pes. Ramuan rempah yang enak akan memberi rasa yang sedap pada hidangan sup yang ingin disajikan. Maka tidak hairanlah, ibu-ibu akan menambah beberapa lagi rempah ratus untuk memberi rasa lebih menyegat pada sajian sup yang ingin dimasak.
Namun, alang-alang terpaksa menambah beberapa ramuan tersebut ada baiknya kita sendiri hasilkan ramuan rempah sup mengikut selera keluaga kita. Lagi pun, bukannya sukar untuk menyediakan rempah sup ini dan menariknya juga cukup menjimatkan dan memudahkan.
Apa tidaknya, sekali buat bahan rempah sudah boleh dijadikan stok berbulan-bulan lamanya.
Nak tahu apa resipinya? Nni dia telah dikongsikan oleh Mas Lieyana, jom semak.
HOMEMADE SOUP PASTE
“Kalau buat sup..saya lebih suka buat rempah sendiri..rasa lebih ummph gitu…
Jimat woo…boleh tahan lama …simpan dlm fridge je…biasa buat boleh dpt 2. Bekas nutella…cuma kali ni upgrade sikit jadi bentuk kiub..comel gitu..haaa“- Mas Lieyana
REMPAH SUP HOMEMADE
Bahan-bahan
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil kfc lada hitam
1 sudu kecil kfc bunga cengkih
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam penapis teh.Kulit kayu manis diketuk2 terlebih dahulu untuk memudahkan mengisar. Bawang besar, bawang putih dan halia dipotong. Basuh semua bahan.
2. Masukkan semua bahan dalam blender (pengisar), masukkan air kemudian kisar hingga halus. (Saya masuk minyak sikit) Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.
Masukkan dalam sup anda mengikut anggaran dalam 1 atau dua sudu mengikut keperluan. Boleh masukkan secubit kas kas sedikit dalam sup anda untuk menyedapkan sup.
Masak Sup Cara saya
sumber : Mas Lieyana via MAHN